nuffnang

Khamis, 21 Jun 2012

Anak-anak CI/HA zaman kini sangat bertuah

Salam semua.Saya berasa cemburu apabila melihat Anak-anak yang memakai CI/HA pada zaman sekarang.Mereka ini amat beruntung kerana memiliki Ibu bapa yang sanggup meluang masa mengajar mereka,serta terdapat banyaknya info dan maklumat di Internet.

Zaman saya semasa kecil,pada ketika mula-mula memakai HA,saya tidak menjalani Terapi pertuturan atau Speech.Saya bersekolah di Kluang,Sebuah bandar kecil.Memang saya pernah berjumpa Doktor Terkenal HUKM,Doktor Luqman Saim.Saya masih ingat lagi masa itu,HUKM bukanlah sebuah Hospital.Ianya seperti Klinik Kesihatan,sempit.Namun memang teramat Sibuk dengan Pesakit disana.

Pada masa itu,Heboh mengenai Ang Boon Soon yang menjalani pembedahan Implan koklea.Dr Luqman memeriksa saya,menyatakan tiada apa yang boleh dilakukan.Hanya mencadangkan saya memakai HA saja.Namun selepas itu,tiada sebarang tindakan seperti speech atau terapi untuk saya belajar mendengar.

Begitulah kisah saya.Walaupun mengunakan HA,namun tiada siapa yang mengajar saya bagaimana mengunakan HA apatah lagi berlatih mendengar bunyi suara tanpa melihat mulut.Ibu bapa saya juga tidak mengetahui adakah saya perlu berlatih mendengar.Namun saya tidak menyalahkan takdir kerana di zaman dulu semuanya serba kekurangan.

Hanya setelah saya dewasa,dan dirujuk ke hsi untuk Program Implan koklea,Para Speech dan audio memberitahu yang saya sepatutunya berlatih mendengar semasa kecil.Sekiranya saya berlatih,peluang saya teramat tingi.Namun segalanya sudah terlambat.Walaupun saya boleh mendengar,namun urat saraf telinga saya terlalu lemah kerana tidak dirangsang sejak kecil.

Kini setelah menjalani pembedahan CI,saya perlu melipatgandakan usaha saya belajar mendengar serta merangsang Urat saraf saya kembali.Sesunguhnya ianya tidak mudah,namun ianya tidak mustahil.Saya berharap Adik-adik diluar sana juga tidak berputus asa,anda bertuah kerana dilahirkan pada zaman ini yang mana pelbagai maklumat serta bantuan daru kerajaan tersedia di hadapan anda.

Para ibu bapa pula,janganlah anda berputus asa dengan anak anda.Walaupun kemajuan mereka terlalu lemah,namun Usaha anda pasti akan diberkati ALLAH.

Sekian.

Mohammed.Najib Ibrahim

Tiada ulasan:

Catat Ulasan