nuffnang

Ahad, 1 Julai 2012

Mendengar itu menyeronokkan!

Salam semua.Saya ingin menulis mengenai proses Mendengar.Semua orang mendengar namun tidak ramai yang menyedari bahawa ianya satu proses yang amat menyeronokkan.Hanya sebilangan kecil sahaja individu yang tahu menghargai pendengaran mereka.Mereka ini adalah yang pernah kehilangan deria pendengaran mereka dan terpaksa menghadapi kesukaran di dalam hidup.Berkat usaha mereka,mereka diberi peluang oleh ALLAH yang Maha Esa untuk mendengar kembali.

Saya termasuk di dalam sebilangan kecil mereka ini.Membesar dengan deria pendengaran yang semakin kurang dan menghilang,membuatkan saya belajar MENGHARGAI apa yang sepatutnya kita hargai.Individu yang normal,mereka tidak pernah merasai bagaimanakah kehilangan deria pendengaran.Kerana itu,bunyi-bunyian yang sering mereka kedengaran,semuanya sudah lali dan tidak menarik lagi.

Namun bagi saya,mendengar bunyi titisan air menitik,bunyi kicauan burung,mendengar suara kawan-kawan,ibu bapa saya dengan jelas dan lain-lain,ianya sungguh indah.Tiada kata yang dapat saya berikan kecuali SYUKUR tidak terhingga.Malah saya amat bersyukur sekali lagi kerana apabila saya berasa Bangga pada diri,saya akan menutup Alat hearing Aids dan CI saya.Apa yang terjadi?Sudah tentulah dunia saya menjadi sepi semula.

Ini akan MENGINGATKAN saya kembali NAWAITU saya mendengar iaitu menggunakan dengan sebaik-baiknya sebagai Khalifah ALLAH di Dunia ini.Insya-ALLAH,saya tidak akan memungkiri janji saya.

Pada pembaca yang membaca penulisan saya ini,adakah anda pernah menghargai Pendengaran anda?Sudah hilangkah keseronokan anda mendengar?

Sekian....

Mohammed.Najib Ibrahim

Tiada ulasan:

Catat Ulasan