nuffnang

Khamis, 10 Mei 2012

Sign Language

Salam semua.Pada penulisan yang lepas,saya menulis mengenai kepentingan Lips Read atau Membaca gerakan bibir.Disini pula saya ingin menulis mengenai Sign Language atau Bahasa Isyarat.

gambar goole
 Sign Language atau bahasa Isyarat ialah Bahasa rasmi Orang Pekak.Namun bahasa Isyarat ini bukan sahaja untuk Orang Pekak,namun untuk orang bisu juga.Berterus terang,Bahasa isyarat ini adalah sesuatu yang asing pada saya.Ini kerana saya bersekolah Di sekolah Normal,bukan sekolah Khas.

Hanya pada 2001,saya telah terpilih memasuki Politeknik Johor Bahru (sekarang dikenali sebagai Politeknik Ibrahim Sultan) dalam jurusan Pengurusan Hotel dan Katering(Khas untuk Orang Pekak).Pada masa itu,dunia saya amat berbeza.Berada di samping rakan-rakan senasib,namun hanya saya yang tidak mengetahui Bahasa Isyarat.Namun sekali lagi Kebolehan membaca gerakan Bibir membantu saya.Ini kerana Orang Pekak,sebilangan dari mereka walaupun tidak tahu bertutur,namun bibir mereka seperti bercakap macam Orang Normal,walaupun tiada suara.

Pada semester pertama,amat sukar untuk saya berada bersama mereka.Namun sokongan Pensyarah Cik Halimatus Saadiah,Cik Fadhilah serta rakan-rakan senasib membuatkan saya bertekad untuk menguasai Bahasa Isyarat.Hanya pada semester Ke 3 barulah saya mula dapat menguasai bahasa Isyarat dan memahami apa yang mereka katakan.Namun ianya TERHAD kepada rakan-rakan sama Kelas atau semester sahaja.Mungkin kerana saya sudah serasi dan dapat memahami fikiran mereka.

Setelah meninggalkan Politeknik dan bekerja,Kemahiran Bahasa Isyarat saya semakin BERKARAT dan tidak diasah.Ini kerana saya bekerja dengan Orang Normal,serta saya tidak berjumpa dengan mereka yang senasib dengan saya di tempat kerja saya.

Berbalik kepada Tajuk diatas,Sign Language,pentingkah Bahasa Isyarat ini pada penerima Implan Koklea.Saya tidak dapat memberikan jawapan.Namun bagi keadaan saya,serta pendapat saya,Kita wajib belajar Bahasa Isyarat ini.Ini kerana walaupun kita boleh dianggap "setapak dihadapan" orang pekak,namun apabila SUIS on/off alat pendengaran kita dimatikan,Kita akan menjadi Orang Pekak kembali.

Setidak-tidaknya,dengan mempelajari Bahasa Isyarat,Kita akan memiliki ramai kawan dari Golongan mereka.Kita dengan Mereka tiada bezanya.Jika diberi peluang,mereka juga ingin mendengar.Malah kita jua dapat menguasai kemahiran Berkomunikasi yang baru juga bukan?

Cuma apa yang saya risaukan,Terdapat sebilangan Orang Pekak yang menentang serta tidak Menyukai Implan Koklea ini.Mereka ini,sukar untuk saya katakan sikap mereka kerana ada banyak sebab yang membuatkan mereka menentang Implan koklea ini.Namun dengan peredaran masa,mereka ini akan semakin terbuka.

Sekian...

Sejarah bahasa isyarat telah pun bermula sejak kurun ke-16 lagi di barat. Pada tahun 1755, Abbe’ de L’Epee telah menubuhkan sekolah untuk kanak – kanak pekak yang pertama di paris. Kemudian Laurent Clerc yang merupakan pelajar di sekolah kanak – kanak pekak tersebut telah berhijrah ke Amerika Syarikat dan menubuhkan ’American School for the deaf ’ yang sseterusnya berkembang menjadi ’Gallaudet University ’.
 

BIM(Bahasa Isyarat Malaysia) ialah bahasa yang tulen bagi Orang Pekak Malaysia. BIM juga merupakan bahasa ibunda dan bahasa istimewa bagi Orang Pekak Malaysia. BIM digunakan dan diterima oleh Orang Pekak Malaysia secara meluas. Dengan menggunakan BIM, Orang Pekak mampu berbincang pelbagai isu-isu yang timbul, bergurau-senda, memudahkan komunikasi antara dua Orang Pekak serta memberi kesan pemahaman yang baik kepada antara satu yang lain. Selain itu, BIM ini juga mempunyai peraturan untuk digunakan dan tatabahasa tersendiri. BIM ini diwujudkan secara tidak langsung dan bukan dicipta oleh seorang sahaja.
 




















































































































 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan