nuffnang

Selasa, 26 Jun 2012

Haba yang Tinggi mampu merosakkan CI

Salam semua.Saya ada membaca laman web pengeluar koklea saya.Saya mendapatiu ada satu info yang penting,namun mungkin diangap remeh.Info itu ialah Bahaya haba yang tinggi kepada Ci kita.

Daripada maklumat yang saya dapati,perkara yang sering oranh lakukan ialah meninggalkan Alat CI mereka di dalam kereta.Sekiranya suhu rendah mungkin tidak mengapa,tetapi sekiranya panas terik?Anda pula meninggalkan kereta dan alat CI anda di dalam kereta.Suhu di dalam kereta mampu merosakkan Sound Processor kita.


Jadi berhati-hatilah.Jananlah sampai tertinggal atau meninggalkan alat CI kita di dalam kereta.Awasi anak kita kerana mereka mungkin meninggalkan alat CI mereka di dalam kereta kita tanpa kita sedari.Tetapi bagaimana pula sekiranya cuaca panas terik dan anak kita memakai alat CI.Perlu di simpan atau dipakai sahaja.Untuk soalan ini,saya pun tak pasti sangat,tapi nanti saya akan update sekiranya saya tahu jawapannya.

Sekian...

Kepentingan mendaftar Anak Ke JKM

Salam semua.Pada coretan saya ini,saya ingin menanya pembaca sudahkah anda mendaftar anak anda ke Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM).Saya bertanyakan soalan ini kerana ini ada ramai kawan saya yang OKU tidak mendaftar di Jabatan Kebajikan Masyarakat.Alasan mereka ialah Proses permohonannya amat leceh dan membuang masa selain tiada bantuan yang diharapkan melainkan elaun Pekerja cacat sahaja.

Ini salah kerana terdapat banyak lagi kemudahan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.Seperti penulisan saya yang terdahulu,antara kemudahannya ialah
  • Elaun Pekerja Cacat RM300 sebulan bagi mereka yang bekerja
  • Elaun RM150 bagi mereka yang tidak boleh bekerja
  • Bantuan alat sokongan seperti kaki palsu,hearing Aids
  • Bantuan kewangan yang lain
  • Bantuan nasihat
  • Tunjuk ajar dan latihan kerja bagi oku berdikari
Namun,yang menghampakan ialah kebanyakannya tidak mengetahui sejelas-jelasnya kepentingan mendaftar.Tahukah anda bahawa kebanyakan OKU  menperolehi pendapatan dibawah paras kemiskinan.Teramat sedikit OKU yang berjaya di dalam kerja.Kebanyakannya bekerja dengan gaji yang sedikit namun menggunakan kudrat yan banyak,tidak setimpal dengan gaji.

Selain itu ada OKU yang dibuli oleh Majikan.Ini tidak mustahil kerana sebagai OKU,Peluang pekerjaan bagi golongan ini teramat terhad.Demi sesuap nasi dan mencari rezeki,ramai yang rela membiarkannya saja.

Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah PAYUNG kepada golongan OKU.Jabatan ini mampu membantu OKU,seperti meminta bantuan Jabatan Kerajaan yang lain seperti Jabatan Buruh untuk menyiasat dan menghukum majikan.Selain itu,Jabatan Kebajikan Masyarakat membantu Golongan OKU mendapatkan pekerjaan yang setaraf dengan kemampuan.

Bagi OKU yang memiliki keluarga dan memiliki anak,tentulah ianya membebankan.Jabatan Kebajikan Masyarakat boleh membantu Oku ini.Selain itu,Kos rawatan,penyakit kronik dan lain-lain,Jabatan Kebajikan Masyarakat akan cuba membantu untuk meringankan Beban.

Ada banyak lagi kemudahan yang disediakan.Namun ianya tidak bermakna sekiranya kita masih tidak mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan hanya bersikap,duduk,tunggu dan lihat.Ini kerana apabila terjadinya masalah,Jabatan Kebajikan Masyarakat tidak dapat menghulurkan bantuan dengan segera kerana terpaksa melalui banyak proses seperti mendaftarkan kita,mencari peruntukan,atau menunggu kelulusan bantuan.Ianya akan merugikan kita.

Jadi,apa lagi,Segeralah mendaftar ke Jabatan Kebajikan Masyarakat hari ini.....

Namun semuanya

Sabtu, 23 Jun 2012

Terima Kasih Persatuan ibubapa kanak-kanak masalah pendengaran

Salam semua.Genaplah 3 bulan Blog saya ini My Bionic Diary.Sesungguhnya tujuan utama saya menulis ialah bagi menyebarkan pengalaman saya menggunakan Implan Koklea,disamping bertukar-tukar pendapat dengan mereka yang senasib.

Alhamdulilah ternyata usaha saya ini diberkati ALLAH.Saya telah dipertemukan dengan Persatuan Ibu Bapa Kanak-kanak masalah pendengaran di Fecebook.Menerusi seorang kenalan baru saya yang saya kenali semasa mengunjungi Blog dia,dia kemudiannya memperkenalkan saya kepada persatuan ini.

Ternyata banyak pengetahuan yang amat berguna saya perolehi.Di antaranya ialah mengenai masalah HA,CI.Namun satu yang membuatkan saya semakin sedar dan Insaf ialah KASIH SAYANG IBU BAPA di dalam persatuan ini.

Seperti yang sedia maklum, kos membeli, servis HA/CI adalah mahal.Namun memetik kata-kata seorang kenalan yang juga seorang ibu,Harga adalah Faktor kedua.Yang penting adalah anak-anak.Memang sejak dahulu saya memahami kasih sayang Ibu bapa,Namun menerusi Persatuan ini,ianya membuatkan saya semakin mengerti dan menghargai jasa dan pengorbanan kedua ibu bapa saya.

Kedua-dua ibu bapa saya telah bersusah payah mendidik dan banyak berkorban wang ringgit demi saya.Saya pasti seperti para ibu bapa di persatuan ini,Ibu bapa saya jua meletakkan wang sebagai faktor kedua,ketiga atau terakhir.Yang penting ialah masa depan saya.

Terima kasih saya ucapkan kepada Persatuan ini.Persatuan ini banyak menyedarkan saya.Terima kasih sekali lagi......



Mohammed.Najib Ibrahim


Jumaat, 22 Jun 2012

latihan mendengar-Cuba perbezaan Volume suara

Salam semua.Sejak saya memulakan sessi Speech saya awal bulan ini,sudah 4 kali saya berjumpa dengan Pakar terapi pertuturan saya.Pada sessi pertama,saya masih belum dapat membezakan bunyi Ii,Ee,Uu,Mm, sementara Aa,Shh dan Ssss saya berjaya membezakan.Ianya sebenarnya satu kemajuan bagi saya kerana semasa mengunakan alat HA,saya hanya dapat membezakan bunyi Aa sedangkan Shh dan Ssss selalu terbalik,manakala bunyi yang lain juga selalu tersalah.

Namun pada sessi kedua dan ketiga,saya berjaya membezakan kesemua bunyi yang diberikan oleh Pakar terapi pertuturan saya.Manakala bagi sebutan bergambar pula,kesalahannya amat sedikit berbanding yang betul.Ianya amat memgembirakan namun,namun saya tahu saya tidak boleh berpuas hati dengan kemajuan saya.Tetapi disini saya ingin berkongsi satu tips saya yan saya belajar sendiri ataupun ketahui semasa Sessi Speech.

Speech saya ialah di dalam big room yang senyap.Ini sangat-sangat membantu saya di dalam membezakan bunyi.Salah satu cara yang saya ketahui mengenai bunyi ialah Perbezaan Volume suara apabila sesuatu perkataan disebut.Jadi apabila saya tidak dapat mengenalnya,maka saya akan mengunakan perbezaanVolume untuk mencari jawapannya.

Sebagai contoh Bunyi Cawan dengan Ayam.Bagi anda terlalu senang untuk membezakannya,namun bagi kami ianya seakan akan sama dan tidak dapat dibezakan.Namun kerana pemerhatian saya semasa belajar,saya dapati apabila Pakar terapi saya menyebut kedua-dua perkataan,Volumenya tidak sama.Ada yang rendah,ada yang tinggi.Seperti perkataan Aa,Ii,Uu,Mm,Shh dan ssss memiliki kekuatan Volume yang tersendiri.

Dari sinilah saya mendapat jawapannya.Dan ternyata jawapannya benar.Pakar terapi saya berkata Pemerhatian saya adalah tepat kerana Bunyi Awalan perkataan itu berada di dalam Frekuensi yang berbeza.Jadi tahniah bagi saya.

Jadi dari situlah saya mula mencari perbezaan Volume bunyi bagi perkataan yang sukar untuk saya jawab.Mungkin para ibu bapa boleh mengajar anak-anak mereka mengenal kekuatan dan kelemahan Volume pada perkataan.

Sekian....

Mohammed.Najib Ibrahim

Kekuatan Mental adalah teras Kejayaan

Salam semua.Saya ingin menulis mengenai kepentingan kekuatan mental.Sebagai Seorang insan istimewa,kami perlu menjalani hidup serba kekurangan,disisihkan oleh orang normal yan lain,diejek dan dihina,serta dinafikan hak.Kisah yang saya akan tulis dibawah adalah sebahagian sejarah Hidup saya,ianya mungkin menyakitkan,namun kekuatan mental akan menjadi sebab kejayaan.

Pada zaman saya kanak-kanak dahulu,Saya selalu diejek oleh rakan-rakan yang tidak memahami.Walaupun bilangan mereka ini sedikit,namun ejekan mereka teramat menyakitkan hati.Diejek pekak dan tuli.Kadang-kadang Kanak-kanak ini boleh menjadi teramat kejam daripada orang dewasa kerana mereka ini tidak matang dan belum boleh berfikir lagi.Saya selalu terasa dan berendam air mata.Tiada apa yang boleh saya lakukan.

Selepas saya meningkat dewasa,memasuki alam sekolah menengah,kekuatan mental saya semakin meningkat.Mujurlah kawan-kawan kanak-kanak itu sudah mengerti dan boleh berfikir,ramai diantara menjadi kawan baik dan rakan seperjuangan,sentiasa membantu saya di dalam pelajaran.Kemudian saya melanjutkan pelajaran di Politeknik dan bertemu dengan insan-insan senasib saya di Politeknik.Mereka ini Pekak dan Bisu(kursus pelajaran yang diambil khas untuk oku),namun keikhlasan mereka membantu saya banyak mematangkan saya.Merekalah yang mengajar saya di Dunia ini,ada lagi insan yang lebih malang dari saya.



Tamat pelajaran di Politeknik,Merata tempat saya mencari kerja.Saya pernah meminta kerja Di sebuah Hotel 3 bintang di Skudai.Good Hope.Pada masa itu ada 3 orang sama-sama memohon kerja.Saya berbual dengan seorang daripada mereka,dia tiada pengalaman kerja hotel dan spm saja.Dia dipanggil untuk temuduga dahulu.Dia berjaya.Namun selepas ketiga-tia orang dipanggil ,nama saya masih belum dipanggil.Hampir 1 JAM setengah saya menungu hinggalah keluar setiausahanya yang berkata"AWAK TIDAK PAYAH TUNGGU LAGI,BOLEH BALIK".Bagaimana perasaan anda sekiranya sudahlah tunggu begitu lama,namun tidak diberi peluang untuk ditemuduga,Saya datang lengkap dengan pengetahuan dan pengalaman kerja di Hotel namun masih dinafikan Hak.

Kemudian 4 tahun kemudian saya bekerja di restoren makanan segera Marrybrown..Syukur Alhamdulilah rakan-rakan sekerja amat baik.Namun banyak kali pelanggan menyakitkan hati saya,Saya menulis satu peristiwa seorang pelanggan meminta sudu daripada saya,namun kerana keadaan yang bising dan sibuk,saya memintanya mengulang sampai 3 kali.Seorang kawan saya yang melihat berkata kepada Pelanggan itu saya tidak mendengar dan membawa sudu.Pelanggan itu menjawab"KALAU TIDAK DENGAR,BUAT APA KERJA,DUDUK SAJA DIRUMAH".Sekali lagi saya kena kuatkan hati saya.

Begitu juga bila saya memohon kerja dari merata tempat,saya telah mengirim banyak resume,di dalam resume saya menulis individu kurang pendengaran,namun masih boleh mendengar dan bercakap,namun hampa.Kesemuanya tiada balasan langsung.Sekiranya saya menghadiri temuduga kerja,Sayalah yang paling singkat masa ditemuduga.Orang lain semuanya ditemuduga untuk tempoh masa yang lama,namun saya,tidak sampai 2,3 minit.Selalu jawapan yang keluar ialah,Tunggu saja jawapannya.

Ada banyak lagi yang saya cuba lupakan.Ianya menyakitkan.Namun akhirnya kekuatan mental yang menjadi penentu.Kita lihat peningkatan kes sakit jiwa,bunuh diri serta lain-lain yang berkaitan dengan PERASAAN dan mental.Sekiranya Mental saya tidak kuat,tentu saya akan termasuk di dalam golongan ini.

Akhir sekali kepada adik-adik,para ibu bapa,Anda harus mempersiapkan mental anda,menulikan Telinga anda kepada Segala ejekan,tohmahan serta mengeraskan hati anda sekeras keluli.Insya"ALLAH kejayaan pasti milik anda.


Sekian.

Mohammed.Najib Ibrahim

Khamis, 21 Jun 2012

Anak-anak CI/HA zaman kini sangat bertuah

Salam semua.Saya berasa cemburu apabila melihat Anak-anak yang memakai CI/HA pada zaman sekarang.Mereka ini amat beruntung kerana memiliki Ibu bapa yang sanggup meluang masa mengajar mereka,serta terdapat banyaknya info dan maklumat di Internet.

Zaman saya semasa kecil,pada ketika mula-mula memakai HA,saya tidak menjalani Terapi pertuturan atau Speech.Saya bersekolah di Kluang,Sebuah bandar kecil.Memang saya pernah berjumpa Doktor Terkenal HUKM,Doktor Luqman Saim.Saya masih ingat lagi masa itu,HUKM bukanlah sebuah Hospital.Ianya seperti Klinik Kesihatan,sempit.Namun memang teramat Sibuk dengan Pesakit disana.

Pada masa itu,Heboh mengenai Ang Boon Soon yang menjalani pembedahan Implan koklea.Dr Luqman memeriksa saya,menyatakan tiada apa yang boleh dilakukan.Hanya mencadangkan saya memakai HA saja.Namun selepas itu,tiada sebarang tindakan seperti speech atau terapi untuk saya belajar mendengar.

Begitulah kisah saya.Walaupun mengunakan HA,namun tiada siapa yang mengajar saya bagaimana mengunakan HA apatah lagi berlatih mendengar bunyi suara tanpa melihat mulut.Ibu bapa saya juga tidak mengetahui adakah saya perlu berlatih mendengar.Namun saya tidak menyalahkan takdir kerana di zaman dulu semuanya serba kekurangan.

Hanya setelah saya dewasa,dan dirujuk ke hsi untuk Program Implan koklea,Para Speech dan audio memberitahu yang saya sepatutunya berlatih mendengar semasa kecil.Sekiranya saya berlatih,peluang saya teramat tingi.Namun segalanya sudah terlambat.Walaupun saya boleh mendengar,namun urat saraf telinga saya terlalu lemah kerana tidak dirangsang sejak kecil.

Kini setelah menjalani pembedahan CI,saya perlu melipatgandakan usaha saya belajar mendengar serta merangsang Urat saraf saya kembali.Sesunguhnya ianya tidak mudah,namun ianya tidak mustahil.Saya berharap Adik-adik diluar sana juga tidak berputus asa,anda bertuah kerana dilahirkan pada zaman ini yang mana pelbagai maklumat serta bantuan daru kerajaan tersedia di hadapan anda.

Para ibu bapa pula,janganlah anda berputus asa dengan anak anda.Walaupun kemajuan mereka terlalu lemah,namun Usaha anda pasti akan diberkati ALLAH.

Sekian.

Mohammed.Najib Ibrahim

Rabu, 20 Jun 2012

Sharing-Kemudahan OKU dari kerajaan


Salam semua.Di sini saya nak sharekan pengalaman hidup saya menjadi OKU.Sepanjang saya menjadi OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM),ternyata banyak kemudahan yang saya perolehi.Di bawah saya sertakan kemudahan yang saya dapati mendaftar di JKM

  1.  Bantuan Elaun Bulanan bagi pekerja Cacat RM300(Skim ini bertujuan menggalakkan OKU mencari kerja dan berdikari serta membantu meringan bebanan mereka)
  2. Bantuan Elaun bulanan bagi OKU yang sakit dan tidak mampu bekerja.
  3. Tambang pengangkutan Awam seperti Bas Ekspress,KTM,LRT, separuh harga bagi pemegang Kad JKM
  4. Bantuan kewangan seperti Penajaan/Biasiswa bagi melanjutkan pendidikan di Politeknik.Hanya Politeknik tertentu yang menawarkan Kursus untuk OKU.Kursus yang ditawarkan ialah Rekabentuk Grafik,Perhotelan dan Katering dan seni jahitan dan Fesyen.
  5. Kemudahan perubatan Percuma di Semua Klinik Kerajaan/hospital kerajaan
  6. Pengecualian Bayaran masuk Wad(kelas 3 Sahaja) dan Pengecualian dari sebarang Kos di Hospital kerajaan(Saya mengunakan Kad Oku semasa mendaftar ke Hsi bagi menjalani pembedahan CI,semuanya Percuma kerana bantuan kerajaan yang mengecualikan pemegang Kad JKM dari sebarang Bayaran.)
  7. Pengecualian Cukai Pendapatan.Namun yang ini saya tidaklah pasti sangat.
  8. Bantuan Alat Sokongan seperti HA
Hanya sampai sini saja yang mampu saya coretkan.Namun saya yakin terdapat banyak lagi kemudahan yang disediakan oleh kerajaan kepada Insan OKU.Cuma satu yang saya kesali ialah Prinsip KUOTA 1% untuk Oku Bekerja di Sektor kerajaan.Walaupun terdapat kuota,namun tidak sampai 0.5% sahaja yang diterima.Ini kerana pihak majikan yang tidak yakin dan percaya kepada kemampuan OKU.Buktinya di Hospital saya bekerja,hanya saya Seorang OKU yang pekak bekerja disana.

Sekian,Terima Kasih.

Mohammed.Najib Ibrahim

Selasa, 19 Jun 2012

Sharing-Tips saya bersekolah

Salam semua.Saya ingin berkongsi mengenai tips saya semasa bersekolah dahulu.Saya berharap agar penulisan saya ini dapat membantu mereka di dalam persekolahan anak mereka.Ada idea dahulunya saya tidak pernah lakukan,namun hanya terfikir bila dewasa ini.Namun ianya pasti berguna untuk digunakan kelak.



Tips-tips saya
  1. Pada hari pertama persekolahan(Darjah satu),Kita memasuki alam baru.Kesemua rakan kita adalah baru.Pada hari itu,kita harus mengangkat tangan atau berjumpa dengan guru.Beritahu guru mengenai kekurangan kita sebagai Insan istimewa,beritahu guru dan rakan-rakan akan kita mendengar melalui HA dan ianya amat mahal.Minta mereka berhati-hati dan tidak menyentuh telinga,kepala kita kerana dikhuatiri ianya akan terjatuh.
  2. Duduk di hadapan sekali di dalam kelas.Duduk di hadapan sekali banyak Faedahnya.Kita berkomunikasi secara FACE TO FACE dengan Guru kita.Adakah guru kita akan mengajar di belakang? tidak bukan,guru sentiasa berada di hadapan sekali.Berada di tempat duduk hadapan sekali juga memberikan beberapa kelebihan seperti tiadanya gangguan penglihatan dari orang di hadapan kita,pandangan yang lebih jelas dan Bunyi suara guru yang jauh lebih kuat.Ini banyak mempengaruhi faktor kita mendengar dengan HA .
  3.  Sentiasa lihat buku nota rakan.Semasa saya bersekolah,amat sukar untuk saya mengejar apa yang dicakapkan guru.Biasanya guru akan menyebut,murid akan menulisnya.Jika saya bergantung harap kepada HA saya,banyak yang akan saya tertinggal.Jadi setiap masa lihat nota rakan sebelah anda.Janganlah malu untuk meminta pertolongan mereka.Jika mereka berlainan bangsa pun,anda harus sedar mereka juga Manusia.Saya pernah duduk disebelah rakan berbangsa cina,namun mereka ini tidak kisah sekiranya saya melihat nota mereka.
  4. Pandai-pandailah memilih rakan.Ada rakan yang jenis setiakawan,ada yang tidak.Memilih kawan yang baik akan membawa kebaikan kepada kita,begitu juga sebaliknya.Sebagai ibu bapa,kenali rakan anak kita.Jika berkesempatan berjumpa dengan rakan,tanyalah mereka bagaimanakah cara kita belajar?Mintalah pertolongan mereka untuk melihat-lihat serta menjaga anak kita.Untuk mengharapkan guru,ianya sukar kerana guru terlalu banyak kerja.Hanya rakan sekelas yang sentiasa berada di sisi anak kita.
  5. Semasa bersukan,tentulah kita akan membukanya,Namun dimanakah tempat yang selamat untuk kita menyimpannya?Meletakkan di dalam poket ianya tidak menyelesakan malah berbahaya kerana kita pasti terjatuh.Jadi mintalah pertolongan guru jasmani untuk memegangnya.Jangan sesekali meminta pertolongan rakan sekelas untuk menjaga alat kita kerana mereka tidak tahu dan tidak cermat di dalam menjaga.Guru adalah orang dewasa,maka mereka tahu mengenai pentinnya menjaga alat HA kita dengan cermat.
  6. Lips read atau membaca gerakan bibir adalah satu cara untuk kita menangkap apa yang dicakapkan.Namun kemahiran ini tidak boleh diajar.Ianya hanya dapat dipelajari melalui pemerhatian yang berterusan daripada induvidu melihat gerakan bibir.Memang teramat sukar,namun sedikit demi sedikit kita pasti dapat menguasainya.
  7. Mintalah No telifon guru sekelas anak anda.Ini kerana sekiranya anak kita ada masalah di dalam pelajaran,kita boleh bertanya kepada guru sendiri.Malah guru juga boeleh menghubungi kita sekiranya anak kita terjadi apa-apa di sekolah.
Akhir sekali lebih baik dan bagus sekiranya kita belajar dahulu di rumah apa yang akan di ajar oleh guru keesokan harinya.Sebagai ibu bapa,kita harus mengajar mereka.Ini memudahkan mereka memahami apa yang di ajar guru keesokannya.

Saya berharap panduan yang saya tulis ini walaupun ringkas dapat membantu anak-anak Istimewa di luar sana.Alam persekolahan amatlah mencabar,namun ianya juga amatlah menyeronokkan.Kita sebagai orang dewasa juga teramat rindu mengenai alam persekolahan kita.Terapkan di dalam hati anak-anak yang sekolah adalah tempat yang menyeronokkan.


Sekian....

Mohammed.Najib Ibrahim

Isnin, 18 Jun 2012

Sebab Utama saya Memilih Implan Koklea

Salam semua.Saya telah membaca kesemua komen mengenai Penulisan saya.Ada seseorang pembaca yang tanpa nama telah menanyakan saya satu soalan "Nak tanya perlukah implan kalau dgn alat bantu pendgran sdh mambantu untuk bercakap.juga.nak tahu kenapa saya lakukan implan sbb dah dapat bercakap n jalani kehidupan dgn baik?


Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada pembaca ini kerana komennya.Disini saya akan berikan jawapannya.Pertama mengenai kehidupan saya.Memang saya akui saya tidak memerlukan implan kerana dengan HA saya sudah boleh mendengar walaupun tidaklah sejelas dan sesempurna insan Normal.Namun inilah Impian saya kecil.Semasa saya kecil,saya telah membaca kisah ANG BOON SOON,Penerima implan koklea pertama di Malaysia dan Asia tengara.Kisah beliau yang telah dapat mendengar menaikkan semangat saya.Sejak dari hari itu,saya telah menanam Hasrat dan Impian untuk menjalani pembedahan Implan Koklea.

Kedua,Hearing Aid saya dan tahap pendengaran saya.Untuk makluman,Semakin saya dewasa dan meningkat usia,Tahap pendengaran saya semakin merosot dan menurun.Sebagai Contoh Tahun ini saya masih boleh dengar deringan Telifon saya,Tahun depan saya tidak dapat mendengar Bunyi yang sama.Ini saya tidak dapat menjelaskan kenapakah tahap pendengaran saya semakin merosot.Namun apa yang saya ketahui,sebilangan kecil Insan seperti saya yang mengalami masalah ini,mereka akan kehilangan pendengaran mereka satu masa kelak.

Sementara tahap pendengaran saya semakin merosot,maka semakin tinggi dan kuat VOLUME HA yang saya gunakan.HA boleh diupgrade dan ditingikan kekuatan bunyinya,tetapi ianya ada hadnya.Saya telah mencapai had maksimum HA yang boleh ditingkatkan.Ini bermakna Walaupun HA saya mencapai tahap maksimum kekuatan Volume,dengan kemerosotan Pendengaran saya,Kekuatannya volume HA saya juga semakin jatuh.Jadi sampai satu masa,HA saya tidak akan berkesan lagi.Saya akan kehilangan pendengaran saya.

Sebab ketiganya ialah Mungkin sudah ditakdirkan saya mendapat implan.Sejak dahulu saya tahu mengenai implan koklea,namun saya TIDAK TAHU mengenai program Bantuan dari kerajaan.Sehingalah pertengahan 2009,saya ke HSA untuk berjumpa pakar Audio disana untuk mendapatkan pengesahan doktor bagi kelulusan mengambil LESEN MEMANDU.Pakar Audio disana,Puan Siti mendapati walaupun saya tidak mendengar denan sempurna,namun komunikasi saya tidak jauh berbeza dengan Insan Normal.Atas Bantuan Beliau,saya diperkenalkan kepada Dr nazrin yang kemudianya saya dirujuk ke HSI untuk berjumpa Pakar Implan Koklea disana.Setelah menjalani pelbagai ujian dan menunggu hampir 3tahun,pada bulan 3 2012 saya selamat menjalani Pembedahan Implan Koklea.

Saya berharap jawapan dari saya ini dapat menjawab persoalan anda.Sejak kecil inilah impian saya.Semua orang ada impian,ada yang berjaya mencapainya ada yang tidak.Impian saya hanyalah untuk meminjam kembali Pendengaran saya telah Diambil ALLAH.

Sekian Terima Kasih

Mohammed.Najib Ibrahim


Khamis, 14 Jun 2012

Bila BUNYI menjadi MUSUH


Salam semua.Bila Bunyi menjadi Musuh.Benarkah apa yang anda baca ini?Bagaimana pula bunyi menjadi musuh kepada kami penerima Implan Koklea ini?Benar,bunyi boleh menjadi musuh kepada kami.Saya akan terangkan kepada semua bagaimana Bunyi mampu menjadi musuh kepada kami.

Biar saya memberitahu anda,yang kami di dalam Proses pembelajaran.Mendengar itu satu pelajaran bagi kami.Semakin lama,semakin panjang kami mendengar,bermakna semakin lama kami belajar.Di satu tahap,otak kami akan Jammed.Pernahkan anda mengulangkaji pelajaran?Anda juga merasa kadang-kadang otak anda merasa penat jika belajar di dalam masa yang panjang.Apa yang anda lakukan.Berehat,atau melakukan aktiviti lain.Begitu juga kami.

Apabila Otak kami berada di dalam keadaan ini,daya tumpuan kami untuk menangkap bunyi merosot dengan mendadak.Apa yang dicakapkan anda,kami menjadi KELIRU walhal perkataan yang anda sebut sudah beratus kali kami dengari dan cam.Anda harus ingat yang kami bukan sahaja mendengar Suara,kami turut mendengar bunyi sekeliling.Jadi bayangkan otak kami yang seperti terpaksa melakukan 2 perkara,menterjemahkan perkataan anda disamping mengenal bunyi alam sekeliling.

Banyak kali saya berada di dalam keadaan ini,namun ianya paling kerap berlaku semasa Sessi SPEECH.Ini kerana semasa sessi speech,otak saya dipaksa belajar mengenal bunyi secara intensif.Pakar terapi pertuturan saya memahami situasi saya,dia akan memberikan saya masa 1 atau 2 minit untuk berehat sebelum menyambung pelajaran.

A-ayah,A-ayah,A-ayah(bila dah Konfius) A-AYAM?????

Bagaimanakah dia tahu bila otak saya kepenatan.Jawapannya pada maklumbalas saya.Sebagai contoh semasa memulakan sessi,dia akan memulakan dengan 15 atau 20 gambar.Tindakbalas saya,18 daripada 20 gambar dapat saya cam bunyinya.Namun semasa memulakan sesi kedua atau ketiga,maklumbalas saya merosot.Dari 18 betul,ianya berkurangan kepada 15,10 jawapan yang betul walhal ianya menyebut perkataan yang sama saya dengari semasa sessi pertama,cuma menukar susunan gambar.

Jadi para ibu bapa,semasa mengajar anak anda perkataan,cuba buat perbandingan jawapan betul semasa sessi pertama,kedua dan ketiga.Sekiranya semakin merosot jawapan betul,berikan sedikit masa untuk anak berehat.Jika apa yang saya tuliskan ini benar,maka jawapan anak anda akan kembali meningkat.

Jadi jelaslah kepada semua mengapa bunyi boleh menjadi musuh kepada kami.Saya seorang yang dewasa,bila saya mengalami situasi ini,saya akan tetap menghadapinya.Namun bagi kanak-kanak,mereka akan memilih cara yang termudah iaitu mengelak.Jadi ibu bapa perlu bijak untuk mendidik anak mereka menghadapi masalah ini.

Mungkin inilah salah satu masalah yang dihadapi anak anda semasa anda mengajar mereka.Anda mengajar mereka,namun anda tidak mengetahui otak mereka penat.Bila otak mereka penat,mereka akan keliru.Bila mereka keliru,apa yang anda ajarkan bagaikan mencurah air di daun Keladi.

Sekian.......




Mohammed.Najib Ibrahim...





Ketidakselesaan Memakai CI

Salam semua.Saya ingin berkongsi sesuatu yang mungkin bermain di Fikiran Ibu bapa,bagaimana Anak anda rasa apabila memakai alat CI.Adakah ianya menyakitkan atau tidak menyelesakan.Bagi yang boleh bercakap mungkin mampu memberi jawapan,namun bagi anak-anak yang tidak tahu bertutur,ianya mungkin menjadi masalah.

 Alat CI ini saya boleh katakan yang ianya kadang-kadang tidak menyelesakan saya.Saya memakai Alat CI saya hampir 12 jam atau lebih sehari.Ditambah pula saya Rabun Jauh dan memakai cermin mata,Alat CI ini seperti MENCENGKAM belakang kulit telinga kepala saya.Selepas ditanggalkan alat CI ini,boleh dilihat bekas alat CI itu pada kulit kepala saya.

Bila anak mengelak memakai CI ,mungkin mereka terasa sakit dan tidak selesa

Mengenai Magnet yang terdapat pada alat CI,ianya tidak memberi kesan memudaratkan.Tahukah anda yang magnet ini sebenarnya tidak digunakan dahulu.Ianya mula digunakan kerana kanakkanak teramat aktif dan Alat CI mereka selalu terjatuh apabila bermain.Maka pengeluar CI telah menambah Magnet pada rekaan mereka.Cuma Magnet yang digunakan haruslah sesuai dan tepat kerana sekiranya memilih magnet yang salah ,ianya akan memberi kesan kepada Kulit kepala anda.


Bagi ibu bapa cubalah sentiasa melihat belakang kulit telinga anak mereka,Adakah ianya berbekas.Mungkin ianya menyakitkan anak anda.Sentiasa sensitif dan Peka kepada anak.

Sekian....


Mohammed.Najib Ibrahim

Khamis, 7 Jun 2012

Kepentingan Pakar Terapi Pertuturan

Salam semua.Pada kali ini saya ingin menulis mengenai kepentingan Speech.Speech penting di dalam proses pembelajaran Penerima Implan koklea.Ini kerana Speech yang disertai oleh pakar terapi pertuturan akan memantau perkembangan kita.Pakar ini akan mengajar anda cara mengenal bunyi,menyebut perkataan serta memperbaiki kemajuan anda.

Pakar ini sangat berjasa di dalam menentukan naik turun kejayaan anda.Namun ada ibu bapa yang terlalu mengikut emosi seperti tidak sabar untuk melihat kemajuan anak yang lambat menangkap apa yang di ajar.Ibu bapa ini bertindak memontengkan anak mereka dari menghadiri Sesi speech.Malah ada juga ibu bapa yang menurut kehendak anak-anak yang tidak ingin menghadiri sessi ini.

Ini salah kerana sekiranya anda memikirkan Masa depan anak-anak anda,anda seharusnya tabah dan sabar.Tindakan memontengkan anak-anak anda hanya mengelapkan masa depan mereka.Semakin lama otak mereka tidak dirangsang dengan bunyi-bunyian,semakin kurang peratusan untuk mereka berjaya.Ini kerana mereka sedang membesar,pada tahap ini otak mereka paling cepat berkembang dan mampu menyesuaikan diri.Namun ianya memerlukan MASA,serta KERJASAMA dari Anda dan Anak anda.

Kejayaan anak anda berada di dalam Tangan anda 
 Tanggungjawab Pakar Terapi pertuturan ini sangat berat.Mereka jua harus dikagumi kerana kesabaran mereka.Anda sendiri pun tidak dapat bersabar dengan anak anda,sedangkan mereka ini hari-hari berhadapan dengan Ramai orang yang seperti anak anda.Jadi fikirkan apakah anda tidak merasa bersalah kerana memontengkan anak anda?

Saya ingin menucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pakar terapi pertuturan saya di Hospital Sultan Ismail(yang kini telah berpindah ke Hospital Terengganu)serta Pengantinya Pakar Terapi pertuturan Di Hospital Sultanah Aminah.Jasa anda amatlah bermakna kepada saya.Sekian terima Kasih...

Terima Kasih di atas Bantuan anda......



Tabung Kewangan untuk penerima Implan Koklea?

Salam semua.Saya ingin berkongsi pendapat mengenai Bantuan kewangan untuk Penerima Implan Koklea.Sepertimana yang kita sedia maklum,kos bagi memperbaiki mahupun menggantikan Sebarang alatan Implan koklea dan Alat CI nya teramat mahal.Ianya mungkin tidak menjadi masalah bagi mereka yang datang dari keluarga yang berada,namun hampir kesemuanya datang dari golongan Miskin dan sederhana.

Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi Program Implan koklea hanya menyediakan peruntukan untuk membeli Implan koklea sahaja.Namun selepas itu,kos bagi memperbaikinya terletak di bahu Penerima Implan.Di Malaysia,hampir kesemuanya Implan Koklea serta alat-alat gantinya di Import dari Luar Negara.Selepas dipertukaran matawang asing,nilainya disini menjadi amat mahal kerana Faktor tukaran matawang asing.


Saya mencadangkan agar kerajaan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat membentuk satu tabung untuk diberikan sedikit peruntukan bagi Penerima Implan koklea.Tabung ini diharap dapat membantu meringankan kos bagi memperbaiki ALat CI sekiranya ianya Rosak.Saya juga mencadangkan agar syarikat yang mengeluarkan Implan koklea itu berkongsi kepakaran dengan rakyat tempatan bagi membaiki alat CI serta memberikan diskaun bagi kos pembaikan.

Dari semasa kesemasa,saya berharap agar Kementerian Kesihatan Malaysia menghimpunkan penerima implan koklea di Malaysia di dalam satu majlis agar mereka dapat bertukar-tukat idea,pendapat cara penjagaan,dan cara-cara menyelesaikan masalah menenai CI mereka.Majlis itu mestilah disertai Oleh Wakil dari Pengeluar Implan Koklea serta Para Doktor.Para Doktor boleh mendapat maklum balas menenai keberkesanan Implan koklea pesakit sementara Wakil Pengeluar Implan Koklea pula boleh mendapat maklum balas yang Positif dari Penerima Implan Koklea.Mereka juga boleh menberikan ceramah serta info mengenai Alat CI dan Alat Implan Koklea.

Saya berdoa semoga satu hari nanti idea saya ini akan menjadi realiti dan dapat direalisasikan satu hari nanti.Sekian....



Mohammed.Najib Ibrahim

Rabu, 6 Jun 2012

Terapi muzik untuk Latihan Mendengar

Salam semua.Muzik adalah Jiwa manusia.Di dalam Muzik,terdapatnya perasaan.Saya yakin semua orang memiliki lagu kegemaran masing-masing.Ada yang mesti mendengarnya untuk mendapat semangat,motivasi tidak juga sebagai mengimbas kenangan dulu-dulu.

Oleh kerana muzik itu memiliki perasaan,maka apabila mendengarnya,kita mampu merasa tersentuh,merasa sedih,merasa gembira dan lain-lainIni kerana tujuan muzik adalah untuk meluahkan perasaan penciptanya..Malah manusia normal juga menjadikan Muzik sebagai terapi di dalam kehidupan seharian.


Saya menjadikan Muzik sebagai alat pembelajaran saya untuk mendengar.Tujuan utamanya ialah untuk saya mengecam bunyi peralatan muzik yang digunakan serta cuba untuk menjiwai lagu itu.Ini penting kerana tujuan lagu dicipta adalah untuk menyampai perasaan penyanyi itu bukan?.Jika kita mendengar lagu sedih,namun tiada perasaan,maka kita tidak menjiwai lagu itu.Maka apa yang didengari senang untuk dilupakan.

Semasa saya kecil,saya masih mampu mendengar seperti normal.Lagu-lagu Evergreen seperti Jamal Abdillah,Shades,Iklim serta lain-lain sezaman waktu itu,saya hayati dan fahami apa yang disampaikan.Sebab itulah walaupun apabila semakin meningkat dewasa,Walaupun Pendengaran saya semakin Berkurangan ketahap sifar,apabila mendengar lagu ini,Saya tetap mampu mengulangnya,menyebut apa yang dinyanyikan.Ini kerana perasaan itu telah terpahat di fikiran saya.

bayi juga mampu menghayati Lagu,anda?


Kini apabila telah menjalani pembedahan,saya dapat mendengar semula lagu-lagu yang pernah saya dengari dulu.Walaupun masih merangkak di dalam Proses pembelajaran,namun Feel atau perasaan itu masih KEKAL UTUH sama seperti dulu,sedikit pun tidak berubah.Ini banyak membantu saya di dalam proses pembelajaran kerana apabila otak saya tepu belajar mengenal bunyi,saya akan berhenti rehat seketika dan mendengar lagu-lagu yang saya sukai.Hasilnya saya lebih bermotivasi dan bersemangat untuk meneruskan Pembelajaran.

 Jadikan terapi Muzik didalam Pembelajaran anak anak anda.Muzik dengan sebutan,Muzik jauh lebih senang diserap dan melekat di Ingatan.Sekian.....


Mohammed.Najib Ibrahim


Mengapa kanak-kanak penerima Implan Koklea lambat berkembang?

Salam semua.Adakah anda telah membaca penulisan saya yang terdahulu mengenai fahami perasaan anak-anak anda.Di sini saya akan menambah sedikit Info mengenai mengapa anak-anak anda lambat untuk menangkap pelajaran yang di Ajar.Saya gabungkan dari pengalaman saya serta memetik kembali kata-kata Juruterapi Pertuturan saya.Harap anda akan lebih memahami dan bersabar mengenai Anak-anak anda.

Memetik kembali kata-kata juruterapi pertuturan saya "Kanak-kanak mereka ini mereka tiada banyak perkataan-perkataan di dalam otak mereka.Mereka juga tidak tahu cara menyebut perkataan itu dengan betul.Berbanding saya yang dewasa,yang sudah tahu membaca dan banyak perkataan berada di dalam otak saya,sekiranya saya Ragu-ragu mengenai apa yang disebut,contohnyaperkataan lampu.Pada otak saya ada banyak perkataan untuk saya MENEKA apa yang disebut itu,seperti Jambu.kemudian otak saya akan berfikir tadi baru sahaja saya melihat gambar,adakah jambu ada di dalam gambar?tiada,yang ada hanya Lampu.Begitulah caranya otak saya bekerja mencari jawapan sekiranya saya tidak pasti."

Saya mendengar suara anda,tapi saya tidak memahaminya...

Kemudian kita lihat pula dari perspektif saya"Mendengar ini sesuatu yang amat rumit dan sukar untuk saya jelaskan.Menyebut perkataan,Mendengar,mengulang dan mengenalpasti perkataan itu adalah sesuatu yang amat rumit.Bagi orang Normal,ianya amat mudah,bagi kami yang tidak pernah mendengar,ianya Sukar.Anggaplah otak saya itu satu kanvas lukisan,satu perkataan satu calitan.Namun kerana kanvas saya tiada berus atau malah warna,saya terpaksa menggunakan Air.Menggunakan air untuk menulis,pasti apabila air kering,Perkataan itu pun hilang.Namun dengan berulang kali menulis,pasti akan kelihatan juga perkataan itu."

Anda Faham maksud saya?Biar saya terangkan mengapa saya menggunakan air?Anda akan rasa ianya mustahil bukan?Memang mustahil,tapi satu ketika dulu pun saya tidak pernah bermimpi dapat mendengar,sekarang saya sudah dapat mendengar.Anda rasa ianya juga mustahil kerana setelah berulang kali menulis perkataan itu akan timbul?kenapa kanvas itu tidak koyak?Jawapannya kerana saya menulisnya dengan amat lembut(merujuk kepada bunyi yang didengari,ianya amat lemah dan tidak jelas).Jadi anda dapat jawapannya bukan?

Jadi saya berharap para ibu bapa akan lebih memahami anak-anak mereka.Memang kanak-kanak amat sukar untuk diajar,serta sukar untuk duduk diam.Namun sekiranya berulang kali kita mengajar mereka dengan tabah,satu hari nanti mereka pasti terbuka untuk belajar sendiri.Insya Allah.

Sekian....Sebelum mengundur diri,renungkan pepatah lama kita,melentur buluh,biarlah dari rebungnya...Tapi tidak semua orang tahu yang rebung itu semasa kecil amat sukar untuk dibentuk mahupun dilentur.Dengan usaha dan masa,apabila besar,ianya dapat dilentur....


Mohammed.Najib Ibrahim

Sabtu, 2 Jun 2012

Fahami fikiran kanak-kanak Penerima Implan koklea

Salam semua.Saya terpanggil untuk menulis mengenai Kanak-kanak yang menerima Implan koklea.Mereka ini berpotensi jauh untuk mendengar secara Normal.Namun hakikatnya,ianya bukanlah seperti itu.Kanak-kanak yang menerima Implan koklea ini,mereka ini amat lambat untuk belajar mengenal bunyi.Ini kerana mereka tidak PERNAH mendengar bunyi.Ulanglah beratus kali bunyi pun,mereka amat lambat untuk menangkapnya.

Kanak-kanak ini tidaklah boleh dipersalahkan.Ini kerana otak mereka masih cuba untuk mentafsirkan maksud bunyi itu.Otak adalah sesuatu yang amat kompleks.Tiadak boleh dipaksa,lambat atau cepat,semuanya bergantung kepada otak.Sebagai ibu bapa,kadang-kadang tahap kesabaran anda hampir hilang.Ini kerana walaupun berulang kali diajar,anak masih gagal menangkap bunyi itu.

Pernahkah anda menjadi Kanak-Kanak?Pernah bukan?Cuba kita fikirkan semasa kita kanak-kanak.Kita akan berasa sedih sekiranya ibu bapa kita tidak memahami kita.Begitu juga anak anda.Mereka akan berasa sedih sekiranya ibu bapa tidak memahami mereka.Ini akan mematahkan semangat mereka untuk belajar mendengar.
Sebagai ibu bapa,jika kita berputus asa pada anak-anak,mereka pun akan berputus asa juga.Anda harus ingat bahawa Dorongan serta Kegigihan anda akan dicontohi anak anda.Maka kelak apabila mereka besar nanti,apabila mereka menemui kegagalan,mereka tidak akan berputus asa dan akan berusaha gigih.Ini kerana mereka MENCONTOHI sifat anda.

Maka disini saya berharap para ibu bapa fahamilah anak mereka.Mereka amat lambat untuk menerima apa yang di ajar kerana semasa mereka belum mendengar,otak mereka pada bahagian pendengaran tidak berkembang.Mereka perlukan masa seperti pepatah Enggeris lama."Rom tidak dibina dalam masa sehari".


Sekian,terima kasih...

Tempoh masa menunggu Implan Koklea?

Salam semua.Bertemu lagi di dalam penulisan saya.Antara persoalan yang sering kita fikirkan mengenai Implan koklea ialah Berapa lamakah tempoh untuk mendapatkannya?.Disini saya kongsikan jawapan saya berdasarkan pengalaman saya.

Saya mula menyertai Program Implan koklea KKM pada awal 2010.Namun pada 2009,saya menjalani ujian-ujian seperti MRI,CT-SCAN,Audio dan Speech untuk menilai tahap kemampuan saya menerima Implan.Pada 2010,barulah saya terpilih untuk menyertai Program Implan Koklea KKM.

kesabaran pasti membuahkan hasil   


Saya telah menunggu selama hampir 3 tahun untuk menerima Implan koklea saya.Setiap tahun,hanya 3,atau 4 pesakit saja yang dibedah.Ini kerana Peruntukan dari Kerajaan amatlah terhad.Ini kerana Kos bagi membeli implan koklea amatlah mahal mencecah 70 ribu ringgit sebuah.Harganya amat mahal kerana ianya terpaksa di Import dari Luar Negara.

Nombor giliran menunggu bagi Menerima Implan Koklea tidaklah diguna pakai oleh kerajaan.Ini kerana Keputusan siapakah yang akan menerima Implan Koklea pada tahun itu akan diputuskan oleh Doktor.Doktor akan meneliti pelbagai Faktor seperti Usia,Pertuturan mereka,tahap keseriusan Pendengaran dan Potensi Kejayaan.Dalam semua faktor ini,Bayi atau Kanak - kanak diberi keutamaan oleh Para Doktor.Ini kerana mereka berpotensi untuk belajar mengenal bunyi lebih baik kerana Faktor umur mereka yang muda dan otak yang sedang berkembang.

Jadi,bagi mereka yang berusia dewasa seperti saya,yang mana mampu bertutur seperti Normal,Mampu mendengar dengan Alat Bantu Pendengaran walaupun tidak membantu sangat alat itu,akan diketepikan dahulu.Namun saya faham dan tidak marah kerana saya sedar mereka yang diberi keutamaan itu akan menjadi pelapis negara,malah peluang mereka berjaya juga jauh lebih besar.

Hinggalah akhirnya penghujung bulan 1 2012 saya menerima makluman terpilih menjalani pembedahan Implan koklea.Segalanya kemudian berjalan sangat pantas.Sehingga sekarang,kadang-kadang saya akan mencubit pipi sendiri sama ada saya bermimpi atau tidak apabila mendengar bunyi yang tidak pernah saya dengari...

Jadi dalam hal ini,jawapan saya kepada TEMPOH MASA MENUNGGU IMPLAN KOKLEA bergantung kepada UMUR,TAHAP PERTUTURAN ANDA dan REZEKI anda.Jangan berputus asa sekiranya tidak terpilih pada tahun ini kerana insya,allah satu hari nanti anda juga pasti terpilih.

Sekian,terima kasih.....

Mohammed.Najib Ibrahim