nuffnang

Selasa, 3 Julai 2012

Share-Tips belajar mendengar 3

Salam semua.Seperti yang kita ketahui,penerima CI ini mesti selalu belajar untuk mengecam bunyi.Namun semakin hari belajar,semakin membosankan.Namun demi mencapai matlamat dan cita-cita untuk menguasai kemahiran mendengar,saya mestilah menjadikan Pembelajaran saya sesuatu yang menyeronokkan.

Dibawah saya sertakan cara saya menambah suasana.Harapan boleh membantu Para ibu bapa menaikkan motivasi anak-anak untuk belajar
  1. Tukar Suasana setiap 2 minggu.Saya akan menukar tempat belajar saya setiap 2 minggu.Kalau minggu ini belajar di bilik.minggu 2 lagi,saya belajar di Ruang tamu.Malah saya turut belajar di halaman rumah kerana suasanya nyaman
  2. Tukar time Belajar.Katakan anda biasa mengajar anak anda pada waktu malam.Cuba tukarnya pada waktu pagi atau petang.(Mungkin anda sudah biasa mengajar pada waktu malam kerana balik kerja,namun sekiranya ada kesempatan cuba mengajar mereka pada waktu lain)
  3. Beri Janji pada anak dahulu.Contohnya kalau anak berjaya di dalam sesuatu tahap yang anda tetapkan,anda akan memberikan anak-anak apa yang mereka suka.Saya juga begitu,cuma saya sendiri yang mengeluarkan duit poket untuk diri sendiri hehheheh.
  4. Tukar tutor anda.Maksud saya ialah anda dan suami bergilir-gilir mengajar anak.Tujuannya supaya anak tidak terlalu biasa dengan suara anda.Sebab suara manusia ini ada VARIASI.Semakin banyak Variasi kita dapat kuasai,makin sempurna pembelajaran kita.Kalau Datuk atau Nenek Anak-anak datang melawat pun,cubalah minta bantuan mereka mengajar anak.Bagi kes saya,saya bertukar tutor dengan Kawan-kawan sekerja saya,dan Ibu saya.
  5. Pendekkan masa belajar,namun cuba ulangi dengan kerap.Tiada gunanya belajar sejam dua jika hanya sedikit yang dapat dicapai berbanding belajar 10-15 minit namun banyak dapat dicapai.Belajar dengan kerap pula supaya perkataan itu terlekat kukuh di ingatan.
Ini sahaja yang saya dapat kongsikan.Belajar mendengar ini memang satu cabaran yang besar kerana tiada sebarang panduan untuk kita memahami bunyi.Ianya misteri,penuh teka teki dan cabaran namun ganjarannya besar.

Sekian.....

Mohammed.Najib Ibrahim

2 ulasan:

  1. assalamualaikum...
    salam pembuka bicara...
    sekalung tahniah dan segunung pujian untuk blog ni...
    sungguh menarik dan berinformasi kepada semua..
    teruskan usaha dan jangan cepat putus asa...
    semoga segala usaha dan urusan dipermudahkan oleh Yang Maha Esa.

    selamat belajar mendengar..

    salam dari orang ganu kiter...

    BalasPadam
  2. salam kepada pemberi komen.Saya rasa ini Puan Zanirah,Tutor saya semasa sessi Speeach di Hsi dulu.Betulkan saya sekiranya saya tersilap meneka.Terima kasih kerana memberi komen.Komen anda memberi dorongan kepada saya untuk terus menulis lagi di masa hadapan

    BalasPadam