nuffnang

Jumaat, 21 September 2012

Bila bunyi menjadi Musuh bahagian 2

Salam semua.Dahulu saya pernah menulis mengenai bila bunyi menjadi musuh.Penulisan saya itu menerangkan bahawa OTAK penerima CI ini mudah penat apabila diajar memahami bunyi.Ini sekaligus membuatkan apa yang diajar walaupun sudah beratus-ratus kali tidak lekat diotak.Jadi berilah sedikit masa kepada anak berehat kemudian menyambung semula pelajaran.

Di dalam penulisan kali ini,saya ingin menulis mengenai bahagian kedua bila bunyi menjadi musuh.Namun kali ini,ianya amat berbeza sama sekali.Tahukan anda bahawa amat ramai individu normal yang tidak mengetahui mengenai implan koklea?Saya seringkali diajukan serta ditanya soalan mengenai Implan koklea,bagaimana ianya berfungsi,bagaimana bunyi yang didengari serta bermacam-macam lagi soalan dari mereka.

Saya tidak menyalahkan mereka kerana mereka bersikap ingin tahu.Namun mereka masih lagi tidak memahami akan proses mendengar yang saya lalui serta kesukarannya.Bagi mereka saya sudah boleh mendengar seperti normal.(rasanya ayat ini sudah banyak kali saya ulangi).Ini seterusnya menimbulkan ketidakselesaan kepada saya dan hubungan saya dengan kawan-kawan yang lain.

Bagaimana sekiranya anak anda pulang memberitahu bahawa rakan sekelasnya memberitahu tiada gunanya anak anda memakai Implan koklea sekiranya tidak dapat mendengar dengan Normal?Jika budak-budak tidak mengapa kerana mereka tidak memahami,namun jika Orang dewasa yang bertanya begitu kepada saya?

Jadi inilah yang saya maksudkan bila Bunyi menjadi musuh 2.Bunyi yang sepatutnya membantu saya mendengar,menjadi musuh apabila saya gagal untuk menangkapnya serta memahaminya........



Sekian....

p/s Alhamdulilah kerana saya telah saya lali akan kesemua ujian ini.Namun sengaja saya coretkan disini kerana saya tahu soalan itu ( Bagaimana sekiranya anak anda pulang memberitahu bahawa rakan sekelasnya memberitahu tiada gunanya anak anda memakai Implan koklea sekiranya tidak dapat mendengar dengan Normal?) pasti akan berulang dan terjadi didalam hidup anak-anak anda.Ini adalah salah satu cabaran yang perlu anda hadapi.


Mohammed.Najib Ibrahim

1 ulasan:

  1. Satu perkara yang perlu dijelaskan kpd rakan2 yg bertanya, sesuatu ciptaan manusia seperti implan koklea tidak mungkin dapat menandingi keupayaan ciptaan Ilahi. Moga boleh terus bersabar dan doakan kami serta anak2 implan koklea mampu menghadapi soalan2 sebegini dgn sabar.KAK HUDA

    BalasPadam