nuffnang

Jumaat, 22 Jun 2012

Kekuatan Mental adalah teras Kejayaan

Salam semua.Saya ingin menulis mengenai kepentingan kekuatan mental.Sebagai Seorang insan istimewa,kami perlu menjalani hidup serba kekurangan,disisihkan oleh orang normal yan lain,diejek dan dihina,serta dinafikan hak.Kisah yang saya akan tulis dibawah adalah sebahagian sejarah Hidup saya,ianya mungkin menyakitkan,namun kekuatan mental akan menjadi sebab kejayaan.

Pada zaman saya kanak-kanak dahulu,Saya selalu diejek oleh rakan-rakan yang tidak memahami.Walaupun bilangan mereka ini sedikit,namun ejekan mereka teramat menyakitkan hati.Diejek pekak dan tuli.Kadang-kadang Kanak-kanak ini boleh menjadi teramat kejam daripada orang dewasa kerana mereka ini tidak matang dan belum boleh berfikir lagi.Saya selalu terasa dan berendam air mata.Tiada apa yang boleh saya lakukan.

Selepas saya meningkat dewasa,memasuki alam sekolah menengah,kekuatan mental saya semakin meningkat.Mujurlah kawan-kawan kanak-kanak itu sudah mengerti dan boleh berfikir,ramai diantara menjadi kawan baik dan rakan seperjuangan,sentiasa membantu saya di dalam pelajaran.Kemudian saya melanjutkan pelajaran di Politeknik dan bertemu dengan insan-insan senasib saya di Politeknik.Mereka ini Pekak dan Bisu(kursus pelajaran yang diambil khas untuk oku),namun keikhlasan mereka membantu saya banyak mematangkan saya.Merekalah yang mengajar saya di Dunia ini,ada lagi insan yang lebih malang dari saya.



Tamat pelajaran di Politeknik,Merata tempat saya mencari kerja.Saya pernah meminta kerja Di sebuah Hotel 3 bintang di Skudai.Good Hope.Pada masa itu ada 3 orang sama-sama memohon kerja.Saya berbual dengan seorang daripada mereka,dia tiada pengalaman kerja hotel dan spm saja.Dia dipanggil untuk temuduga dahulu.Dia berjaya.Namun selepas ketiga-tia orang dipanggil ,nama saya masih belum dipanggil.Hampir 1 JAM setengah saya menungu hinggalah keluar setiausahanya yang berkata"AWAK TIDAK PAYAH TUNGGU LAGI,BOLEH BALIK".Bagaimana perasaan anda sekiranya sudahlah tunggu begitu lama,namun tidak diberi peluang untuk ditemuduga,Saya datang lengkap dengan pengetahuan dan pengalaman kerja di Hotel namun masih dinafikan Hak.

Kemudian 4 tahun kemudian saya bekerja di restoren makanan segera Marrybrown..Syukur Alhamdulilah rakan-rakan sekerja amat baik.Namun banyak kali pelanggan menyakitkan hati saya,Saya menulis satu peristiwa seorang pelanggan meminta sudu daripada saya,namun kerana keadaan yang bising dan sibuk,saya memintanya mengulang sampai 3 kali.Seorang kawan saya yang melihat berkata kepada Pelanggan itu saya tidak mendengar dan membawa sudu.Pelanggan itu menjawab"KALAU TIDAK DENGAR,BUAT APA KERJA,DUDUK SAJA DIRUMAH".Sekali lagi saya kena kuatkan hati saya.

Begitu juga bila saya memohon kerja dari merata tempat,saya telah mengirim banyak resume,di dalam resume saya menulis individu kurang pendengaran,namun masih boleh mendengar dan bercakap,namun hampa.Kesemuanya tiada balasan langsung.Sekiranya saya menghadiri temuduga kerja,Sayalah yang paling singkat masa ditemuduga.Orang lain semuanya ditemuduga untuk tempoh masa yang lama,namun saya,tidak sampai 2,3 minit.Selalu jawapan yang keluar ialah,Tunggu saja jawapannya.

Ada banyak lagi yang saya cuba lupakan.Ianya menyakitkan.Namun akhirnya kekuatan mental yang menjadi penentu.Kita lihat peningkatan kes sakit jiwa,bunuh diri serta lain-lain yang berkaitan dengan PERASAAN dan mental.Sekiranya Mental saya tidak kuat,tentu saya akan termasuk di dalam golongan ini.

Akhir sekali kepada adik-adik,para ibu bapa,Anda harus mempersiapkan mental anda,menulikan Telinga anda kepada Segala ejekan,tohmahan serta mengeraskan hati anda sekeras keluli.Insya"ALLAH kejayaan pasti milik anda.


Sekian.

Mohammed.Najib Ibrahim

1 ulasan:

  1. Ya ALLAH....sayu n sedih saya baca pengalaman awak...anak sulung saya perempuan umur 4 tahun baru je pakai CI...setelah baca pengalaman awak...saya xtau macamne kehidupan yang dia akan lalui masa hadapan...kalu dia sekuat awak alhamdulillah...kalu x macam mana???...awak masih bertuah sebab boleh becakap...tapi anak saya INSYALLAH dan sya berharap sangat......

    BalasPadam