Salam semua.Walaupun pakar audio serta terapi mengalakkan anda mengajar serta melatih anak anda untuk belajar mendengar tanpa melihat bibir,serta melupakan kepentingan lips read.Namun pada pendapat saya,bagi seorang dewasa yang pada masa kecilnya mendengar dengan alat bantu pendengaran,di kelilingi rakan sekolah normal,dan terpaksa belajar berdikari sendiri,saya telah mengasah kemahiran membaca gerakan bibir atau Lips Reads.
Lips Read atau membaca Gerakan bibir adalah keistimewaan Orang Pekak,Kenapa saya berkata begitu?Pernahkan anda melihat orang Buta?Bagaimanakah mereka membaca?jawapannya dengan deria sentuhan pada jari.Sebab itulah jika kita ingin berurut,kita digalakkan mencari orang buta kerana jari jemari mereka amat sensitif.Begitu juga dengan orang Pekak.
Kebolehan Orang Pekak adalah membaca gerakan Mulut.Ini kerana orang pekak ada satu keistimewaan iaitu MEMBACA FIKIRAN.Mustahil?Tidak,ianya tidak mustahil.Ianya hanya mustahil sekiranya kita sendiri yang memikirkannya Mustahil.Namun kebolehan ini bukanlah bermakna kita akan jadi seperti Superhero yang ada kuasa Istimewa.Kebolehan ini terhad,seperti dimasa-masa tertentu,namun boleh dikembangkan.Amat sukar untuk saya bercakap mengenai kebolehan ini kerana ianya hadir dengan sendiri pada setiap orang Pekak,cuma terpulang pada diri untuk mengembangkannya.
Salah satu caranya ialah dengan melihat wajah.Dengan melihat wajah,kita boleh melihat ekspressi wajah.Katakan kita melihat wajah Marah pada orang itu,maka kita akan mengelak daripadanya.Begitu juga jika kita melihat wajah sedih,gembira.Dalam hal ini,Perasaan turut memainkan peranan dalam kebolehan membaca Fikiran.
Ini cuma salah satu cara sahaja,ada banyak lagi cara untuk membantu orang pekak membava fikiran.Apabila ianya berjaya menguasai kebolehan ini,maka membaca gerakan mulut akan menjadi semakin mudah.Namun lain orang,lain bibirnya,lain bibirnya,lain gerakan mulutnya.Saya pun sekarang ini cuma dapat membaca gerakan mulut sesetengah orang sahaja.Namun ianya suduh cukup banyak membantu,apatah lagi mendengar menggunakan alat bantu Pendengaran,bukan Implan adalah sesuatu yang amat berbeza.
Jadi,jangan diketepikan kebolehan ini.Ini kerana Orang pekak yang mendengar melalui Implan,apabila alat pendengaran mereka Rosak,Dunia mereka menjadi sunyi.Mereka sukar untuk berkomunikasi.Melalui gerakan membaca mulut,apabila berlakunya keadaan ini,maka senang untuknya nanti.
Di masa hadapan,saya akan berkongsi cara membaca gerakan mulut.Namun membaca dengan menulis pada Blog ini adalah sesuatu yang berbeza.......
Sekian
P/S -Mungkin kerana itulah Pakar terapi pertuturan saya,apabila sessi pembelajaran,dia akan membelakangi saya kerana sekiranya dia berdiri depan saya,walaupun mulutnya ditutup,namun wajahnya,saya masih boleh membaca fikirannya hehehe...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan