nuffnang

Khamis, 14 Jun 2012

Ketidakselesaan Memakai CI

Salam semua.Saya ingin berkongsi sesuatu yang mungkin bermain di Fikiran Ibu bapa,bagaimana Anak anda rasa apabila memakai alat CI.Adakah ianya menyakitkan atau tidak menyelesakan.Bagi yang boleh bercakap mungkin mampu memberi jawapan,namun bagi anak-anak yang tidak tahu bertutur,ianya mungkin menjadi masalah.

 Alat CI ini saya boleh katakan yang ianya kadang-kadang tidak menyelesakan saya.Saya memakai Alat CI saya hampir 12 jam atau lebih sehari.Ditambah pula saya Rabun Jauh dan memakai cermin mata,Alat CI ini seperti MENCENGKAM belakang kulit telinga kepala saya.Selepas ditanggalkan alat CI ini,boleh dilihat bekas alat CI itu pada kulit kepala saya.

Bila anak mengelak memakai CI ,mungkin mereka terasa sakit dan tidak selesa

Mengenai Magnet yang terdapat pada alat CI,ianya tidak memberi kesan memudaratkan.Tahukah anda yang magnet ini sebenarnya tidak digunakan dahulu.Ianya mula digunakan kerana kanakkanak teramat aktif dan Alat CI mereka selalu terjatuh apabila bermain.Maka pengeluar CI telah menambah Magnet pada rekaan mereka.Cuma Magnet yang digunakan haruslah sesuai dan tepat kerana sekiranya memilih magnet yang salah ,ianya akan memberi kesan kepada Kulit kepala anda.


Bagi ibu bapa cubalah sentiasa melihat belakang kulit telinga anak mereka,Adakah ianya berbekas.Mungkin ianya menyakitkan anak anda.Sentiasa sensitif dan Peka kepada anak.

Sekian....


Mohammed.Najib Ibrahim

4 ulasan:

  1. salam saudara najib...saya ibu kpd afiq danial penerima implant...saya selalu melihat belakang telinga anak saya...maksud saudara najib belakang telinga di mana alat prosessor dia disangkut @ dgn kulit di mana magnet CI itu dilekatkan?kalo belakang telinga memang ari2 saya lihat ada kesan..kadang2 fikir gak..adakah alat CI nya tu berat bila disangkutkan pd cuping telinganya..atau adakah ketat?tapi untuk selama tempoh anak saya memakai CI sejak on suis dulu belum pernah lagi dia menolak untuk memakai CI...dan saya lihat dia tau alat itu membantu dia mendengar sbb bila dia bangun pagi dari tido dia sendiri akan minta alat dia...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Puan.Maksud saya ialah belakang telinga dima alat Processor disangkut.Alat processor itu tidak berat,namun kadang2 kulit belakang telinga akan terasa seperti TEGANG.ianya tidak menyelesakan,kedua jika kulit kita ni jenis yang kurang baik,bila berpeluh,Alat Processor itu seperti berbisa.sukar saya nak jelaskan,Namun melihat kepada tulisan puan,Alhamdulilah Anak Puan tiada sebarang masalah.

      Padam
  2. salam saudara najib...saya ibu kpd afiq danial penerima implant...saya selalu melihat belakang telinga anak saya...maksud saudara najib belakang telinga di mana alat prosessor dia disangkut @ dgn kulit di mana magnet CI itu dilekatkan?kalo belakang telinga memang ari2 saya lihat ada kesan..kadang2 fikir gak..adakah alat CI nya tu berat bila disangkutkan pd cuping telinganya..atau adakah ketat?tapi untuk selama tempoh anak saya memakai CI sejak on suis dulu belum pernah lagi dia menolak untuk memakai CI...dan saya lihat dia tau alat itu membantu dia mendengar sbb bila dia bangun pagi dari tido dia sendiri akan minta alat dia...

    BalasPadam
  3. Salam...anak saya selalu gak buang alat CI tu kalu dah agak2 2-3 jam dia pakai...saya bagi rest 15 minit pastu saya pakai balik...coz setiap kali lepas bukak dia akan usap blakang telinga dia sambil buat muka "aw" mcm sakit...

    BalasPadam