nuffnang

Khamis, 14 Jun 2012

Bila BUNYI menjadi MUSUH


Salam semua.Bila Bunyi menjadi Musuh.Benarkah apa yang anda baca ini?Bagaimana pula bunyi menjadi musuh kepada kami penerima Implan Koklea ini?Benar,bunyi boleh menjadi musuh kepada kami.Saya akan terangkan kepada semua bagaimana Bunyi mampu menjadi musuh kepada kami.

Biar saya memberitahu anda,yang kami di dalam Proses pembelajaran.Mendengar itu satu pelajaran bagi kami.Semakin lama,semakin panjang kami mendengar,bermakna semakin lama kami belajar.Di satu tahap,otak kami akan Jammed.Pernahkan anda mengulangkaji pelajaran?Anda juga merasa kadang-kadang otak anda merasa penat jika belajar di dalam masa yang panjang.Apa yang anda lakukan.Berehat,atau melakukan aktiviti lain.Begitu juga kami.

Apabila Otak kami berada di dalam keadaan ini,daya tumpuan kami untuk menangkap bunyi merosot dengan mendadak.Apa yang dicakapkan anda,kami menjadi KELIRU walhal perkataan yang anda sebut sudah beratus kali kami dengari dan cam.Anda harus ingat yang kami bukan sahaja mendengar Suara,kami turut mendengar bunyi sekeliling.Jadi bayangkan otak kami yang seperti terpaksa melakukan 2 perkara,menterjemahkan perkataan anda disamping mengenal bunyi alam sekeliling.

Banyak kali saya berada di dalam keadaan ini,namun ianya paling kerap berlaku semasa Sessi SPEECH.Ini kerana semasa sessi speech,otak saya dipaksa belajar mengenal bunyi secara intensif.Pakar terapi pertuturan saya memahami situasi saya,dia akan memberikan saya masa 1 atau 2 minit untuk berehat sebelum menyambung pelajaran.

A-ayah,A-ayah,A-ayah(bila dah Konfius) A-AYAM?????

Bagaimanakah dia tahu bila otak saya kepenatan.Jawapannya pada maklumbalas saya.Sebagai contoh semasa memulakan sessi,dia akan memulakan dengan 15 atau 20 gambar.Tindakbalas saya,18 daripada 20 gambar dapat saya cam bunyinya.Namun semasa memulakan sesi kedua atau ketiga,maklumbalas saya merosot.Dari 18 betul,ianya berkurangan kepada 15,10 jawapan yang betul walhal ianya menyebut perkataan yang sama saya dengari semasa sessi pertama,cuma menukar susunan gambar.

Jadi para ibu bapa,semasa mengajar anak anda perkataan,cuba buat perbandingan jawapan betul semasa sessi pertama,kedua dan ketiga.Sekiranya semakin merosot jawapan betul,berikan sedikit masa untuk anak berehat.Jika apa yang saya tuliskan ini benar,maka jawapan anak anda akan kembali meningkat.

Jadi jelaslah kepada semua mengapa bunyi boleh menjadi musuh kepada kami.Saya seorang yang dewasa,bila saya mengalami situasi ini,saya akan tetap menghadapinya.Namun bagi kanak-kanak,mereka akan memilih cara yang termudah iaitu mengelak.Jadi ibu bapa perlu bijak untuk mendidik anak mereka menghadapi masalah ini.

Mungkin inilah salah satu masalah yang dihadapi anak anda semasa anda mengajar mereka.Anda mengajar mereka,namun anda tidak mengetahui otak mereka penat.Bila otak mereka penat,mereka akan keliru.Bila mereka keliru,apa yang anda ajarkan bagaikan mencurah air di daun Keladi.

Sekian.......




Mohammed.Najib Ibrahim...





2 ulasan:

  1. Salam.mohon share info di FB saya.tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam.Saya amat berbesar hati kerana saudara/saudari sudi share penulisan saya.Ini kerana ianya menepati tujuan saya menulis iaitu membantu golongan bermasalah pendengaran dan mereka yang memakai implan koklea.Terima kasih

      Padam