nuffnang

Rabu, 6 Jun 2012

Terapi muzik untuk Latihan Mendengar

Salam semua.Muzik adalah Jiwa manusia.Di dalam Muzik,terdapatnya perasaan.Saya yakin semua orang memiliki lagu kegemaran masing-masing.Ada yang mesti mendengarnya untuk mendapat semangat,motivasi tidak juga sebagai mengimbas kenangan dulu-dulu.

Oleh kerana muzik itu memiliki perasaan,maka apabila mendengarnya,kita mampu merasa tersentuh,merasa sedih,merasa gembira dan lain-lainIni kerana tujuan muzik adalah untuk meluahkan perasaan penciptanya..Malah manusia normal juga menjadikan Muzik sebagai terapi di dalam kehidupan seharian.


Saya menjadikan Muzik sebagai alat pembelajaran saya untuk mendengar.Tujuan utamanya ialah untuk saya mengecam bunyi peralatan muzik yang digunakan serta cuba untuk menjiwai lagu itu.Ini penting kerana tujuan lagu dicipta adalah untuk menyampai perasaan penyanyi itu bukan?.Jika kita mendengar lagu sedih,namun tiada perasaan,maka kita tidak menjiwai lagu itu.Maka apa yang didengari senang untuk dilupakan.

Semasa saya kecil,saya masih mampu mendengar seperti normal.Lagu-lagu Evergreen seperti Jamal Abdillah,Shades,Iklim serta lain-lain sezaman waktu itu,saya hayati dan fahami apa yang disampaikan.Sebab itulah walaupun apabila semakin meningkat dewasa,Walaupun Pendengaran saya semakin Berkurangan ketahap sifar,apabila mendengar lagu ini,Saya tetap mampu mengulangnya,menyebut apa yang dinyanyikan.Ini kerana perasaan itu telah terpahat di fikiran saya.

bayi juga mampu menghayati Lagu,anda?


Kini apabila telah menjalani pembedahan,saya dapat mendengar semula lagu-lagu yang pernah saya dengari dulu.Walaupun masih merangkak di dalam Proses pembelajaran,namun Feel atau perasaan itu masih KEKAL UTUH sama seperti dulu,sedikit pun tidak berubah.Ini banyak membantu saya di dalam proses pembelajaran kerana apabila otak saya tepu belajar mengenal bunyi,saya akan berhenti rehat seketika dan mendengar lagu-lagu yang saya sukai.Hasilnya saya lebih bermotivasi dan bersemangat untuk meneruskan Pembelajaran.

 Jadikan terapi Muzik didalam Pembelajaran anak anak anda.Muzik dengan sebutan,Muzik jauh lebih senang diserap dan melekat di Ingatan.Sekian.....


Mohammed.Najib Ibrahim


Tiada ulasan:

Catat Ulasan