nuffnang

Sabtu, 7 Julai 2012

Membaca sambil mendengar

Salam semua.Saya ingin menulis mengenai salah satu teknik saya belajar mendengar.Cara itu ialah membaca buku atau majalah sambil mendengar semula rakaman suara saya.Seperti yang kita ketahui,salah satu cara saya sekiranya saya belajar sendiri ialah merakam suara sendiri menggunakan Handphone,kemudian mengulangnya.

Saya berbuat demikian kerana saya duduk dengan ibu bapa yang sudah tua.Tidak elok selalu menyusahkan mereka untuk sama-sama meluangkan masa belajar dengan saya.Namun belajar sendiri ini juga banyak juga kelebihannya,salah satunya tiada orang yang akan marah  sekiranya kita meminta diulang-ulang perkataan itu.

Mengapa saya membaca buku sambil mendengar semula rakaman suara saya?Jawapannya ialah untuk melatih otak saya bekerja di dalam 2 persekitaran iaitu sambil saya membaca,otak saya menterjemahkan serta memahami apa yang saya sebut di dalam rakaman itu.Ini penting kerana di dalam pekerjaan sehari-hari an saya,saya sentiasa bekerja sambil bercakap.

Oleh kerana saya bekerja di dalam bidang masakan di Hospital,maka penggunaan Mask yang menutup mulut sentiasa digunakan.Ini menyukarkan saya kerana saya tidak dapat melihat gerakan bibir mereka.Namun melalui latihan membaca sambil mendengar ini,saya dapat mengasah kemahiran saya untuk bergantung kepada pendengaran saya.Walaupun tidak banyak yang dapat saya tangkap,namun ianya sudah membantu.

Harapan saya,semoga semakin lama saya mengunakan implan koklea,semakin banyak perkataan yang dapat saya kenali.

Sekian.....


Mohammed.Najib Ibrahim

Tiada ulasan:

Catat Ulasan