nuffnang

Jumaat, 11 Mei 2012

Peranan Ibu Bapa dalam perkembangan kanak-kanak OKU

Salam semua.Di sini saya ingin kongsikan satu cerita mengenai diri saya memberi Ucapan semasa membuat Pengucapan Awam di Kursus Induksi Jabatan Kesihatan Negeri Johor .Untuk makluman,setiap peserta dikehendaki memberi ucapan dengan tajuk bebas selama 5 minit.

Pada mulanya saya tidak diwajibkan kerana para fasililator bimbang saya tidak dapat memberi ucapan kerana hanya saya seorang oku sedangkan semuanya peserta Normal.Namun saya bertegas kerana saya ingin menunjukkan bahawa Golongan Oku juga boleh bersaing dengan Orang Normal.

Alhamdullilah,saya berjaya menyampaikan ucapan dengan baik,jelas dan dapat menyentuh hati kesemua peserta di sana.Di sini saya tulis semula apa yang saya cakapkan supaya menjadi iktibar dan panduan kepada Ibu Bapa Oku pekak.

Terima kasih kepada barisan urus setia majlis.Fasililatorcyang dihormati ,Penghuluwati sertac Rakan-rakan sekalian.Terima Kasih saya ucapkan kerana memberi saya peluang untuk berucap pada hari ini.Tujuan saya berdiri adalah untuk membicarakan Punca utama kegagalan OKU pekak di dalam hidup.

Punca utamanya ialah IBU BAPA.Mengapakah saya berkata begitu?Terdapat ramai ibu bapa yang kurang mengambil tahu mengenai kecacatan anak mereka dan cara memperbaikinya.Bagi mereka,tangungjawab mereka ialah menghantar berjumpa doktor,dan membiarkan doktor menguruskannya.Sekiranya tiada harapan sembuh,mereka ini dibiarkan begitu sahaja.Tanggapan ini salah kerana ada banyak tanggungjawab ibu bapa yang perlu dilakukan.Salah satu yang paling utama ialah melatih serta mengajar anak Pekak bercakap.

Saya memiliki ramai kawan Pekak,namun hampir kesemuanya tidak boleh bercakap.Adakah orang pekak juga bisu?Jawapannya salah.Orang Pekak juga boleh bercakap,malah boleh menyanyi.Namun malangnya,kerana ketidak prihatinan Ibu bapa mereka yang tidak mengajar serta melatih mereka bercakap,mereka menjadi BISU.Ini kerana Otot lidah serta peti suara mereka menjadi keras dan kaku.Jadi bagaimanakah mereka ini hendak bercakap sekiranya tidak pernah diajar?

Wlaupun mereka ini tidak boleh mendenar,namun mereka masih boleh diajar.Ibarat seekor burung yang memiliki keupayaan terbang,sekiranya tidak di ajar oleh ibu bapa burung itu,bagaimanakah anak burung itu hendak terbang walaupun dirinya memiliki keupayaan itu?

Ibu bapa juga tidak memandang TINGGI akan keupayaan anak mereka.Mereka berpuas hati akan apa yang mampu dicapai oleh anak mereka,dan tidak menggalakkan mereka melangkah lebih tinggi lagi.Contohnya di dalam Bidang Pelajaran.jika anak mendapat tempat ke10 dari 20 orang,mereka berpuas hati.Kalau anak mendapat tempat ke 10 dari 10 orang pun alhamdulillah mereka tetap berpuas hati.

Ini salah kerana sikap bersaing mereka tidak diasah.Mereka tidak mendapat dorongan serta semangat untuk melangkah lebih jauh lagi serta mencabar keupayaan diri.Akhirnya mereka ini tidak dapat bersaing di dalam dunia manusia Biasa apabila mereka besar kelak.

Bak kata pepatah,hidup ini umpama kain putih.Kita sendiri yang mencorakkannya.Kegagalan dan Kejayaan turut menjadi warnanya.Besar kejayaan,cantik coraknya,besar kegagalan.buruklah Coraknya.Namun ibu bapalah yang menyediakan Asas serta Acuan kepada corak Lukisan itu.Sekian.....

Didikan ibu bapa sentiasa diperlukan walaupun anak itu pekak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan