Bateri pakai buang dan bateri cas |
Kedua-duanya ada kelebihan yang tersendiri.Contohnya bateri Pakai Buang ianya memudahkan kita terutamanya di masa sesak.Sekiranya bateri kita kehabisan dan kita tiada masa untuk mengecasnya,maka bateri pakai buang menyenangkan kita.Dari segi tempoh penggunaan,bateri pakai buang mampu digunakan selama 3 hari sebelum kehabisan tenaga.
Bateri cas pula dari segi tempoh penggunaan tenaga memakan masa selama 2 hari sahaja sebelum terpaksa di cas semula.Namun kelebihannya ialah dari segi penjimatan kos kerana boleh digunakan berulang kali.Okey berbalik kepada Tajuk bateri manakah yang paling terbaik untuk Alat Pendengaran kita.Jawapannya berbeza.Namun bagi alat pendengaran saya,yang menggunakan Cochlea Nucleus 5,Bateri Cas adalah yang terbaik.Ini kerana bateri cas tertutup sepenuhnya.Maksudnya kerana ia tertutup sepenuhnya,kelembapan tidak dapat memasukinya.
Kelembapan itu seperti Peluh,air hujan atau perubahan suhu persekitan seperti sejuk atau panas.Keadaan ini banyak mempengaruhi keadaan alat Pendengaran kita.Tambahan pula persekitaran kerja saya yang panas serta membuatkan saya berpeluh dengan kerap,menjadikan risiko karat terjadi amat tinggi.
Berbanding bateri pakai buang yang boleh dibuka dalamnya serta terdedah kepada kelembapan,Karat menjadi musuh kepada Bateri ini.Berdasarkan pengalaman saya sebelum Pembedahan Implan Koklea,saya menggunakan Alat Bantu Pendengaran yang menggunakan bateri pakai buang,selepas 2 tahun menggunakan alat Bantu Pendengaran,bahagian dalaman bateri akan berkarat.
Malah daripada info yang dikeluarkan pengeluar Alat Pendengaran ini,Cochlear.com menyatakan bahawa bateri cas adalah yang terbaik untuk Alat pendengaran Implan ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan