nuffnang

Khamis, 7 Jun 2012

Tabung Kewangan untuk penerima Implan Koklea?

Salam semua.Saya ingin berkongsi pendapat mengenai Bantuan kewangan untuk Penerima Implan Koklea.Sepertimana yang kita sedia maklum,kos bagi memperbaiki mahupun menggantikan Sebarang alatan Implan koklea dan Alat CI nya teramat mahal.Ianya mungkin tidak menjadi masalah bagi mereka yang datang dari keluarga yang berada,namun hampir kesemuanya datang dari golongan Miskin dan sederhana.

Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi Program Implan koklea hanya menyediakan peruntukan untuk membeli Implan koklea sahaja.Namun selepas itu,kos bagi memperbaikinya terletak di bahu Penerima Implan.Di Malaysia,hampir kesemuanya Implan Koklea serta alat-alat gantinya di Import dari Luar Negara.Selepas dipertukaran matawang asing,nilainya disini menjadi amat mahal kerana Faktor tukaran matawang asing.


Saya mencadangkan agar kerajaan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat membentuk satu tabung untuk diberikan sedikit peruntukan bagi Penerima Implan koklea.Tabung ini diharap dapat membantu meringankan kos bagi memperbaiki ALat CI sekiranya ianya Rosak.Saya juga mencadangkan agar syarikat yang mengeluarkan Implan koklea itu berkongsi kepakaran dengan rakyat tempatan bagi membaiki alat CI serta memberikan diskaun bagi kos pembaikan.

Dari semasa kesemasa,saya berharap agar Kementerian Kesihatan Malaysia menghimpunkan penerima implan koklea di Malaysia di dalam satu majlis agar mereka dapat bertukar-tukat idea,pendapat cara penjagaan,dan cara-cara menyelesaikan masalah menenai CI mereka.Majlis itu mestilah disertai Oleh Wakil dari Pengeluar Implan Koklea serta Para Doktor.Para Doktor boleh mendapat maklum balas menenai keberkesanan Implan koklea pesakit sementara Wakil Pengeluar Implan Koklea pula boleh mendapat maklum balas yang Positif dari Penerima Implan Koklea.Mereka juga boleh menberikan ceramah serta info mengenai Alat CI dan Alat Implan Koklea.

Saya berdoa semoga satu hari nanti idea saya ini akan menjadi realiti dan dapat direalisasikan satu hari nanti.Sekian....



Mohammed.Najib Ibrahim

4 ulasan:

  1. cadangan tabung itu amat baik dan wajar diketengahkan. Dah beratus2 penerima CI di negara ini, seharusnya dana untuk kos membaiki alat diwujudkan memandangkan alat2 ganti sgt mahal.

    BalasPadam
  2. cadangan tabung itu amat baik dan wajar diketengahkan. Dah beratus2 penerima CI di negara ini, seharusnya dana untuk kos membaiki alat diwujudkan memandangkan alat2 ganti sgt mahal.

    BalasPadam
  3. ya saya sebagai ibu kepada salah seorang drpd anak yg menerima CI ini sgt2 bersetuju agar cadangar saudara najib diketengahkan bagi membantu penerima implant dan keluarga penerima iimplant di negara kita...kos maintenance alat CI ni sgt mahal dan memeningkan kami ibubapa juga..apatah lagi jika hanya suami saja yg bekerja...

    BalasPadam
  4. Apakah ada yg mau bantu untuk anak saya,agar bisa pake IMPLAN,agar anaksaya bisa,mendengar dan berbicara,seperti anak yg lain,..namanya ZAKIATI NINGSIH, umur 4 setengah tahun,tinggal di Depok-jawa barat
    n/b.bila yg mau bantu bisa inbox.www.facebook.com/supadimeni
    no.telpon 08158783690

    BalasPadam