nuffnang

Jumaat, 27 Julai 2012

Solat-Patut buka atau Pakai CI

Salam semua.Saya disini ingin menulis mengenai Solat.Adakah kita harus menggunakan CI semasa Solat atau tidak.Bagi pendapat saya,tidak.Alat CI itu longgar,apabila kita Rukuk atau sujud,Terasa ianya seperti ingin terlepas dari telinga.

Saya lebih gemar membuka dan menyimpan alat CI saya di dalam bekas,kemudian meletakkan dihadapan saya semasa Solat.Walaupun saya tidak dapat mendengar,namun hati saya akan lebih tenang dan tidak perlu risau alat CI saya tertanggal.Ini cuma akan merugikan dan merosakkan Solat saya.


Namun,lain orang,lain bentuk telinganya.Ada yang muat-muat,ada yang besar,ada yang kecil.Terpulang kepada individu itu sendiri.


Sekian....

Mohammed.Najib Ibrahim

Ahad, 22 Julai 2012

Habex-Laman web menjual peralatan Hearing Aids dan Cochlear Implan

Salam semua.Semasa saya mencari-cari maklumat mengenai Cedis(seperti di dalam penulisan terdahulu saya) di dalam internet,saya terjumpa laman web ini.Laman web ini bernama HABEX.Laman web ini menjual pelbagai peralatan dan aksesori Hearing Aids dan Cochlear Implan secara Online.

Kebaikan laman web ini ialah ianya terdapat banyak Promosi secara Online dimana pelbagai tawaran diskaun dan barangan diberikan.Saya sertakan gambar laman web ini seperti di bawah.

halaman depan laman web

promosi diskaun keatas barangan terpilih

Di antara barangan yang dijual disini.
Disini saya sertakan laman web ini.HABEX.Klik tulisan Habex tadi.

Sekian,terima kasih,Sharing is Caring.

Nota-Saya hanya sharing mengenai info sahaja.Namun saya tidaklah membeli secara online kerana saya ini jenis yang mesti mahu barangan di depan mata dahulu baru saya beli.


Mohammed.Najib Ibrahim

Cedis-Silica gel

Salam Ramadhan.Bagaimana dengan Puasa anda?Saya berdoa kesemuanya dapat menunaikan ibadah wajib ini dengan sempurna.Baru-baru ini saya telah mengodek-godek(menyelongkar) beg yang menyimpan kesemua aksesori dan peralatan CI saya.

Saya telah menjumpai satu barang yang saya tidak pernah terfikir pun untuk menggunakannya(kerana xtahu hehehe).Namun saya dapati yang benda ini boleh digunakan untuk memastikan CI kita sentiasa kering.Nama alat ini ialah CEDIS CAPSULES.Cuba lihat beg CI anda,pasti ada benda ini.


Saya dapati ianya sama seperti Silica gel.Jadi saya pun merujuk kepada internet untuk mengetahui kegunaannya.Ianya dikeluarkan oleh satu syarikat bernama Cedis.Benda ini sama seperti silica gel dan berada dalam bentuk kapsul berbentuk bulat.,Namun ianya tidak boleh digunakan untuk mesin Zephr Dry kit kita.Ianya hanya untuk kegunaan pada suhu bilik sahaja.Jadi saya pun menggunakan kapsul ini seperti dalam gambar dibawah.

 
Saya menggunakan Capsules itu seperti ini.
Harganya ialah Australian Dollar 12.So kalau tukar ke matawang kita mungkin dekat RM50.Jika anda berminat nak tahu mengenai alat ini,saya sertakan alamat webnya.Cedis (klik tulis Cedis tadi).

Sekian,Sharing is Caring.Jika saya salah mengenai info ini,sila betulkan saya.Terima kasih...


Mohammed.Najib Ibrahim



Rabu, 18 Julai 2012

Kepentingan SILENT ROOM

Salam semua.Di sini saya hendak terangkan kepentingan Silent Room.Silent Room ini ialah bilik senyap,yang mana ianya tertutup dan amat kurangnya gangguan bunyi dari luar.Bunyi dari luar yang mungkin menganggu ialah bunyi Telivisyen,radio,kereta motor dari luar rumah,suara ibu bapa bercakap dan pelbagai lagi.

Kepentingan Silent Room ini hanya Satu iaitu ianya membantu Penerima Implan mendengar dengan lebih lebih jelas.Saya berkata demikian berdasarkan pengalaman saya.Saya belajar di dalam dua suasana iaitu di dalam suasana senyap dan juga bising.Pada mulanya saya belajar mengenal bunyi dan perkataan di dalam bilik senyap.Saya akan mengulang-ulang perkataan yang disebut dan didengari semula(melalui rakaman rekod suara saya di dalam telifon).Tujuannya supaya otak saya mengenal dan dapat memahami perkataan itu seterusnya membina asas bagi perkataan itu.

Jadi apabila otak saya sudah memiliki asas bagi mengenal bunyi itu,apabila saya mula belajar di dalam suasana bising,saya masih mampu mengenal perkataan itu.Ini kerana walaupun ada sebahagian perkataan itu mungkin saya hanya dapat menangkap separuh perkataan sahaja,namun kerana saya sudah membina asasnya,maka otak saya dapat meneka bunyi perkataan itu.

Sebagai contoh perkataan POSMEN,saya dapat mengenal perkataan itu melalui POS-MEN.Jadi apabila saya hanya dapat menangkap sebahagian perkataan seperti awalan perkataan POS,sedangkan MEN saya kurang jelas mendengarnya,namun kerana saya dapat menangkap bunyi POS,maka saya tahu ianya perkataan POSMEN.

Jadi saya ingin mencadangkan para ibu bapa membuat latihan di dalam bilik senyap dahulu.Setelah anak mula membina asas mengenal perkataan itu maka ulanginya di dalam suasana bising pula.Lihat sekiranya anak dapat menangkap perkataan itu.

Selamat mencuba...

Mohammed.Najib Ibrahim

Ahad, 15 Julai 2012

Laman beli belah Online untuk HA/CI

Salam semua.Saya baru-baru ini ada mengunjungi satu laman web yang khusus untuk HA/ci/Di sini ada banyak alat-alat,peralatan dan aksesori HA/CI di jual disini.Malah ada yang lebih murah daripada pengeluar sendiri.Mungkin ada diantara pembaca ingin melihat-lihat laman web ini.Yang baiknya mengenai laman web ini,kita boleh melihat perbandingan harga serta jenama HA/CI .Malah anda banyak info dan terdapatnya majalah mengenai info penjagaan,senarai harga dan lain-lain.

Dibawah saya sertakan laman web ini.hearing review(Klik hearing review tadi).Laman ini membawa anda kepada aksesori,peralatan CI/HA






Manakala laman web ini pula memberi penerangan,info,tunjuk ajar dan segalanya mengenai HA-CI.Banyak ilmu yan g boleh di dapati disini.Hearing review Letter(Klik Hearing review Letter tadi)


Sekian,terima kasih.Sharing is caring....


Mohammed.Najib Ibrahim

Berani tak buat macam ini?

Salam semua.Jom lihat gambar dibawah.



Benar,ini bukan gimik malah ianya telah terbukti dan disahkan oleh pengeluar Implan kita Cochlear.com

Implant Battery System Breakthrough

Cochlear, Centennial, Colo, has announced that the FDA has approved the Nucleus 5 rechargeable battery system for adults and children with severe-to-profound hearing loss. Cochlear has offered rechargeable batteries with previous hearing systems, but with the Nucleus 5 implant, its engineers have achieved an exciting industry breakthrough: when using rechargeable batteries, the Nucleus 5 Sound Processor is the world's only submergible sound processor. An IP57 water protection rating means that the sound processor is not only splash resistant, but it can be submerged into three feet of still water for up to 30 minutes.
(800) 523-5798 


Namun walaupun begitu,saya berani jamin yang saya tidak akan sesekali berbuat begini.Sebabnya,anda semua tahu.......


Mohammed.Najib Ibrahim

Problem alat kawalan CI

Salam semua.Di sini saya nak share mengenai alat kawalan CI.Saya sebenarnya amat jarang pakai Alat kawalan ini kerana saya sudah biasa menggunakan No 1 atau 2 sahaja di dalam penggunaan harian saya.No 1 dan 2 ialah Mengguatkan sahaja Volume pada alat CI saya.

Namun saya perhatikan jika seminggu kita tidak menghidupkan alat kawalan kita,ianya tidak dapat mengesan alat CI walaupun alat CI kita switch On.Namun disini saya sertakan juga cara menyelesaikan masalah ini.

Alat kawalan tidak dapat mengesan CI walaupun Switch pada CI on    
Letak sahaja Processor CI di belakang Alat kawalan,pastu nanti ada gambar beserta tulisan PAIRED keluar,klik sahaja Paired itu.

Semudah itu sahaja.Jadi kalau tetiba alat kawalan anda tidak memberi respon pada Alat CI anda,anda cuma perlu ikut cara yang saya buat ini,InsyaALLAH berjaya...



Mohammed.Najib Ibrahim...

Jumaat, 13 Julai 2012

Jangan Putus Asa Bahagian 1

Salam semua.Saya ingin berkongsi pada para pembaca mengenai Kisah Seorang wanita yang juga kakak angkat saya semasa kami menuntut di Politeknik Johor Bahru pada tahun 2001-2003 dahulu.Pengajaran yang saya ingin kemukakan disini ialah anda sebagai Ibu bapa jangan putus asa kepada anak-anak anda.

Pernahkah anda terfikir bagaimanakah sekiranya kedua-dua ibu bapa Pekak dan tidak boleh mendengar mahupun bercakap,bagaimanakah mereka mengajar anak mereka yang normal bercakap seperti Normal?Memang mereka meminta bantuan para Ibu bapa sendiri atau mertua untuk mengajar mereka bercakap,namun kita sendiri tahu bahawa kita tidak boleh mengharapkan Ibu bapa dan Orang Luar untuk mengajar anak mereka.

Kakak angkat saya ini bersama suaminya tidak boleh mendengar dan bercakap,hanya mampu miming bibir sahaja.Namun mereka mampu menjalankan Tanggungjawab yang diberi seperti mengajar anak mereka bercakap seperti Normal,malah mengajar anak mereka bahasa Isyarat sekali.Ini bukan satu tugas yang mudah.Kita yang dewasa ini ini pun tidak memahami anak-anak kita yang masih teramat mentah dan muda sikapnya.

Namun Bersyukur kerana berkat didikan mereka,anak-anak mereka memahami keadaan kedua ibu bapa mereka dan tidak merasa malu menggunakan bahasa Isyarart utuk berkomunikasi dengan Ibu bapa mereka di hadapan rakan-rakan.

Semoga Kisah yang saya tuliskan ini memberi semangat dan dorongan kepada Para Ibu bapa untuk mengajar dan mendidik Anugerah yang telah ALLAH kurniakan.

Sekian....



Mohammed.Najib Ibrahim

Selasa, 10 Julai 2012

Tips penjagaan CI anda 2

Salam semua.Saya ingin menulis mengenai kepentingan Menjaga alat CI anda.Salah satu caranya ialah sentiasa memastikan alat CI anda berada di dalam keadaan kering dan bersih.Satu cara mudah untuk memastikan alat CI anda kering dan bersih ialah melapkannya dengan kain atau tisu yang bersih.

Saya tidak menggunakan tisu yang nipis seperti tisu muka yang selalu dijual di pasaraya.Sebaliknya menggunakan tisu dapur yang tebal.Ini kerana tisu muka terlalu nipis dan amat senang menghasilkan habuk.Ini berbeza dengan tisu dapur yang tebal.

Saya sentiasa lap alat CI saya terutama sekali apabila saya bekerja.Semasa saya bekerja,suasana agak panas kerana bekerja di dapur.Ini membuatkan saya sentiasa berpeluh.Jadi alat CI saya tidak dapat dielakkan daripada terkena air.Gabungan Minyak Rambut,peluh dan debu mampu menyumbat salah satu alat penting di dalam CI iaitu Mikrofon.

Mikrofon ini berfungsi menangkap bunyi dari keadaan sekeliling.Sekiranya lubang kemasukan bunyi pada mikrofon ini dipenuhi habuk,maka bunyi yang di dengari akan menjadi kurang jelas.Selain itu,air peluh dari kepala mampu memasuki ruang-ruang yang tersembunyi pada alat CI anda.Air peluh ini mampu mendatangkan masalah iaitu Karat kepada CI.

Sebab itulah pengeluar Ci iaitu Coclear.com menyarankan kita memakai Bateri Cas sekiranya kita jenis kuat berpeluh atau bermain.Ini kerana Bateri cas tertutup semua ruangnya berbanding bateri pakai buang yang memiliki banyak ruang untuk air memasukinya.

Pada waktu malam pula,sebelum tidur,sekali lagi lap alat CI anda kemudian disimpan di dalam bekas yang disediakan oleh pengeluar iaitu Zephro.Alat ini mampu mengeringkan alat CI anda kerana di dalamnya terdapat Silica Gel(digunakan bersekali) yang mampu menyerap kelembapan.

Jadi,sentiasalah Lap alat CI anda.



Mohammed.Najib Ibrahim

Sabtu, 7 Julai 2012

Membaca sambil mendengar

Salam semua.Saya ingin menulis mengenai salah satu teknik saya belajar mendengar.Cara itu ialah membaca buku atau majalah sambil mendengar semula rakaman suara saya.Seperti yang kita ketahui,salah satu cara saya sekiranya saya belajar sendiri ialah merakam suara sendiri menggunakan Handphone,kemudian mengulangnya.

Saya berbuat demikian kerana saya duduk dengan ibu bapa yang sudah tua.Tidak elok selalu menyusahkan mereka untuk sama-sama meluangkan masa belajar dengan saya.Namun belajar sendiri ini juga banyak juga kelebihannya,salah satunya tiada orang yang akan marah  sekiranya kita meminta diulang-ulang perkataan itu.

Mengapa saya membaca buku sambil mendengar semula rakaman suara saya?Jawapannya ialah untuk melatih otak saya bekerja di dalam 2 persekitaran iaitu sambil saya membaca,otak saya menterjemahkan serta memahami apa yang saya sebut di dalam rakaman itu.Ini penting kerana di dalam pekerjaan sehari-hari an saya,saya sentiasa bekerja sambil bercakap.

Oleh kerana saya bekerja di dalam bidang masakan di Hospital,maka penggunaan Mask yang menutup mulut sentiasa digunakan.Ini menyukarkan saya kerana saya tidak dapat melihat gerakan bibir mereka.Namun melalui latihan membaca sambil mendengar ini,saya dapat mengasah kemahiran saya untuk bergantung kepada pendengaran saya.Walaupun tidak banyak yang dapat saya tangkap,namun ianya sudah membantu.

Harapan saya,semoga semakin lama saya mengunakan implan koklea,semakin banyak perkataan yang dapat saya kenali.

Sekian.....


Mohammed.Najib Ibrahim

Jumaat, 6 Julai 2012

kebolehan deria penganti

Salam semua.Pernahkah anda mendengar bahawa ALLAH itu Maha Adil,setiap apa yang diambilnya akan digantikan dengan yang lain.Sesungguhnya janji itu adalah benar.Sebagai insan istimewa,ALLAH telah mengambil pendengaran kita.Namun ALLAH pasti akan mengantikannya dengan deria yang lain.


 Deria yang akan digantikan ialah deria lain seperti deria bau,deria penglihatan,deria rasa dan deria sentuhan.Sebagai contoh Orang Buta,Mereka tidak dapat melihat namun digantikan deria mereka yang hilang dengan deria sentuhan yang sensitif atau deria pendengaran yang lebih baik dari Orang Normal.

Sekiranya ALLAH mengambil pendengaran kita,deria yang diambil akan digantikan dengan deria yang lain.Deria saya yang digantikan dan ditambah powernya ialah DERIA BAU.Saya hanya menyedari kebolehan deria bau saya ini semasa saya bersekolah dahulu.Pada masa semua orang belum terbau sesuatu bau,sebagai contoh asap,sayalah orang pertama yang akan terbau dahulu.Begitu juga apabila seseorang itu kentut,memakai minyak wangi dan lain-lain,saya dapat menghidu baunya walaupun ianya sedikit.

Kebolehan deria bau ini banyak membantu saya di dalam bidang pekerjaan yang saya ceburi iaitu masakan.Sebagai contoh apabila seorang cef memasak makanan,sudah tentu akan ada baunya.Dengan menghidu baunya,saya dapat mengagak bahan-bahan yang dimasukkan semasa memasaknya.

Namun,seiring peningkatan usia,deria bau saya mula merosot.Cara hidup yang kurang sihat,pemakanan yang tidak dijaga membuatkan deria bau saya berkurangan.

Saya yakin kesemua insan istimewa memiliki sesuatu yang akan digantikan balik oleh ALLAH.Cubalah perhatikan anak-anak anda dengan teliti,lihat sekiranya deria mereka yang lain lebih baik dari biasa.Namun tidak semestinya ALLAH mengantikan dengan deria yang lain,sebaliknya otak dan fikiran yang cerdas serta nasib yang baik mungkin menjadi gantinya.

Sekian....


Mohammed.Najib Ibrahim

Selasa, 3 Julai 2012

Share-Tips belajar mendengar 3

Salam semua.Seperti yang kita ketahui,penerima CI ini mesti selalu belajar untuk mengecam bunyi.Namun semakin hari belajar,semakin membosankan.Namun demi mencapai matlamat dan cita-cita untuk menguasai kemahiran mendengar,saya mestilah menjadikan Pembelajaran saya sesuatu yang menyeronokkan.

Dibawah saya sertakan cara saya menambah suasana.Harapan boleh membantu Para ibu bapa menaikkan motivasi anak-anak untuk belajar
  1. Tukar Suasana setiap 2 minggu.Saya akan menukar tempat belajar saya setiap 2 minggu.Kalau minggu ini belajar di bilik.minggu 2 lagi,saya belajar di Ruang tamu.Malah saya turut belajar di halaman rumah kerana suasanya nyaman
  2. Tukar time Belajar.Katakan anda biasa mengajar anak anda pada waktu malam.Cuba tukarnya pada waktu pagi atau petang.(Mungkin anda sudah biasa mengajar pada waktu malam kerana balik kerja,namun sekiranya ada kesempatan cuba mengajar mereka pada waktu lain)
  3. Beri Janji pada anak dahulu.Contohnya kalau anak berjaya di dalam sesuatu tahap yang anda tetapkan,anda akan memberikan anak-anak apa yang mereka suka.Saya juga begitu,cuma saya sendiri yang mengeluarkan duit poket untuk diri sendiri hehheheh.
  4. Tukar tutor anda.Maksud saya ialah anda dan suami bergilir-gilir mengajar anak.Tujuannya supaya anak tidak terlalu biasa dengan suara anda.Sebab suara manusia ini ada VARIASI.Semakin banyak Variasi kita dapat kuasai,makin sempurna pembelajaran kita.Kalau Datuk atau Nenek Anak-anak datang melawat pun,cubalah minta bantuan mereka mengajar anak.Bagi kes saya,saya bertukar tutor dengan Kawan-kawan sekerja saya,dan Ibu saya.
  5. Pendekkan masa belajar,namun cuba ulangi dengan kerap.Tiada gunanya belajar sejam dua jika hanya sedikit yang dapat dicapai berbanding belajar 10-15 minit namun banyak dapat dicapai.Belajar dengan kerap pula supaya perkataan itu terlekat kukuh di ingatan.
Ini sahaja yang saya dapat kongsikan.Belajar mendengar ini memang satu cabaran yang besar kerana tiada sebarang panduan untuk kita memahami bunyi.Ianya misteri,penuh teka teki dan cabaran namun ganjarannya besar.

Sekian.....

Mohammed.Najib Ibrahim

Ahad, 1 Julai 2012

Mendengar itu menyeronokkan!

Salam semua.Saya ingin menulis mengenai proses Mendengar.Semua orang mendengar namun tidak ramai yang menyedari bahawa ianya satu proses yang amat menyeronokkan.Hanya sebilangan kecil sahaja individu yang tahu menghargai pendengaran mereka.Mereka ini adalah yang pernah kehilangan deria pendengaran mereka dan terpaksa menghadapi kesukaran di dalam hidup.Berkat usaha mereka,mereka diberi peluang oleh ALLAH yang Maha Esa untuk mendengar kembali.

Saya termasuk di dalam sebilangan kecil mereka ini.Membesar dengan deria pendengaran yang semakin kurang dan menghilang,membuatkan saya belajar MENGHARGAI apa yang sepatutnya kita hargai.Individu yang normal,mereka tidak pernah merasai bagaimanakah kehilangan deria pendengaran.Kerana itu,bunyi-bunyian yang sering mereka kedengaran,semuanya sudah lali dan tidak menarik lagi.

Namun bagi saya,mendengar bunyi titisan air menitik,bunyi kicauan burung,mendengar suara kawan-kawan,ibu bapa saya dengan jelas dan lain-lain,ianya sungguh indah.Tiada kata yang dapat saya berikan kecuali SYUKUR tidak terhingga.Malah saya amat bersyukur sekali lagi kerana apabila saya berasa Bangga pada diri,saya akan menutup Alat hearing Aids dan CI saya.Apa yang terjadi?Sudah tentulah dunia saya menjadi sepi semula.

Ini akan MENGINGATKAN saya kembali NAWAITU saya mendengar iaitu menggunakan dengan sebaik-baiknya sebagai Khalifah ALLAH di Dunia ini.Insya-ALLAH,saya tidak akan memungkiri janji saya.

Pada pembaca yang membaca penulisan saya ini,adakah anda pernah menghargai Pendengaran anda?Sudah hilangkah keseronokan anda mendengar?

Sekian....

Mohammed.Najib Ibrahim