nuffnang

Sabtu, 2 Jun 2012

Tempoh masa menunggu Implan Koklea?

Salam semua.Bertemu lagi di dalam penulisan saya.Antara persoalan yang sering kita fikirkan mengenai Implan koklea ialah Berapa lamakah tempoh untuk mendapatkannya?.Disini saya kongsikan jawapan saya berdasarkan pengalaman saya.

Saya mula menyertai Program Implan koklea KKM pada awal 2010.Namun pada 2009,saya menjalani ujian-ujian seperti MRI,CT-SCAN,Audio dan Speech untuk menilai tahap kemampuan saya menerima Implan.Pada 2010,barulah saya terpilih untuk menyertai Program Implan Koklea KKM.

kesabaran pasti membuahkan hasil   


Saya telah menunggu selama hampir 3 tahun untuk menerima Implan koklea saya.Setiap tahun,hanya 3,atau 4 pesakit saja yang dibedah.Ini kerana Peruntukan dari Kerajaan amatlah terhad.Ini kerana Kos bagi membeli implan koklea amatlah mahal mencecah 70 ribu ringgit sebuah.Harganya amat mahal kerana ianya terpaksa di Import dari Luar Negara.

Nombor giliran menunggu bagi Menerima Implan Koklea tidaklah diguna pakai oleh kerajaan.Ini kerana Keputusan siapakah yang akan menerima Implan Koklea pada tahun itu akan diputuskan oleh Doktor.Doktor akan meneliti pelbagai Faktor seperti Usia,Pertuturan mereka,tahap keseriusan Pendengaran dan Potensi Kejayaan.Dalam semua faktor ini,Bayi atau Kanak - kanak diberi keutamaan oleh Para Doktor.Ini kerana mereka berpotensi untuk belajar mengenal bunyi lebih baik kerana Faktor umur mereka yang muda dan otak yang sedang berkembang.

Jadi,bagi mereka yang berusia dewasa seperti saya,yang mana mampu bertutur seperti Normal,Mampu mendengar dengan Alat Bantu Pendengaran walaupun tidak membantu sangat alat itu,akan diketepikan dahulu.Namun saya faham dan tidak marah kerana saya sedar mereka yang diberi keutamaan itu akan menjadi pelapis negara,malah peluang mereka berjaya juga jauh lebih besar.

Hinggalah akhirnya penghujung bulan 1 2012 saya menerima makluman terpilih menjalani pembedahan Implan koklea.Segalanya kemudian berjalan sangat pantas.Sehingga sekarang,kadang-kadang saya akan mencubit pipi sendiri sama ada saya bermimpi atau tidak apabila mendengar bunyi yang tidak pernah saya dengari...

Jadi dalam hal ini,jawapan saya kepada TEMPOH MASA MENUNGGU IMPLAN KOKLEA bergantung kepada UMUR,TAHAP PERTUTURAN ANDA dan REZEKI anda.Jangan berputus asa sekiranya tidak terpilih pada tahun ini kerana insya,allah satu hari nanti anda juga pasti terpilih.

Sekian,terima kasih.....

Mohammed.Najib Ibrahim

Tiada ulasan:

Catat Ulasan