nuffnang

Selasa, 22 Mei 2012

Harga yang perlu dibayar oleh Penerima Implan Koklea.

Salam semua.Saya sekali lagi terpanggil untuk berkongsi menenai kehidupan baru saya setelah menerima Implan koklea.Hukum hidup ini manusia selamanya tidak akan sempurna,Begitu juga dengan saya.Walaupun sekarang saya dapat mendengar jauh lebih baik daripada dulu,namun ada harga yang perlu dibayar.

Pinjan En.Google gambar ini

Harga yang saya perlu bayar semata-mata untuk mendengar dengan baik dan sempurna ialah Keselesaan Hidup saya.Saya tidak dapat melakukan aktiviti sukan yang disukai saya seperti bermain Futsal bersama rakan-rakan,tidak dapat membawa motor lagi kerana saya mengambil jalan selamat untuk melindungi Implan koklea saya serta keselesaan semasa tidur.

Iya,memang benar saya terpaksa berhadapan ketidakselesaan semasa tidur.Saya tidak boleh berbaring dengan sisi kepala yang menjalani Pembedahan itu menghadap bantal kerana suntuk beberapa ketika,kulit serta urat kepala saya akan berasa tegang.Ianya jika saya biarkan akan menyebabkan saya mengalami pening kepala.

Jadi untuk mengelakkan masalah ini,sejak dari dulu selepas pembedahan,saya terpaksa tidur dengan mengiring pada kepala kiri yang tidak menjalani Pembedahan implan serta menghadap ke atas sahaja.Untuk beberapa ketika,ianya amat tidak menyenangkan,namun setelah beberapa lama,saya akhirnya sudah biasa.

Bagaimana denan penerima Implan koklea yan lain,apakah harga yang anda bayar setelah menerima Implan koklea?

1 ulasan:

  1. terjumpa info ni, juga pasal implan koklea… sharing is caring :) - Implan Koklea Bantu Pertuturan

    BalasPadam