Salam semua.Saya ingin menulis mengenai kepentingan Menjaga alat CI anda.Salah satu caranya ialah sentiasa memastikan alat CI anda berada di dalam keadaan kering dan bersih.Satu cara mudah untuk memastikan alat CI anda kering dan bersih ialah melapkannya dengan kain atau tisu yang bersih.
Saya tidak menggunakan tisu yang nipis seperti tisu muka yang selalu dijual di pasaraya.Sebaliknya menggunakan tisu dapur yang tebal.Ini kerana tisu muka terlalu nipis dan amat senang menghasilkan habuk.Ini berbeza dengan tisu dapur yang tebal.
Saya sentiasa lap alat CI saya terutama sekali apabila saya bekerja.Semasa saya bekerja,suasana agak panas kerana bekerja di dapur.Ini membuatkan saya sentiasa berpeluh.Jadi alat CI saya tidak dapat dielakkan daripada terkena air.Gabungan Minyak Rambut,peluh dan debu mampu menyumbat salah satu alat penting di dalam CI iaitu Mikrofon.
Mikrofon ini berfungsi menangkap bunyi dari keadaan sekeliling.Sekiranya lubang kemasukan bunyi pada mikrofon ini dipenuhi habuk,maka bunyi yang di dengari akan menjadi kurang jelas.Selain itu,air peluh dari kepala mampu memasuki ruang-ruang yang tersembunyi pada alat CI anda.Air peluh ini mampu mendatangkan masalah iaitu Karat kepada CI.
Sebab itulah pengeluar Ci iaitu Coclear.com menyarankan kita memakai Bateri Cas sekiranya kita jenis kuat berpeluh atau bermain.Ini kerana Bateri cas tertutup semua ruangnya berbanding bateri pakai buang yang memiliki banyak ruang untuk air memasukinya.
Pada waktu malam pula,sebelum tidur,sekali lagi lap alat CI anda kemudian disimpan di dalam bekas yang disediakan oleh pengeluar iaitu Zephro.Alat ini mampu mengeringkan alat CI anda kerana di dalamnya terdapat Silica Gel(digunakan bersekali) yang mampu menyerap kelembapan.
Jadi,sentiasalah Lap alat CI anda.
Mohammed.Najib Ibrahim
Tiada ulasan:
Catat Ulasan