nuffnang

Isnin, 18 Jun 2012

Sebab Utama saya Memilih Implan Koklea

Salam semua.Saya telah membaca kesemua komen mengenai Penulisan saya.Ada seseorang pembaca yang tanpa nama telah menanyakan saya satu soalan "Nak tanya perlukah implan kalau dgn alat bantu pendgran sdh mambantu untuk bercakap.juga.nak tahu kenapa saya lakukan implan sbb dah dapat bercakap n jalani kehidupan dgn baik?


Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada pembaca ini kerana komennya.Disini saya akan berikan jawapannya.Pertama mengenai kehidupan saya.Memang saya akui saya tidak memerlukan implan kerana dengan HA saya sudah boleh mendengar walaupun tidaklah sejelas dan sesempurna insan Normal.Namun inilah Impian saya kecil.Semasa saya kecil,saya telah membaca kisah ANG BOON SOON,Penerima implan koklea pertama di Malaysia dan Asia tengara.Kisah beliau yang telah dapat mendengar menaikkan semangat saya.Sejak dari hari itu,saya telah menanam Hasrat dan Impian untuk menjalani pembedahan Implan Koklea.

Kedua,Hearing Aid saya dan tahap pendengaran saya.Untuk makluman,Semakin saya dewasa dan meningkat usia,Tahap pendengaran saya semakin merosot dan menurun.Sebagai Contoh Tahun ini saya masih boleh dengar deringan Telifon saya,Tahun depan saya tidak dapat mendengar Bunyi yang sama.Ini saya tidak dapat menjelaskan kenapakah tahap pendengaran saya semakin merosot.Namun apa yang saya ketahui,sebilangan kecil Insan seperti saya yang mengalami masalah ini,mereka akan kehilangan pendengaran mereka satu masa kelak.

Sementara tahap pendengaran saya semakin merosot,maka semakin tinggi dan kuat VOLUME HA yang saya gunakan.HA boleh diupgrade dan ditingikan kekuatan bunyinya,tetapi ianya ada hadnya.Saya telah mencapai had maksimum HA yang boleh ditingkatkan.Ini bermakna Walaupun HA saya mencapai tahap maksimum kekuatan Volume,dengan kemerosotan Pendengaran saya,Kekuatannya volume HA saya juga semakin jatuh.Jadi sampai satu masa,HA saya tidak akan berkesan lagi.Saya akan kehilangan pendengaran saya.

Sebab ketiganya ialah Mungkin sudah ditakdirkan saya mendapat implan.Sejak dahulu saya tahu mengenai implan koklea,namun saya TIDAK TAHU mengenai program Bantuan dari kerajaan.Sehingalah pertengahan 2009,saya ke HSA untuk berjumpa pakar Audio disana untuk mendapatkan pengesahan doktor bagi kelulusan mengambil LESEN MEMANDU.Pakar Audio disana,Puan Siti mendapati walaupun saya tidak mendengar denan sempurna,namun komunikasi saya tidak jauh berbeza dengan Insan Normal.Atas Bantuan Beliau,saya diperkenalkan kepada Dr nazrin yang kemudianya saya dirujuk ke HSI untuk berjumpa Pakar Implan Koklea disana.Setelah menjalani pelbagai ujian dan menunggu hampir 3tahun,pada bulan 3 2012 saya selamat menjalani Pembedahan Implan Koklea.

Saya berharap jawapan dari saya ini dapat menjawab persoalan anda.Sejak kecil inilah impian saya.Semua orang ada impian,ada yang berjaya mencapainya ada yang tidak.Impian saya hanyalah untuk meminjam kembali Pendengaran saya telah Diambil ALLAH.

Sekian Terima Kasih

Mohammed.Najib Ibrahim


1 ulasan:

  1. terjumpa info ni, juga pasal implan koklea… sharing is caring :) - Implan Koklea Bantu Pertuturan

    BalasPadam