nuffnang

Jumaat, 11 Mei 2012

Mendengar dari Perspektif Penerima Implan

Salam semua.Di sini saya ingin menulis mengenai Mendengar dari Perspektif Penerima Implan.Ramai yang tertanya-tanya bagaimanakah bunyi yang kami dengari,adakah ianya sama atau berbeza dengan orang biasa?Juga adakah bunyinya seperti Robot?Jadi atas sebab itulah,saya menulis kali ini untuk menjelaskan bagaimanakah bunyi yang saya dengari.

Namun,setiap individu itu berbeza.Perbezaannya ialah Usia dan tempoh masa tidak mendengar.Inilah pendapat saya mengenai Bunyi yang di dengari melalui implan koklea.Harus di ingat yang saya sebelum menjalani Pembedahan Implan Koklea,saya Kurang pendengaran.Walaupun saya masih boleh mendengar bunyi,namun ianya pada bunyi yang kuat,juga dibantu oleh Alat bantu Pendengaran.Kedua tempoh masa saya tidak mendengar dengan sempurna ialah 9 atau 10 tahun.

alat bantu Pendengaran saya

Baiklah,untuk tidak berlengah-lengah lagi saya terangkan bagaimanakah bunyi yang saya dengari melalui Implan Koklea.Jawapannya,Bunyi yang didengari TIADA BEZA DENGAN BUNYI dari alat bantu pendengaran.Apakah maksud saya?Biarlah saya terangkan dahulu mengenai alat bantu Pendengaran.Alat bantu Pendengaran berfungsi Menguatkan bunyi yang di dengari.Oleh kerana sejak kecil saya mengunakan Alat ini,Otak saya sudah diformat dan seperti sudah terbiasa dengan Bunyi yang terhasil dari Alat Bantu Pendengaran.

Implan koklea_gambar Google


Implan Koklea pula tidak menguatkan bunyi,namun menguatkan Saraf untuk menerima Impuls elektrik.Walaupun Implan koklea ini tidak menguatkan bunyi,namun kerana otak saya sudah terbiasa dengan bunyi dari Alat bantu Pendengaran,maka bunyi yang saya dengari juga,walaupun dengan Implan koklea,adalah sama.Sebagai Contoh bunyi kereta,air atau burung.Adakah bunyi yang di dengari berbeza menggunakan Alat bantu Pendengaran dan Implan Koklea.Tiada beza.

Jadi bagaimana pula bunyi dari Alat Bantu Pendengaran.Pernahkah anda mendengar orang berucap menggunakan microphone?Macam itulah bunyi yang saya dengari kerana Alat bantu Pendengaran ini seperti Microphone-menguatkan bunyi.

Walaupun tiada beza bunyi,namun implan koklea ini membolehkan saya mendengar bunyi yang tidak dapat dicapai oleh Alat bantu Pendengaran.Seperti Bunyi siul,Duit Syiling jatuh,serta bermacam-macam lagi bunyi yang tidak dapat saya bayangkan.Ianya INDAH.Bagi orang biasa,ianya mungkin jelik,sudah biasa dan jemu mendengar bunyi itu.Namun saya tidak berasa jemu kerana inilah bunyi yang dahulunya saya sangat berharap dapat dengarinya.

Jadi,saya berharap ada yang mendapat manfaat dari penulisan saya ini.Namun ini hanyalah pendapat peribadi saya.Seperti di awal penulisan ini,saya sudah tekankan bahawa perbezaan bunyi yang di dengari ialah ialah Umur serta tempoh masa tidak dapat mendengar dengan sempurna.


1 ulasan:

  1. Nak tanya perlukah implan kalau dgn alat bantu pendgran sdh mambantu untuk bercakp..nak tahu kenapa najib lakukan implan sbb dh dpat bercakap n jalani kehidupan dgn baik

    BalasPadam