Salam semua.Di sini saya nak sharekan pengalaman hidup saya menjadi OKU.Sepanjang saya menjadi OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM),ternyata banyak kemudahan yang saya perolehi.Di bawah saya sertakan kemudahan yang saya dapati mendaftar di JKM
- Bantuan Elaun Bulanan bagi pekerja Cacat RM300(Skim ini bertujuan menggalakkan OKU mencari kerja dan berdikari serta membantu meringan bebanan mereka)
- Bantuan Elaun bulanan bagi OKU yang sakit dan tidak mampu bekerja.
- Tambang pengangkutan Awam seperti Bas Ekspress,KTM,LRT, separuh harga bagi pemegang Kad JKM
- Bantuan kewangan seperti Penajaan/Biasiswa bagi melanjutkan pendidikan di Politeknik.Hanya Politeknik tertentu yang menawarkan Kursus untuk OKU.Kursus yang ditawarkan ialah Rekabentuk Grafik,Perhotelan dan Katering dan seni jahitan dan Fesyen.
- Kemudahan perubatan Percuma di Semua Klinik Kerajaan/hospital kerajaan
- Pengecualian Bayaran masuk Wad(kelas 3 Sahaja) dan Pengecualian dari sebarang Kos di Hospital kerajaan(Saya mengunakan Kad Oku semasa mendaftar ke Hsi bagi menjalani pembedahan CI,semuanya Percuma kerana bantuan kerajaan yang mengecualikan pemegang Kad JKM dari sebarang Bayaran.)
- Pengecualian Cukai Pendapatan.Namun yang ini saya tidaklah pasti sangat.
- Bantuan Alat Sokongan seperti HA
Sekian,Terima Kasih.
Mohammed.Najib Ibrahim
Assalam,auntie baru jumpa blog ni..anak auntie pun ci,sekatlrang form 3, dan auntie masih tercari2 halatuju untuknya...
BalasPadamAssalam,auntie baru jumpa blog ni..anak auntie pun ci,sekatlrang form 3, dan auntie masih tercari2 halatuju untuknya...
BalasPadam