nuffnang

Jumaat, 11 Mei 2012

Mendengar dari Perspektif Penerima Implan

Salam semua.Di sini saya ingin menulis mengenai Mendengar dari Perspektif Penerima Implan.Ramai yang tertanya-tanya bagaimanakah bunyi yang kami dengari,adakah ianya sama atau berbeza dengan orang biasa?Juga adakah bunyinya seperti Robot?Jadi atas sebab itulah,saya menulis kali ini untuk menjelaskan bagaimanakah bunyi yang saya dengari.

Namun,setiap individu itu berbeza.Perbezaannya ialah Usia dan tempoh masa tidak mendengar.Inilah pendapat saya mengenai Bunyi yang di dengari melalui implan koklea.Harus di ingat yang saya sebelum menjalani Pembedahan Implan Koklea,saya Kurang pendengaran.Walaupun saya masih boleh mendengar bunyi,namun ianya pada bunyi yang kuat,juga dibantu oleh Alat bantu Pendengaran.Kedua tempoh masa saya tidak mendengar dengan sempurna ialah 9 atau 10 tahun.

alat bantu Pendengaran saya

Baiklah,untuk tidak berlengah-lengah lagi saya terangkan bagaimanakah bunyi yang saya dengari melalui Implan Koklea.Jawapannya,Bunyi yang didengari TIADA BEZA DENGAN BUNYI dari alat bantu pendengaran.Apakah maksud saya?Biarlah saya terangkan dahulu mengenai alat bantu Pendengaran.Alat bantu Pendengaran berfungsi Menguatkan bunyi yang di dengari.Oleh kerana sejak kecil saya mengunakan Alat ini,Otak saya sudah diformat dan seperti sudah terbiasa dengan Bunyi yang terhasil dari Alat Bantu Pendengaran.

Implan koklea_gambar Google


Implan Koklea pula tidak menguatkan bunyi,namun menguatkan Saraf untuk menerima Impuls elektrik.Walaupun Implan koklea ini tidak menguatkan bunyi,namun kerana otak saya sudah terbiasa dengan bunyi dari Alat bantu Pendengaran,maka bunyi yang saya dengari juga,walaupun dengan Implan koklea,adalah sama.Sebagai Contoh bunyi kereta,air atau burung.Adakah bunyi yang di dengari berbeza menggunakan Alat bantu Pendengaran dan Implan Koklea.Tiada beza.

Jadi bagaimana pula bunyi dari Alat Bantu Pendengaran.Pernahkah anda mendengar orang berucap menggunakan microphone?Macam itulah bunyi yang saya dengari kerana Alat bantu Pendengaran ini seperti Microphone-menguatkan bunyi.

Walaupun tiada beza bunyi,namun implan koklea ini membolehkan saya mendengar bunyi yang tidak dapat dicapai oleh Alat bantu Pendengaran.Seperti Bunyi siul,Duit Syiling jatuh,serta bermacam-macam lagi bunyi yang tidak dapat saya bayangkan.Ianya INDAH.Bagi orang biasa,ianya mungkin jelik,sudah biasa dan jemu mendengar bunyi itu.Namun saya tidak berasa jemu kerana inilah bunyi yang dahulunya saya sangat berharap dapat dengarinya.

Jadi,saya berharap ada yang mendapat manfaat dari penulisan saya ini.Namun ini hanyalah pendapat peribadi saya.Seperti di awal penulisan ini,saya sudah tekankan bahawa perbezaan bunyi yang di dengari ialah ialah Umur serta tempoh masa tidak dapat mendengar dengan sempurna.


Khamis, 10 Mei 2012

Sign Language

Salam semua.Pada penulisan yang lepas,saya menulis mengenai kepentingan Lips Read atau Membaca gerakan bibir.Disini pula saya ingin menulis mengenai Sign Language atau Bahasa Isyarat.

gambar goole
 Sign Language atau bahasa Isyarat ialah Bahasa rasmi Orang Pekak.Namun bahasa Isyarat ini bukan sahaja untuk Orang Pekak,namun untuk orang bisu juga.Berterus terang,Bahasa isyarat ini adalah sesuatu yang asing pada saya.Ini kerana saya bersekolah Di sekolah Normal,bukan sekolah Khas.

Hanya pada 2001,saya telah terpilih memasuki Politeknik Johor Bahru (sekarang dikenali sebagai Politeknik Ibrahim Sultan) dalam jurusan Pengurusan Hotel dan Katering(Khas untuk Orang Pekak).Pada masa itu,dunia saya amat berbeza.Berada di samping rakan-rakan senasib,namun hanya saya yang tidak mengetahui Bahasa Isyarat.Namun sekali lagi Kebolehan membaca gerakan Bibir membantu saya.Ini kerana Orang Pekak,sebilangan dari mereka walaupun tidak tahu bertutur,namun bibir mereka seperti bercakap macam Orang Normal,walaupun tiada suara.

Pada semester pertama,amat sukar untuk saya berada bersama mereka.Namun sokongan Pensyarah Cik Halimatus Saadiah,Cik Fadhilah serta rakan-rakan senasib membuatkan saya bertekad untuk menguasai Bahasa Isyarat.Hanya pada semester Ke 3 barulah saya mula dapat menguasai bahasa Isyarat dan memahami apa yang mereka katakan.Namun ianya TERHAD kepada rakan-rakan sama Kelas atau semester sahaja.Mungkin kerana saya sudah serasi dan dapat memahami fikiran mereka.

Setelah meninggalkan Politeknik dan bekerja,Kemahiran Bahasa Isyarat saya semakin BERKARAT dan tidak diasah.Ini kerana saya bekerja dengan Orang Normal,serta saya tidak berjumpa dengan mereka yang senasib dengan saya di tempat kerja saya.

Berbalik kepada Tajuk diatas,Sign Language,pentingkah Bahasa Isyarat ini pada penerima Implan Koklea.Saya tidak dapat memberikan jawapan.Namun bagi keadaan saya,serta pendapat saya,Kita wajib belajar Bahasa Isyarat ini.Ini kerana walaupun kita boleh dianggap "setapak dihadapan" orang pekak,namun apabila SUIS on/off alat pendengaran kita dimatikan,Kita akan menjadi Orang Pekak kembali.

Setidak-tidaknya,dengan mempelajari Bahasa Isyarat,Kita akan memiliki ramai kawan dari Golongan mereka.Kita dengan Mereka tiada bezanya.Jika diberi peluang,mereka juga ingin mendengar.Malah kita jua dapat menguasai kemahiran Berkomunikasi yang baru juga bukan?

Cuma apa yang saya risaukan,Terdapat sebilangan Orang Pekak yang menentang serta tidak Menyukai Implan Koklea ini.Mereka ini,sukar untuk saya katakan sikap mereka kerana ada banyak sebab yang membuatkan mereka menentang Implan koklea ini.Namun dengan peredaran masa,mereka ini akan semakin terbuka.

Sekian...

Sejarah bahasa isyarat telah pun bermula sejak kurun ke-16 lagi di barat. Pada tahun 1755, Abbe’ de L’Epee telah menubuhkan sekolah untuk kanak – kanak pekak yang pertama di paris. Kemudian Laurent Clerc yang merupakan pelajar di sekolah kanak – kanak pekak tersebut telah berhijrah ke Amerika Syarikat dan menubuhkan ’American School for the deaf ’ yang sseterusnya berkembang menjadi ’Gallaudet University ’.
 

BIM(Bahasa Isyarat Malaysia) ialah bahasa yang tulen bagi Orang Pekak Malaysia. BIM juga merupakan bahasa ibunda dan bahasa istimewa bagi Orang Pekak Malaysia. BIM digunakan dan diterima oleh Orang Pekak Malaysia secara meluas. Dengan menggunakan BIM, Orang Pekak mampu berbincang pelbagai isu-isu yang timbul, bergurau-senda, memudahkan komunikasi antara dua Orang Pekak serta memberi kesan pemahaman yang baik kepada antara satu yang lain. Selain itu, BIM ini juga mempunyai peraturan untuk digunakan dan tatabahasa tersendiri. BIM ini diwujudkan secara tidak langsung dan bukan dicipta oleh seorang sahaja.
 




















































































































 

 

Kepentingan Lips read pada penerima Implan

Salam semua.Walaupun pakar audio serta terapi  mengalakkan anda mengajar serta melatih anak anda untuk belajar mendengar tanpa melihat bibir,serta melupakan kepentingan lips read.Namun pada pendapat saya,bagi seorang dewasa yang pada masa kecilnya mendengar dengan alat bantu pendengaran,di kelilingi rakan sekolah normal,dan terpaksa belajar berdikari sendiri,saya telah mengasah kemahiran membaca gerakan bibir atau Lips Reads.




Lips Read atau membaca Gerakan bibir adalah keistimewaan Orang Pekak,Kenapa saya berkata begitu?Pernahkan anda melihat orang Buta?Bagaimanakah mereka membaca?jawapannya dengan deria sentuhan pada jari.Sebab itulah jika kita ingin berurut,kita digalakkan mencari orang buta kerana jari jemari mereka amat sensitif.Begitu juga dengan orang Pekak.

Kebolehan Orang Pekak adalah membaca gerakan Mulut.Ini kerana orang pekak ada satu keistimewaan iaitu MEMBACA FIKIRAN.Mustahil?Tidak,ianya tidak mustahil.Ianya hanya mustahil sekiranya kita sendiri yang memikirkannya Mustahil.Namun kebolehan ini bukanlah bermakna kita akan jadi seperti Superhero yang ada kuasa Istimewa.Kebolehan ini terhad,seperti dimasa-masa tertentu,namun boleh dikembangkan.Amat sukar untuk saya bercakap mengenai kebolehan ini kerana ianya hadir dengan sendiri pada setiap orang Pekak,cuma terpulang pada diri untuk mengembangkannya.



Salah satu caranya ialah dengan melihat wajah.Dengan melihat wajah,kita boleh melihat ekspressi wajah.Katakan kita melihat wajah Marah pada orang itu,maka kita akan mengelak daripadanya.Begitu juga jika kita melihat wajah sedih,gembira.Dalam hal ini,Perasaan turut memainkan peranan dalam kebolehan membaca Fikiran.

Ini cuma salah satu cara sahaja,ada banyak lagi cara untuk membantu orang pekak membava fikiran.Apabila ianya berjaya menguasai kebolehan ini,maka membaca gerakan mulut akan menjadi semakin mudah.Namun lain orang,lain bibirnya,lain bibirnya,lain gerakan mulutnya.Saya pun sekarang ini cuma dapat membaca gerakan mulut sesetengah orang sahaja.Namun ianya suduh cukup banyak membantu,apatah lagi mendengar menggunakan alat bantu Pendengaran,bukan Implan adalah sesuatu yang amat berbeza.

Jadi,jangan diketepikan kebolehan ini.Ini kerana Orang pekak yang mendengar melalui Implan,apabila alat pendengaran mereka Rosak,Dunia mereka menjadi sunyi.Mereka sukar untuk berkomunikasi.Melalui gerakan membaca mulut,apabila berlakunya keadaan ini,maka senang untuknya nanti.

Di masa hadapan,saya akan berkongsi cara membaca gerakan mulut.Namun membaca dengan menulis pada Blog ini adalah sesuatu yang berbeza.......

Sekian


P/S -Mungkin kerana itulah Pakar terapi pertuturan saya,apabila sessi pembelajaran,dia akan membelakangi saya kerana sekiranya dia berdiri depan saya,walaupun mulutnya ditutup,namun wajahnya,saya masih boleh membaca fikirannya hehehe...

Rabu, 9 Mei 2012

Bateri terbaik untuk Alat Pendengaran

Salam semua.Di sini sekali lagi saya kongsikan tips mengenai Bateri Alat Pendengaran kita.Umumnya mengetahui terdapat 2 jenis bateri yang dibekalkan kepada kita iaitu Yang boleh dicas dan yang dipakai buang.Namun bateri yang manakah yang terbaik untuk Alat Pendengaran kita?


Bateri pakai buang dan bateri cas

Kedua-duanya ada kelebihan yang tersendiri.Contohnya bateri Pakai Buang ianya memudahkan kita terutamanya di masa sesak.Sekiranya bateri kita kehabisan dan kita tiada masa untuk mengecasnya,maka bateri pakai buang menyenangkan kita.Dari segi tempoh penggunaan,bateri pakai buang mampu digunakan selama 3 hari sebelum kehabisan tenaga.

Bateri cas pula dari segi tempoh penggunaan tenaga memakan masa selama 2 hari sahaja sebelum terpaksa di cas semula.Namun kelebihannya ialah dari segi penjimatan kos kerana boleh digunakan berulang kali.Okey berbalik kepada Tajuk bateri manakah yang paling terbaik untuk Alat Pendengaran kita.Jawapannya berbeza.Namun bagi alat pendengaran saya,yang menggunakan  Cochlea Nucleus 5,Bateri Cas adalah yang terbaik.Ini kerana bateri cas tertutup sepenuhnya.Maksudnya kerana ia tertutup sepenuhnya,kelembapan tidak dapat memasukinya.

Kelembapan itu seperti Peluh,air hujan atau perubahan suhu persekitan seperti sejuk atau panas.Keadaan ini banyak mempengaruhi keadaan alat Pendengaran kita.Tambahan pula persekitaran kerja saya yang panas serta membuatkan saya berpeluh dengan kerap,menjadikan risiko karat terjadi amat tinggi.

 Berbanding bateri pakai buang yang boleh dibuka dalamnya serta terdedah kepada kelembapan,Karat menjadi musuh kepada Bateri ini.Berdasarkan pengalaman saya sebelum Pembedahan Implan Koklea,saya menggunakan Alat Bantu Pendengaran yang menggunakan bateri pakai buang,selepas 2 tahun menggunakan alat Bantu Pendengaran,bahagian dalaman bateri akan berkarat.

Malah daripada info yang dikeluarkan pengeluar Alat Pendengaran ini,Cochlear.com menyatakan bahawa bateri cas adalah yang terbaik untuk Alat pendengaran Implan ini.

No siri Alat Pendengaran Anda

Salam semua disini saya ingin kongsikan tentang no siri Alat Pendengaran ini.No siri ini menunjukkan anda adalah Pemilik Implan Koklea itu serta diperlukan sekiranya terdapat masalah mengenai alat Pendengaran anda.



Bulatan menunjukkan no siri alat anda(gambar google)






Jadi sekiranya anda ada masalah,anda boleh menggemukakanya kepada Laman Web Pengeluar Implan anda iaitu cochlear.com.Mungkin mereka akan meminta No siri alat anda untuk kepastian.Sekian,terima kasih

Selasa, 8 Mei 2012

Bentuk Implan Koklea yang pertama

Salam semua.Disini saya ingin kongsikan Gambar mengenai Implan Koklea yang pertama.Gambar ini di ambil dari Laman web Cochlear.com,yang mana adalah pengeluar Implan Koklea yang saya gunakan sekarang.




Pinjam Gambar Dari Laman Web Coclear.com




Lihat ,sungguh besar bukan Implan terawal ini berbanding dengan masa kini.Bagaikan Langit dengan Bumi.Cuba bayangkan dengan Implan Koklea sebesar itu,bagaimanalah kita hendak bergerak,dan bekerja.Alhamdulillah,dengan teknologi semasa dan Kepintaran Pencipta dari Cochlear.com,kita dapat menggunakan Implan Koklea yang jauh lebih kecil dan selesa.

Congrats Team Coclear.com


Thank You........

Jaminan Terhad Implan Koklea serta Peralatannya

Jaminan Terhad Implan Koklea Nukleus 5




 Jaminan terhad Implan Koklea berserta peralatannya(semasa mula-mula dibedah dan diaktifkan)

bentuk alat pendengaran Implan

Nukleus Implan Koklea(Bahagian Dalam Telinga) diberi jaminan selama 10 tahun

implan dalaman ini yang diberi jaminan 10 tahun ditanam di dalam telinga




Jaminan Terhad untuk peralatan Cochlear Nucleus CP800 Series and CR100 Series


Cochlear Nucleus CP800 Series & CR100 Series
 Warranty Periods
 Processing Unit  3 Years
 Coil, Coil Cable and/or Coil Magnet

 1 Year
 LiteWear Cable
 Rechargeable Battery Modules
 Battery Chargers and/or Adaptors
 Battery Holders and/or Battery Covers (Zinc Air)
 Remote Assistant
 Accessory Cables and/or Adaptors
 All other Accessories  90 Days

Di harap bagi mereka yang baru sahaja menjalani pembedahan,bolehlah menyemak sekiranya berlaku apa-apa pada Implan koklea mereka serta peralatan mereka.Sekiranya ianya berlaku semasa di dalam tempoh jaminan,anda boleh memohon atau menukarnya dgn yang baru atau di baiki secara percuma.