nuffnang

Selasa, 26 Jun 2012

Haba yang Tinggi mampu merosakkan CI

Salam semua.Saya ada membaca laman web pengeluar koklea saya.Saya mendapatiu ada satu info yang penting,namun mungkin diangap remeh.Info itu ialah Bahaya haba yang tinggi kepada Ci kita.

Daripada maklumat yang saya dapati,perkara yang sering oranh lakukan ialah meninggalkan Alat CI mereka di dalam kereta.Sekiranya suhu rendah mungkin tidak mengapa,tetapi sekiranya panas terik?Anda pula meninggalkan kereta dan alat CI anda di dalam kereta.Suhu di dalam kereta mampu merosakkan Sound Processor kita.


Jadi berhati-hatilah.Jananlah sampai tertinggal atau meninggalkan alat CI kita di dalam kereta.Awasi anak kita kerana mereka mungkin meninggalkan alat CI mereka di dalam kereta kita tanpa kita sedari.Tetapi bagaimana pula sekiranya cuaca panas terik dan anak kita memakai alat CI.Perlu di simpan atau dipakai sahaja.Untuk soalan ini,saya pun tak pasti sangat,tapi nanti saya akan update sekiranya saya tahu jawapannya.

Sekian...

Kepentingan mendaftar Anak Ke JKM

Salam semua.Pada coretan saya ini,saya ingin menanya pembaca sudahkah anda mendaftar anak anda ke Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM).Saya bertanyakan soalan ini kerana ini ada ramai kawan saya yang OKU tidak mendaftar di Jabatan Kebajikan Masyarakat.Alasan mereka ialah Proses permohonannya amat leceh dan membuang masa selain tiada bantuan yang diharapkan melainkan elaun Pekerja cacat sahaja.

Ini salah kerana terdapat banyak lagi kemudahan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.Seperti penulisan saya yang terdahulu,antara kemudahannya ialah
  • Elaun Pekerja Cacat RM300 sebulan bagi mereka yang bekerja
  • Elaun RM150 bagi mereka yang tidak boleh bekerja
  • Bantuan alat sokongan seperti kaki palsu,hearing Aids
  • Bantuan kewangan yang lain
  • Bantuan nasihat
  • Tunjuk ajar dan latihan kerja bagi oku berdikari
Namun,yang menghampakan ialah kebanyakannya tidak mengetahui sejelas-jelasnya kepentingan mendaftar.Tahukah anda bahawa kebanyakan OKU  menperolehi pendapatan dibawah paras kemiskinan.Teramat sedikit OKU yang berjaya di dalam kerja.Kebanyakannya bekerja dengan gaji yang sedikit namun menggunakan kudrat yan banyak,tidak setimpal dengan gaji.

Selain itu ada OKU yang dibuli oleh Majikan.Ini tidak mustahil kerana sebagai OKU,Peluang pekerjaan bagi golongan ini teramat terhad.Demi sesuap nasi dan mencari rezeki,ramai yang rela membiarkannya saja.

Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah PAYUNG kepada golongan OKU.Jabatan ini mampu membantu OKU,seperti meminta bantuan Jabatan Kerajaan yang lain seperti Jabatan Buruh untuk menyiasat dan menghukum majikan.Selain itu,Jabatan Kebajikan Masyarakat membantu Golongan OKU mendapatkan pekerjaan yang setaraf dengan kemampuan.

Bagi OKU yang memiliki keluarga dan memiliki anak,tentulah ianya membebankan.Jabatan Kebajikan Masyarakat boleh membantu Oku ini.Selain itu,Kos rawatan,penyakit kronik dan lain-lain,Jabatan Kebajikan Masyarakat akan cuba membantu untuk meringankan Beban.

Ada banyak lagi kemudahan yang disediakan.Namun ianya tidak bermakna sekiranya kita masih tidak mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan hanya bersikap,duduk,tunggu dan lihat.Ini kerana apabila terjadinya masalah,Jabatan Kebajikan Masyarakat tidak dapat menghulurkan bantuan dengan segera kerana terpaksa melalui banyak proses seperti mendaftarkan kita,mencari peruntukan,atau menunggu kelulusan bantuan.Ianya akan merugikan kita.

Jadi,apa lagi,Segeralah mendaftar ke Jabatan Kebajikan Masyarakat hari ini.....

Namun semuanya

Sabtu, 23 Jun 2012

Terima Kasih Persatuan ibubapa kanak-kanak masalah pendengaran

Salam semua.Genaplah 3 bulan Blog saya ini My Bionic Diary.Sesungguhnya tujuan utama saya menulis ialah bagi menyebarkan pengalaman saya menggunakan Implan Koklea,disamping bertukar-tukar pendapat dengan mereka yang senasib.

Alhamdulilah ternyata usaha saya ini diberkati ALLAH.Saya telah dipertemukan dengan Persatuan Ibu Bapa Kanak-kanak masalah pendengaran di Fecebook.Menerusi seorang kenalan baru saya yang saya kenali semasa mengunjungi Blog dia,dia kemudiannya memperkenalkan saya kepada persatuan ini.

Ternyata banyak pengetahuan yang amat berguna saya perolehi.Di antaranya ialah mengenai masalah HA,CI.Namun satu yang membuatkan saya semakin sedar dan Insaf ialah KASIH SAYANG IBU BAPA di dalam persatuan ini.

Seperti yang sedia maklum, kos membeli, servis HA/CI adalah mahal.Namun memetik kata-kata seorang kenalan yang juga seorang ibu,Harga adalah Faktor kedua.Yang penting adalah anak-anak.Memang sejak dahulu saya memahami kasih sayang Ibu bapa,Namun menerusi Persatuan ini,ianya membuatkan saya semakin mengerti dan menghargai jasa dan pengorbanan kedua ibu bapa saya.

Kedua-dua ibu bapa saya telah bersusah payah mendidik dan banyak berkorban wang ringgit demi saya.Saya pasti seperti para ibu bapa di persatuan ini,Ibu bapa saya jua meletakkan wang sebagai faktor kedua,ketiga atau terakhir.Yang penting ialah masa depan saya.

Terima kasih saya ucapkan kepada Persatuan ini.Persatuan ini banyak menyedarkan saya.Terima kasih sekali lagi......



Mohammed.Najib Ibrahim


Jumaat, 22 Jun 2012

latihan mendengar-Cuba perbezaan Volume suara

Salam semua.Sejak saya memulakan sessi Speech saya awal bulan ini,sudah 4 kali saya berjumpa dengan Pakar terapi pertuturan saya.Pada sessi pertama,saya masih belum dapat membezakan bunyi Ii,Ee,Uu,Mm, sementara Aa,Shh dan Ssss saya berjaya membezakan.Ianya sebenarnya satu kemajuan bagi saya kerana semasa mengunakan alat HA,saya hanya dapat membezakan bunyi Aa sedangkan Shh dan Ssss selalu terbalik,manakala bunyi yang lain juga selalu tersalah.

Namun pada sessi kedua dan ketiga,saya berjaya membezakan kesemua bunyi yang diberikan oleh Pakar terapi pertuturan saya.Manakala bagi sebutan bergambar pula,kesalahannya amat sedikit berbanding yang betul.Ianya amat memgembirakan namun,namun saya tahu saya tidak boleh berpuas hati dengan kemajuan saya.Tetapi disini saya ingin berkongsi satu tips saya yan saya belajar sendiri ataupun ketahui semasa Sessi Speech.

Speech saya ialah di dalam big room yang senyap.Ini sangat-sangat membantu saya di dalam membezakan bunyi.Salah satu cara yang saya ketahui mengenai bunyi ialah Perbezaan Volume suara apabila sesuatu perkataan disebut.Jadi apabila saya tidak dapat mengenalnya,maka saya akan mengunakan perbezaanVolume untuk mencari jawapannya.

Sebagai contoh Bunyi Cawan dengan Ayam.Bagi anda terlalu senang untuk membezakannya,namun bagi kami ianya seakan akan sama dan tidak dapat dibezakan.Namun kerana pemerhatian saya semasa belajar,saya dapati apabila Pakar terapi saya menyebut kedua-dua perkataan,Volumenya tidak sama.Ada yang rendah,ada yang tinggi.Seperti perkataan Aa,Ii,Uu,Mm,Shh dan ssss memiliki kekuatan Volume yang tersendiri.

Dari sinilah saya mendapat jawapannya.Dan ternyata jawapannya benar.Pakar terapi saya berkata Pemerhatian saya adalah tepat kerana Bunyi Awalan perkataan itu berada di dalam Frekuensi yang berbeza.Jadi tahniah bagi saya.

Jadi dari situlah saya mula mencari perbezaan Volume bunyi bagi perkataan yang sukar untuk saya jawab.Mungkin para ibu bapa boleh mengajar anak-anak mereka mengenal kekuatan dan kelemahan Volume pada perkataan.

Sekian....

Mohammed.Najib Ibrahim

Kekuatan Mental adalah teras Kejayaan

Salam semua.Saya ingin menulis mengenai kepentingan kekuatan mental.Sebagai Seorang insan istimewa,kami perlu menjalani hidup serba kekurangan,disisihkan oleh orang normal yan lain,diejek dan dihina,serta dinafikan hak.Kisah yang saya akan tulis dibawah adalah sebahagian sejarah Hidup saya,ianya mungkin menyakitkan,namun kekuatan mental akan menjadi sebab kejayaan.

Pada zaman saya kanak-kanak dahulu,Saya selalu diejek oleh rakan-rakan yang tidak memahami.Walaupun bilangan mereka ini sedikit,namun ejekan mereka teramat menyakitkan hati.Diejek pekak dan tuli.Kadang-kadang Kanak-kanak ini boleh menjadi teramat kejam daripada orang dewasa kerana mereka ini tidak matang dan belum boleh berfikir lagi.Saya selalu terasa dan berendam air mata.Tiada apa yang boleh saya lakukan.

Selepas saya meningkat dewasa,memasuki alam sekolah menengah,kekuatan mental saya semakin meningkat.Mujurlah kawan-kawan kanak-kanak itu sudah mengerti dan boleh berfikir,ramai diantara menjadi kawan baik dan rakan seperjuangan,sentiasa membantu saya di dalam pelajaran.Kemudian saya melanjutkan pelajaran di Politeknik dan bertemu dengan insan-insan senasib saya di Politeknik.Mereka ini Pekak dan Bisu(kursus pelajaran yang diambil khas untuk oku),namun keikhlasan mereka membantu saya banyak mematangkan saya.Merekalah yang mengajar saya di Dunia ini,ada lagi insan yang lebih malang dari saya.



Tamat pelajaran di Politeknik,Merata tempat saya mencari kerja.Saya pernah meminta kerja Di sebuah Hotel 3 bintang di Skudai.Good Hope.Pada masa itu ada 3 orang sama-sama memohon kerja.Saya berbual dengan seorang daripada mereka,dia tiada pengalaman kerja hotel dan spm saja.Dia dipanggil untuk temuduga dahulu.Dia berjaya.Namun selepas ketiga-tia orang dipanggil ,nama saya masih belum dipanggil.Hampir 1 JAM setengah saya menungu hinggalah keluar setiausahanya yang berkata"AWAK TIDAK PAYAH TUNGGU LAGI,BOLEH BALIK".Bagaimana perasaan anda sekiranya sudahlah tunggu begitu lama,namun tidak diberi peluang untuk ditemuduga,Saya datang lengkap dengan pengetahuan dan pengalaman kerja di Hotel namun masih dinafikan Hak.

Kemudian 4 tahun kemudian saya bekerja di restoren makanan segera Marrybrown..Syukur Alhamdulilah rakan-rakan sekerja amat baik.Namun banyak kali pelanggan menyakitkan hati saya,Saya menulis satu peristiwa seorang pelanggan meminta sudu daripada saya,namun kerana keadaan yang bising dan sibuk,saya memintanya mengulang sampai 3 kali.Seorang kawan saya yang melihat berkata kepada Pelanggan itu saya tidak mendengar dan membawa sudu.Pelanggan itu menjawab"KALAU TIDAK DENGAR,BUAT APA KERJA,DUDUK SAJA DIRUMAH".Sekali lagi saya kena kuatkan hati saya.

Begitu juga bila saya memohon kerja dari merata tempat,saya telah mengirim banyak resume,di dalam resume saya menulis individu kurang pendengaran,namun masih boleh mendengar dan bercakap,namun hampa.Kesemuanya tiada balasan langsung.Sekiranya saya menghadiri temuduga kerja,Sayalah yang paling singkat masa ditemuduga.Orang lain semuanya ditemuduga untuk tempoh masa yang lama,namun saya,tidak sampai 2,3 minit.Selalu jawapan yang keluar ialah,Tunggu saja jawapannya.

Ada banyak lagi yang saya cuba lupakan.Ianya menyakitkan.Namun akhirnya kekuatan mental yang menjadi penentu.Kita lihat peningkatan kes sakit jiwa,bunuh diri serta lain-lain yang berkaitan dengan PERASAAN dan mental.Sekiranya Mental saya tidak kuat,tentu saya akan termasuk di dalam golongan ini.

Akhir sekali kepada adik-adik,para ibu bapa,Anda harus mempersiapkan mental anda,menulikan Telinga anda kepada Segala ejekan,tohmahan serta mengeraskan hati anda sekeras keluli.Insya"ALLAH kejayaan pasti milik anda.


Sekian.

Mohammed.Najib Ibrahim

Khamis, 21 Jun 2012

Anak-anak CI/HA zaman kini sangat bertuah

Salam semua.Saya berasa cemburu apabila melihat Anak-anak yang memakai CI/HA pada zaman sekarang.Mereka ini amat beruntung kerana memiliki Ibu bapa yang sanggup meluang masa mengajar mereka,serta terdapat banyaknya info dan maklumat di Internet.

Zaman saya semasa kecil,pada ketika mula-mula memakai HA,saya tidak menjalani Terapi pertuturan atau Speech.Saya bersekolah di Kluang,Sebuah bandar kecil.Memang saya pernah berjumpa Doktor Terkenal HUKM,Doktor Luqman Saim.Saya masih ingat lagi masa itu,HUKM bukanlah sebuah Hospital.Ianya seperti Klinik Kesihatan,sempit.Namun memang teramat Sibuk dengan Pesakit disana.

Pada masa itu,Heboh mengenai Ang Boon Soon yang menjalani pembedahan Implan koklea.Dr Luqman memeriksa saya,menyatakan tiada apa yang boleh dilakukan.Hanya mencadangkan saya memakai HA saja.Namun selepas itu,tiada sebarang tindakan seperti speech atau terapi untuk saya belajar mendengar.

Begitulah kisah saya.Walaupun mengunakan HA,namun tiada siapa yang mengajar saya bagaimana mengunakan HA apatah lagi berlatih mendengar bunyi suara tanpa melihat mulut.Ibu bapa saya juga tidak mengetahui adakah saya perlu berlatih mendengar.Namun saya tidak menyalahkan takdir kerana di zaman dulu semuanya serba kekurangan.

Hanya setelah saya dewasa,dan dirujuk ke hsi untuk Program Implan koklea,Para Speech dan audio memberitahu yang saya sepatutunya berlatih mendengar semasa kecil.Sekiranya saya berlatih,peluang saya teramat tingi.Namun segalanya sudah terlambat.Walaupun saya boleh mendengar,namun urat saraf telinga saya terlalu lemah kerana tidak dirangsang sejak kecil.

Kini setelah menjalani pembedahan CI,saya perlu melipatgandakan usaha saya belajar mendengar serta merangsang Urat saraf saya kembali.Sesunguhnya ianya tidak mudah,namun ianya tidak mustahil.Saya berharap Adik-adik diluar sana juga tidak berputus asa,anda bertuah kerana dilahirkan pada zaman ini yang mana pelbagai maklumat serta bantuan daru kerajaan tersedia di hadapan anda.

Para ibu bapa pula,janganlah anda berputus asa dengan anak anda.Walaupun kemajuan mereka terlalu lemah,namun Usaha anda pasti akan diberkati ALLAH.

Sekian.

Mohammed.Najib Ibrahim

Rabu, 20 Jun 2012

Sharing-Kemudahan OKU dari kerajaan


Salam semua.Di sini saya nak sharekan pengalaman hidup saya menjadi OKU.Sepanjang saya menjadi OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM),ternyata banyak kemudahan yang saya perolehi.Di bawah saya sertakan kemudahan yang saya dapati mendaftar di JKM

  1.  Bantuan Elaun Bulanan bagi pekerja Cacat RM300(Skim ini bertujuan menggalakkan OKU mencari kerja dan berdikari serta membantu meringan bebanan mereka)
  2. Bantuan Elaun bulanan bagi OKU yang sakit dan tidak mampu bekerja.
  3. Tambang pengangkutan Awam seperti Bas Ekspress,KTM,LRT, separuh harga bagi pemegang Kad JKM
  4. Bantuan kewangan seperti Penajaan/Biasiswa bagi melanjutkan pendidikan di Politeknik.Hanya Politeknik tertentu yang menawarkan Kursus untuk OKU.Kursus yang ditawarkan ialah Rekabentuk Grafik,Perhotelan dan Katering dan seni jahitan dan Fesyen.
  5. Kemudahan perubatan Percuma di Semua Klinik Kerajaan/hospital kerajaan
  6. Pengecualian Bayaran masuk Wad(kelas 3 Sahaja) dan Pengecualian dari sebarang Kos di Hospital kerajaan(Saya mengunakan Kad Oku semasa mendaftar ke Hsi bagi menjalani pembedahan CI,semuanya Percuma kerana bantuan kerajaan yang mengecualikan pemegang Kad JKM dari sebarang Bayaran.)
  7. Pengecualian Cukai Pendapatan.Namun yang ini saya tidaklah pasti sangat.
  8. Bantuan Alat Sokongan seperti HA
Hanya sampai sini saja yang mampu saya coretkan.Namun saya yakin terdapat banyak lagi kemudahan yang disediakan oleh kerajaan kepada Insan OKU.Cuma satu yang saya kesali ialah Prinsip KUOTA 1% untuk Oku Bekerja di Sektor kerajaan.Walaupun terdapat kuota,namun tidak sampai 0.5% sahaja yang diterima.Ini kerana pihak majikan yang tidak yakin dan percaya kepada kemampuan OKU.Buktinya di Hospital saya bekerja,hanya saya Seorang OKU yang pekak bekerja disana.

Sekian,Terima Kasih.

Mohammed.Najib Ibrahim