nuffnang

Khamis, 31 Mei 2012

Mendengar satu Proses yang memenatkan

Salam semua.Pada hari ini saya ingin bercerita mengenai belajar mendengar.Mendengar sememangnya satu Proses yang memenatkan.Baik saya mahupun bagi orang yang membantu saya di dalam terapi.Mendengar itu adalah satu proses yang amat sukar untuk saya takrifkan atau beri definisi.Bunyi-bunyian amat kompleks dan Pelbagai.Bunyi percakapan,orang sekeliling dan alam sekitar sering mengelirukan otak saya.Kadang-kadang terasa tepu dan Short Cut otak ini.

 Selain itu,saya masih lagi sukar untuk mengecam dan membezakan bunyi-bunyian.Paling ketara adalah bunyi percakapan.Sebagai contoh di dalam Speech,Juruterapi pertuturan menyebut Pisang,Sikat,Ikan.Bagi orang normal ianya amat senang untuk dibezakan,namun bagi saya bunyi ini seakan sama.Begitu juga dengan bunyi tuang,saya mendengar seakan-akan buang.Konfius-konfius.....

konfius,konfius,kena servis otak ni

Memetik kata-kata Juruterapi pertuturan saya di HSA,Belajar mendengar itu satu proses yang amat panjang dan memenatkan.Saya akui akan kebenaran kata-kata itu.Memang ianya satu proses yang amat panjang dan berterusan.saya akan berusaha lebih gigih untuk belajar menegal,mengecam bunyi-bunyian.

 Walaupun saya terasa penat kerana belajar mendengar,namun di sudut hati saya,saya terasa amat gembira kerana saya dapat berpeluang mendengar kembali bunyi-bunyian yang tidak pernah saya bayangkan.Bunyi besi berdenting,bunyi jam berdetak,bunyi air menitis,semuanya amat indah....Diri saya ibarat berada di dalam kepompong,saya menungu masa itu untuk terbang tinggi di langit yang indah...

menunggu masa untuk terbang tinggi di awan

Sekian.......

Mohammed.Najib.Ibrahim

Tiada ulasan:

Catat Ulasan