nuffnang

Khamis, 3 Mei 2012

Latihan mendengar untuk Penerima Implan Koklea

Salam semua.Sepertimana yang kita ketahui,sebaik saja penerima Implan koklea telah mula mendengar,mereka amat digalakkan untuk belajar mendengar.Namun bayi,kanak-kanak serta orang dewasa yang menerima Implan koklea ini cara mereka berlatih tentulah berbeza.



Disini saya ingin berkongsi cara saya belajar untuk mendengar.Walaupun tidak banyak yang dapat saya fahami,namun sebagai permulaan,ianya boleh dianggap memuaskan.Cara saya yang utama ialah MEREKOD suara saya sedang membaca sesuatu seperti akhbar,cukuplah beberapa baris ayat.Saya merekodkan suara saya mengunakan Handset saya sendiri.Namun ada caranya untuk merekod.Seperti mana yang kita ketahui juga,Implan koklea amat sensitif kepada bunyi bising yang lain.Memandangkan kita masih baru,belum biasa,saya merekod suara saya di dalam bilik,tanpa sebarang bunyi luaran.

Ini bermakna,kipas,televisyen atau apa-apa sahaja peralatan elektrik yang mengeluarkan bunyi akan saya OFF.Apabila bercakap semasa merekod,suara mestilah JELAS,KUAT serta tidak BERANGIN.Tahukah anda apa maksud Berangin itu.Suara juga mengeluarkan Bunyi angin seperti kita bernafas,jadi seboleh mungkin saya akan mengelakkan atau menahan nafas untuk seketika.Itulah sebabnya saya hanya membaca beberapa baris ayat atau rangkap.Jika saya membaca kesemuanya,masuk ICU sayalah nanti.

Mengunakan Handset sendiri untuk belajar mendengar

Kemudian,kita mendengar kembali Rekod suara kita.Sediakan kertas dan Pen,tuliskan perkataan yang anda dengar.Ulang rekod ini beberapa kali.Semakin banyak anda mengulang,semakin anda memahami bunyi perkataan itu.Jangan mengunakan Speaker Telifon kerana bunyinya seperti ROBOT,sukar difahami.Gunakan EARPHONE yang digunakan untuk mendengar Lagu.

Inilah salah satu cara belajar mendengar.Dimasa hadapan,saya akan menulis lagi beberapa cara saya berlatih mendengar.Semoga kita dapat bertukar-tukar idea dan pengalaman.Sekian...

2 ulasan:

  1. Salam,saya suka sgt bila jumpe blog pemakai implant sendiri yg tulis.byk info yg dpt dikongsi dan jujurnya saya byk lagi yg perlu saya tau mengenai mereka yg memakai implant.utk pengetahuan saudara najib.saya mempunyai seorang anak lelaki yg juga merupakan ear bionik.umur anak saya 5 tahun 6 bulan dan umur pendengaran dia @ umur implant dia 2 tahun 2 bulan thn 2012 ini..terima kasih kerana wujudkan blog ini..dan teruskan berkongsi ya..jika sudi lawat la blog tentang anak ear bionik saya di www.helpafiqdanial.blogspot.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insya allah kita akan sentiasa berkunjung ke blog akak,kerana diri kita juga masih belajar.Banyak yang perlu dipelajari kerana mendengar itu sangat Luas pengertiannya.

      Padam