Memetik kembali kata-kata juruterapi pertuturan saya "Kanak-kanak mereka ini mereka tiada banyak perkataan-perkataan di dalam otak mereka.Mereka juga tidak tahu cara menyebut perkataan itu dengan betul.Berbanding saya yang dewasa,yang sudah tahu membaca dan banyak perkataan berada di dalam otak saya,sekiranya saya Ragu-ragu mengenai apa yang disebut,contohnyaperkataan lampu.Pada otak saya ada banyak perkataan untuk saya MENEKA apa yang disebut itu,seperti Jambu.kemudian otak saya akan berfikir tadi baru sahaja saya melihat gambar,adakah jambu ada di dalam gambar?tiada,yang ada hanya Lampu.Begitulah caranya otak saya bekerja mencari jawapan sekiranya saya tidak pasti."
Saya mendengar suara anda,tapi saya tidak memahaminya... |
Kemudian kita lihat pula dari perspektif saya"Mendengar ini sesuatu yang amat rumit dan sukar untuk saya jelaskan.Menyebut perkataan,Mendengar,mengulang dan mengenalpasti perkataan itu adalah sesuatu yang amat rumit.Bagi orang Normal,ianya amat mudah,bagi kami yang tidak pernah mendengar,ianya Sukar.Anggaplah otak saya itu satu kanvas lukisan,satu perkataan satu calitan.Namun kerana kanvas saya tiada berus atau malah warna,saya terpaksa menggunakan Air.Menggunakan air untuk menulis,pasti apabila air kering,Perkataan itu pun hilang.Namun dengan berulang kali menulis,pasti akan kelihatan juga perkataan itu."
Anda Faham maksud saya?Biar saya terangkan mengapa saya menggunakan air?Anda akan rasa ianya mustahil bukan?Memang mustahil,tapi satu ketika dulu pun saya tidak pernah bermimpi dapat mendengar,sekarang saya sudah dapat mendengar.Anda rasa ianya juga mustahil kerana setelah berulang kali menulis perkataan itu akan timbul?kenapa kanvas itu tidak koyak?Jawapannya kerana saya menulisnya dengan amat lembut(merujuk kepada bunyi yang didengari,ianya amat lemah dan tidak jelas).Jadi anda dapat jawapannya bukan?
Jadi saya berharap para ibu bapa akan lebih memahami anak-anak mereka.Memang kanak-kanak amat sukar untuk diajar,serta sukar untuk duduk diam.Namun sekiranya berulang kali kita mengajar mereka dengan tabah,satu hari nanti mereka pasti terbuka untuk belajar sendiri.Insya Allah.
Sekian....Sebelum mengundur diri,renungkan pepatah lama kita,melentur buluh,biarlah dari rebungnya...Tapi tidak semua orang tahu yang rebung itu semasa kecil amat sukar untuk dibentuk mahupun dilentur.Dengan usaha dan masa,apabila besar,ianya dapat dilentur....
Mohammed.Najib Ibrahim
Tiada ulasan:
Catat Ulasan