nuffnang

Jumaat, 22 Jun 2012

latihan mendengar-Cuba perbezaan Volume suara

Salam semua.Sejak saya memulakan sessi Speech saya awal bulan ini,sudah 4 kali saya berjumpa dengan Pakar terapi pertuturan saya.Pada sessi pertama,saya masih belum dapat membezakan bunyi Ii,Ee,Uu,Mm, sementara Aa,Shh dan Ssss saya berjaya membezakan.Ianya sebenarnya satu kemajuan bagi saya kerana semasa mengunakan alat HA,saya hanya dapat membezakan bunyi Aa sedangkan Shh dan Ssss selalu terbalik,manakala bunyi yang lain juga selalu tersalah.

Namun pada sessi kedua dan ketiga,saya berjaya membezakan kesemua bunyi yang diberikan oleh Pakar terapi pertuturan saya.Manakala bagi sebutan bergambar pula,kesalahannya amat sedikit berbanding yang betul.Ianya amat memgembirakan namun,namun saya tahu saya tidak boleh berpuas hati dengan kemajuan saya.Tetapi disini saya ingin berkongsi satu tips saya yan saya belajar sendiri ataupun ketahui semasa Sessi Speech.

Speech saya ialah di dalam big room yang senyap.Ini sangat-sangat membantu saya di dalam membezakan bunyi.Salah satu cara yang saya ketahui mengenai bunyi ialah Perbezaan Volume suara apabila sesuatu perkataan disebut.Jadi apabila saya tidak dapat mengenalnya,maka saya akan mengunakan perbezaanVolume untuk mencari jawapannya.

Sebagai contoh Bunyi Cawan dengan Ayam.Bagi anda terlalu senang untuk membezakannya,namun bagi kami ianya seakan akan sama dan tidak dapat dibezakan.Namun kerana pemerhatian saya semasa belajar,saya dapati apabila Pakar terapi saya menyebut kedua-dua perkataan,Volumenya tidak sama.Ada yang rendah,ada yang tinggi.Seperti perkataan Aa,Ii,Uu,Mm,Shh dan ssss memiliki kekuatan Volume yang tersendiri.

Dari sinilah saya mendapat jawapannya.Dan ternyata jawapannya benar.Pakar terapi saya berkata Pemerhatian saya adalah tepat kerana Bunyi Awalan perkataan itu berada di dalam Frekuensi yang berbeza.Jadi tahniah bagi saya.

Jadi dari situlah saya mula mencari perbezaan Volume bunyi bagi perkataan yang sukar untuk saya jawab.Mungkin para ibu bapa boleh mengajar anak-anak mereka mengenal kekuatan dan kelemahan Volume pada perkataan.

Sekian....

Mohammed.Najib Ibrahim

Tiada ulasan:

Catat Ulasan