nuffnang

Selasa, 19 Jun 2012

Sharing-Tips saya bersekolah

Salam semua.Saya ingin berkongsi mengenai tips saya semasa bersekolah dahulu.Saya berharap agar penulisan saya ini dapat membantu mereka di dalam persekolahan anak mereka.Ada idea dahulunya saya tidak pernah lakukan,namun hanya terfikir bila dewasa ini.Namun ianya pasti berguna untuk digunakan kelak.



Tips-tips saya
  1. Pada hari pertama persekolahan(Darjah satu),Kita memasuki alam baru.Kesemua rakan kita adalah baru.Pada hari itu,kita harus mengangkat tangan atau berjumpa dengan guru.Beritahu guru mengenai kekurangan kita sebagai Insan istimewa,beritahu guru dan rakan-rakan akan kita mendengar melalui HA dan ianya amat mahal.Minta mereka berhati-hati dan tidak menyentuh telinga,kepala kita kerana dikhuatiri ianya akan terjatuh.
  2. Duduk di hadapan sekali di dalam kelas.Duduk di hadapan sekali banyak Faedahnya.Kita berkomunikasi secara FACE TO FACE dengan Guru kita.Adakah guru kita akan mengajar di belakang? tidak bukan,guru sentiasa berada di hadapan sekali.Berada di tempat duduk hadapan sekali juga memberikan beberapa kelebihan seperti tiadanya gangguan penglihatan dari orang di hadapan kita,pandangan yang lebih jelas dan Bunyi suara guru yang jauh lebih kuat.Ini banyak mempengaruhi faktor kita mendengar dengan HA .
  3.  Sentiasa lihat buku nota rakan.Semasa saya bersekolah,amat sukar untuk saya mengejar apa yang dicakapkan guru.Biasanya guru akan menyebut,murid akan menulisnya.Jika saya bergantung harap kepada HA saya,banyak yang akan saya tertinggal.Jadi setiap masa lihat nota rakan sebelah anda.Janganlah malu untuk meminta pertolongan mereka.Jika mereka berlainan bangsa pun,anda harus sedar mereka juga Manusia.Saya pernah duduk disebelah rakan berbangsa cina,namun mereka ini tidak kisah sekiranya saya melihat nota mereka.
  4. Pandai-pandailah memilih rakan.Ada rakan yang jenis setiakawan,ada yang tidak.Memilih kawan yang baik akan membawa kebaikan kepada kita,begitu juga sebaliknya.Sebagai ibu bapa,kenali rakan anak kita.Jika berkesempatan berjumpa dengan rakan,tanyalah mereka bagaimanakah cara kita belajar?Mintalah pertolongan mereka untuk melihat-lihat serta menjaga anak kita.Untuk mengharapkan guru,ianya sukar kerana guru terlalu banyak kerja.Hanya rakan sekelas yang sentiasa berada di sisi anak kita.
  5. Semasa bersukan,tentulah kita akan membukanya,Namun dimanakah tempat yang selamat untuk kita menyimpannya?Meletakkan di dalam poket ianya tidak menyelesakan malah berbahaya kerana kita pasti terjatuh.Jadi mintalah pertolongan guru jasmani untuk memegangnya.Jangan sesekali meminta pertolongan rakan sekelas untuk menjaga alat kita kerana mereka tidak tahu dan tidak cermat di dalam menjaga.Guru adalah orang dewasa,maka mereka tahu mengenai pentinnya menjaga alat HA kita dengan cermat.
  6. Lips read atau membaca gerakan bibir adalah satu cara untuk kita menangkap apa yang dicakapkan.Namun kemahiran ini tidak boleh diajar.Ianya hanya dapat dipelajari melalui pemerhatian yang berterusan daripada induvidu melihat gerakan bibir.Memang teramat sukar,namun sedikit demi sedikit kita pasti dapat menguasainya.
  7. Mintalah No telifon guru sekelas anak anda.Ini kerana sekiranya anak kita ada masalah di dalam pelajaran,kita boleh bertanya kepada guru sendiri.Malah guru juga boeleh menghubungi kita sekiranya anak kita terjadi apa-apa di sekolah.
Akhir sekali lebih baik dan bagus sekiranya kita belajar dahulu di rumah apa yang akan di ajar oleh guru keesokan harinya.Sebagai ibu bapa,kita harus mengajar mereka.Ini memudahkan mereka memahami apa yang di ajar guru keesokannya.

Saya berharap panduan yang saya tulis ini walaupun ringkas dapat membantu anak-anak Istimewa di luar sana.Alam persekolahan amatlah mencabar,namun ianya juga amatlah menyeronokkan.Kita sebagai orang dewasa juga teramat rindu mengenai alam persekolahan kita.Terapkan di dalam hati anak-anak yang sekolah adalah tempat yang menyeronokkan.


Sekian....

Mohammed.Najib Ibrahim

Tiada ulasan:

Catat Ulasan