nuffnang

Jumaat, 6 Julai 2012

kebolehan deria penganti

Salam semua.Pernahkah anda mendengar bahawa ALLAH itu Maha Adil,setiap apa yang diambilnya akan digantikan dengan yang lain.Sesungguhnya janji itu adalah benar.Sebagai insan istimewa,ALLAH telah mengambil pendengaran kita.Namun ALLAH pasti akan mengantikannya dengan deria yang lain.


 Deria yang akan digantikan ialah deria lain seperti deria bau,deria penglihatan,deria rasa dan deria sentuhan.Sebagai contoh Orang Buta,Mereka tidak dapat melihat namun digantikan deria mereka yang hilang dengan deria sentuhan yang sensitif atau deria pendengaran yang lebih baik dari Orang Normal.

Sekiranya ALLAH mengambil pendengaran kita,deria yang diambil akan digantikan dengan deria yang lain.Deria saya yang digantikan dan ditambah powernya ialah DERIA BAU.Saya hanya menyedari kebolehan deria bau saya ini semasa saya bersekolah dahulu.Pada masa semua orang belum terbau sesuatu bau,sebagai contoh asap,sayalah orang pertama yang akan terbau dahulu.Begitu juga apabila seseorang itu kentut,memakai minyak wangi dan lain-lain,saya dapat menghidu baunya walaupun ianya sedikit.

Kebolehan deria bau ini banyak membantu saya di dalam bidang pekerjaan yang saya ceburi iaitu masakan.Sebagai contoh apabila seorang cef memasak makanan,sudah tentu akan ada baunya.Dengan menghidu baunya,saya dapat mengagak bahan-bahan yang dimasukkan semasa memasaknya.

Namun,seiring peningkatan usia,deria bau saya mula merosot.Cara hidup yang kurang sihat,pemakanan yang tidak dijaga membuatkan deria bau saya berkurangan.

Saya yakin kesemua insan istimewa memiliki sesuatu yang akan digantikan balik oleh ALLAH.Cubalah perhatikan anak-anak anda dengan teliti,lihat sekiranya deria mereka yang lain lebih baik dari biasa.Namun tidak semestinya ALLAH mengantikan dengan deria yang lain,sebaliknya otak dan fikiran yang cerdas serta nasib yang baik mungkin menjadi gantinya.

Sekian....


Mohammed.Najib Ibrahim

Tiada ulasan:

Catat Ulasan