nuffnang

Isnin, 30 April 2012

Hari pertama pemasangan Alat Pendengaran Luar

Salam semua.Pada 3/4/2012 adalah hari pertama saya akan dipasangkan alat pendengaran luar.Pada masa itu,saya agak ragu-ragu dan takut,bagaimanakah bunyi yan akan saya denari nanti.Ini kerana daripada percakapan dan maklumat oran lain,bunyi yan didenari seperti bunyi robot.

Pada tarikh yan ditetapkan itu,dua orang staff dari syarikat Implan koklea yang menjadi pembekal kepada Program Implan koklea Hospital Sultan Ismail datang.Terdapat 2 orang yang akan menerima alat Pendenaran Luar itu iaitu saya dan Seorang wanita yan sama-sama menjalani pembedahan Implan kokklea bersama saya.

Kami dipangil masuk seorang demi seorang.Bila tiba giliran saya,alat Pendengaran Luar telah dipasan pada telinga saya.Saya tidak boleh menerangkan lebih jelas mengenai Proses yan dilakukan kerana ianya mungkin sulit.Namun pada mulanya sebelum alat itu boleh digunakan,saya akan diuji dengan Bunyi.Sekiranya saya mendengar Bunyi melalui Alat Pendengaran itu,saya akan mengiyakannya,begitu juga selainnya.

Ianya bertujuan menetapkan tahap bunyi yang saya dengari Serta membuat pemantauan.Untuk Makluman,Bunyi yang saya dengari,ianya amat berbeza pada kali pertama.Semuanya terasa amat asing,namun selepas 20 minit kemudian,saya dapat menerima bunyi itu.

First time saya memakai alat Pendengaran Luar

Saya disuruh berjalan-jalan diluar untuk menentukan sama ada saya dapat menerima bunyi itu,sama ada ianya terlalu kuat.Syukur kerana saya dapat menerimanya.Kemudian kami telah diberi tunjuk ajar mengenai penjagaan,pemakaian serta pelbaai aksesorinya.Ianya bertujuan supaya kami dapat memahami cara mengunakannya serta menjaganya dengan betul.

Sebelum balik,saya telah diberi sebuah diari kosong yang bernama Program Implan Koklea KKM,Diari Implan Koklea.Diari ini bertujuan supaya saya menulis apa sahaja masalah serta apa yang saya buat untuk belajar mengenal bunyi.

Saya akan meletakkan gambar nengenai alat Pendenaran Luar saya beserta aksesorinya pada catatan yan lain.Semoga anda dapat maklumat mengenai ini.

SOALAN DAN JAWAPAN

Adakah bunyi yang di dengari adalah seperti bunyi Mesin dan Robot?
Tidak..Ianya bergantung kepada individu.Sebagai contoh,saya masih boleh mendengar lagi,serta telah bertahun-tahun mengunakan Alat Bantu Pendengaran.Secara Teknikalnya,bunyi yang saya dengari tiada bea dengan Alat Bantu Pendengaran saya,Namun ianya jauh lebih baik.Implan Koklea membolehkan kita mendengar bunyi yang tidak dapat di dengari oleh Alat Bantu Pendengaran .Sebagai contoh sekiranya saya membalin duit syiling,Alat Bantu Pendengaran tidak dapat mendengar bunyi bunyi syiling jatuh,namun Implan Koklea dapat mendenarnya dengan Jelas.

Seperti yang saya katakan tadi,ianya bergantung kepada individu.Bagi mereka yan tidak pernah mendengar,mungkin bunyi yang di dengari amat ASING dan seperti ROBOT.




Berapakah Harga Implan Koklea?

Salam Semua.Pasti ramai yang ingin mengetahui berapakah harga bagi satu Implan Koklea.Disini saya akan memberiahu anda.Implan koklea ada pelbagai jenis.jadi harganya berbeza,bergantung kepada negara yang memperbuatnya(nilai matawang) serta fungsinya.Saya tidak dapat memastikan sama ada hospital kerajaan yang memiliki program implan koklea ini mengunakan implan yang berbeza.

Implan koklea saya berasal dari Australia.harga bagi sepasang implan ini(satu set seperti implan yang ditanam di dalam telinga,alat pendengaran luar,bateri serta pelbagai aksesorinya,berharga RM70 Ribu.Saya bersyukur kerana mendapat bantuan dari kerajaan kita yang prihatin,menerusi Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sekiranya anda memiliki anak Pekak,saya amat mengesyorkan anda supaya segera mencuba mendapatkan Implan koklea ini untuk anak anda.Semakin cepat ianya menjalani pembedahan ini,semakin tinggi peluangnya untuk mendengar seperti normal.Sebagai contoh bayi yan baru lahir,semakin cepat mereka menjalani pembedahan ini,mereka akan semakin tinggi peluang untuk sembuh.begitu juga kanak-kanak.Ini kerana MASA itu amat penting.Semakin muda pesakit itu,semakin banyak masanya untuk BELAJAR MENGENAL BUNYI.Ini kerana mendengar melalui Implan koklea itu Satu Proses PEMBELAJARAN.

Namun itu tidak bermakna bagi mereka yang Dewasa atau kanak-kanak yang lebih berusia tidak sesuai menjalani Pembedahan ini.Sebagai contoh,sekiranya anda baru sahaja menjadi pekak kerana sakit atau kemalangan.Peluang anda untuk mendengar semula amat tinggi jika menjalani Pembedahan ini.Ini kerana OTAK anda telah belajar dan mengecam bunyi.Dalam hal ini,MASA amat penting.

SOALAN DAN JAWAPAN

Bagaimana pula bagi mereka yang berada di situasi saya?
Saya telah disahkan kurang pendengaran sejak kecil,dan hanya menjalani pembedahan pada usia dewasa?Dalam hal ini,saya akui peluang saya amat kurang,namun saya masih mampu mengecam bunyi kerana saya KURANG PENDENGARAN.Saya mengunakan alat bantu pendengaran sejak kecil lagi.Jadi Otak saya masih boleh dilatih untuk belajar.Cuma saya memerlukan usaha yang amat tinggi.

Siapakah yang tidak sesuai menjalani Pembedahan ini?
Pembedahan ini tidak sesuai bagi mereka yang langsung tidak pernah mendengar bunyi(dikecualikan bagi BAYI atau Kanak-kanak).Sebab kedua ialah Urat Saraf telinga mereka telah rosak teruk.


Apakah Risiko Pembedahan ini?

Setiap pembedahan pasti ada risikonya.Risiko paling terbesar sekali ialah muka anda akan menjadi CACAT.Ini kerana ditelinga anda,urat saraf yan mengawal pipi serta refleks muka berada berdekatan telinga anda.Jadi sekiranya urat ini terputus semasa pembedahan,anda akan menjadi cacat pada sebelah muka.Kecacatan itu seperti pipi menjadi senget atau mengerenyet tanpa boleh dikawal.Namun dengan kemajuan teknologi serta kepakaran doktor,Risiko ini telah berkurangan dengan banyaknya.

Kesan jangka masa panjang?
Buat masa ini saya tidak dapat mengetahui kesan jangka masa panjang itu.Namun selepas pembedahan,dan selepas pesakit dipasang alat pendengaran luar,kita mesti selalu berhati-hati dengan keadaan persekitaran kita.Ini kerana alat Pendengaran luar kita amat MAHAL,sekiranya Rosak,kita sendiri yang perlu mengeluarkan kos membaikinya.Kosnya teramat mahal,mencecah ratusan,malah ribuan ringgit.

Bolehkah saya bersukan?
Boleh,namun saya mengehadkan jenis sukan itu.Sebagai contoh sukan yang melibatkan sentuhan atau pemain yang ramai seperti Futsal,bola sepak,saya akan hindarinya.Ini kerana walaupun kita tidak memakai alat pendengaran Luar,namun sekiranya rakan kita atau bola itu terkena Kepala kita atau berdekatan implan koklea kita,besar kemungkinana ianya akan Rosak.Jadi sebagai jalan selamat,saya hanya bersukan yang tidak melibatkan ramai pemain atau sentuhan seperti Bowling,Snooker.

Bolehkan Pesakit Implan menaiki Motor?
Boleh,namun bagi saya,sebaai jalan selamat saya akan mengelak menaiki motor.Ini kerana Helmet yang kita pakai mungkin sempit,jadi apabila kita membukanya,besar kemungkinan ianya akan tersangkut keluar semasa kita membuka helmet.Ini banyak kali berlaku pada saya.Sebab kedua saya mengelak ialah kerana mengelak kemalangan.Seperti yang saya cakapkan tadi,kita mesti menjaga implan kita.Sekiranya kita terjatuh atau kemalangan,walaupun kecil namun mungkin akan membawa kerosakan kepada implan kita,sama ada Implan dalam atau Alat Pendengaran luar.

Pembedahan Implan Koklea

Salam Semua.15/3/2012 adalah tarikh yang akan saya ingati seumur hidup.Pada tarikh itulah diri saya yang dulu akan berubah untuk selama-lamanya.Pada hari itu saya dijadualkan menjalani pembedahan Implan Koklea.Sehari sebelumnya,14/3/2012 saya telah mendaftar masuk ke Wad 8B Hospital Sultan Ismail.


Ada 3 orang pesakit yang akan menjalani Pembedahan Implan Koklea itu.Seorang Kanak-kanak berumur 4 tahun,seorang gadis berumur 21 tahun dan saya.Saya adalah pesakit yang paling tua 29 Tahun.Pada tarikh itu,saya menjalani Pembedahan pada pukul 1.30 Petang,dan keluar dari Dewan Pembedahan pada pukul 7.30 malam.Pembedahan mengambil masa selama 3-4 jam,selain itu 2 Jam diambil untuk kesan ubat bius itu hilang.Ini penting kerana tempoh masa itu amat kritikal.(Ibu saya memberitahu masa saya keluar dari Dewan Pembedahan)

Saya hanya sedar apabila saya berada di Bilik saya.Pada masa itu,Kepala saya terasa amat berat,seolah-olah terdapat batu diletakkan di atas kepala saya.Kepala juga terasa amat pening.Saya hanya diberi ubat Penahan sakit sahaja,kemudian saya pun tidur kembali.Hari itu beberapa kali saya terjaga,kemudian tidur kembali.saya terjaga kerana tekak saya terasa amat kering dan haus.Namun saya dilarang minum oleh jururawat.Masa itu,terasa amat panjang.Hari yang akan saya ingati selamanya.



Pagi keesokannya,8jam selepas pembedahan,saya mula beransur-ansur pulih.Kesakitan?Memang tidak sakit.Cuma terasa seperti sedikit bisa,macam gigitan semut Api pada tempat pembedahan itu.12 jam selepas Pembedahan,saya dah boleh berjalan,duduk dan makan seperti Biasa.Jadi kepada mereka yang bakal menjalani pembedahan ini,Para Ibu Bapa tidak perlu risau akan anak mereka.Pembedahan ini tidak menyakitkan langsung,malah pesakit akan sembuh dalam tempoh masa yang singkat.

Buat sementara waktu,Pesakit akan terasa Pening dan kepala terasa berpinar-pinar atau berpusing apabila bangun,berjalan atau bila menoleh.Ini cuma sementara.Saya menasihatkan supaya pesakit bangun,berjalan serta menoleh dengan perlahan-lahan.dalam masa 6 hari selepas pembedahan,Pening itu akan hilang dengan sendirinya.

Saya berharap catatan saya ini akan menjadi rujukan kepada mereka yang bakal menjalani pembedahan ini.banyakkan bertawakkal dan yakin kepada Allah.Sekian......


Sabtu, 14 April 2012

Proses Permohonan Implan Koklea

Salam semua.Pada penulisan kedua ini saya akan menceritakan proses bagaimana saya memohon Implan koklea.Biarlah saya memberitahu anda semua bahawa ini adalah satu kebetulan.Pada 3tahun yang lepas,sebelum saya bekerja di sektor Kerajaan,saya bekerja sebagai pembuat roti di Carrefour Johor Bahru.

Pada masa itu umur saya 26 tahun.Saya tidak memiliki Lesen Memandu Kereta,hanya memiliki Lesen Motorsikal saja.Untuk membolehkan saya belajar untuk mendapatkan Lesen Memandu Kenderaan,JPJ mengkehendaki saya untuk mendapatkan Persetujuan Doktor Pakar mengenai tahap Kekurangan saya.Saya bersama seorang rakan saya sama-sama bekerja telah pergi ke Hospital Sultanah Aminah.Disana saya telah berjumpa dengan Pakar Audiologi.

Semasa pemeriksaan,Pakar Audio itu merasa hairan kerana tahap Pertuturan saya tidak ada bezanya dengan individu Normal.Untuk makluman semua,pertuturan mereka yang tidak pernah mendengar jauh berbea,seperti tersekat-sekat perkataannya,perkataan yang disebut Pelat,bercampur aduk atau tidak boleh difahami.Seterusnya,Pakar Audiologi itu bertanya kepada saya menenai Implan Koklea.Saya menjawab,saya tahu mengenai implan koklea,namun tidak mampu untuk menanggung kosnya.Ini kerana kos untuk satu implan koklea mencecah 75 ribu ringit.Satu implan,75 ribu hanya untuk satu belah telinga saja.

Pakar Audiologi itu menerangkan kepada saya bahawa sudah ada Program dan bantuan dari kerajaan untuk membiayai implan koklea,namun hanya mereka yang telah diperiksa dan didapati sesuai oleh Pakar Hidung,Telinga dan Tekak sahaja yang dapat pembiayaan itu.Saya kemudiannya dirujuk kepada Dr,Nazrin dari Hospital yang sama,dimana saya telah menjalani ujian darah,CT Scan dan MRI.Hasil ujian menunjukkan kesemuanya berada di dalam keadaan baik.

Dr.Nazrin merujuk saya ke Dr.Tengku Izam dari Hospital Sultan Ismail,Johor Bahru kerana hanya Hospital ini sahaja terdapat kelengkapan serta Pakar pembedahan implan Koklea.Saya kemudian diberi tempoh percubaan,dipantau serta dibantu oleh seorang Pakar Audio Pn.Siti,En.Nizam serta Pakar Terapi Pertuturan Pn.Zanira.Pn.Siti serta En.Nizam memberikan saya sepasang alat bantu pendengaran yang terkini,Jenama Bramissimo.Ini kerana alat bantu pendengaran saya telah Usang dan ketinggalan zaman.Manakala Pn.Zanira pula menunjuk ajar saya mendengar serta mengecam bunyi.Saya telah di ajar mendengar tanpa melihat gerakan bibir.

Hospital Sultan Ismail Johor-Gambar Google


Walaupun hasil ujian dan keputusan saya tidak memberangsangkan,namun Berkat doa kedua-dua ibu bapa saya,saya telah terpilih memasuki program implan Koklea dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia.Saya telah menunggu selama hampir 3 tahun sebelum akhirnya saya berjaya terpilih untuk menjalani pembedahan inplan koklea.

Pada 15 Mac 2012,saya telah menjalani pembedahan implan Koklea pada telinga Kanan saya.Kini walaupun masih baru,namun Implan Koklea ini banyak membantu saya mendengar bunyi yang tak pernah saya bayangkan.Di kesempatan ini,Saya ingin mengucapkan Ribuan Terima kasih yang tidak terhingga kepada Para Doktor,Pakar Audio,Pakar Terapi Pertuturan serta mereka yang terlibat sehingga saya selamat menjalani Pembedahan ini.Terima Kasih sekali lagi.....

TERIMA KASIH kepada mereka yang banyak membantu saya



Jumaat, 13 April 2012

Sejarah Hidup Saya

Salam semua.Ini adalah catatan pertama saya.Biarlah saya menerangkan kisah hidup saya dahulu.Saya dilahirkan sebagai Insan Normal.Segalanya cukup indah sehingga saya berumur 9 tahun.Saya telah diserang demam panas.Namun selepas sembuh,segalanya masih lagi normal sehinggalah saya berumur 10 tahun.Semasa bersekolah,guru yang mengajar perasan akan sesuatu yang tidak kena pada saya.Saya agak ketinggalan di dalam pelajaran,berbanding rakan sebaya yang lain.

Guru itu memberitahu ibu bapa saya akan masalah yang dihadapi saya didalam pelajaran.Pada pendapat guru itu,mungkin saya mengalami masalah rabun.Jadi dia pun mengesyorkan saya berjumpa Doktor mata untuk memastikan apa masalah saya.Doktor mata memeriksa saya,namun tidak menemui sebarang keganjilan atau kecacatan pada mata saya.Namun doktor itu mengesyorkan seorang doktor yang juga rakannya,seorang Doktor Telinga,hidung dan tekak supaya memeriksa saya.

Semasa berjumpa Doktor Telinga,hidung dan tekak itu,saya telah menjalani Ujian pendengaran iaitu mendengar di dalam sebuah bilik kedap bunyi.Di kedua-dua belah telinga saya dipasangkan Earphone.Kemudian,pada satu telinga akan didengarkan bunyi pada kekuatan yang tentu,dimulai pada bunyi yang kuat dan kemudian beransur-ansur lemah.Sekiranya saya mendengar bunyi,maka saya akan memberi isyarat yang saya mendengar bunyi.

Hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua belah telinga saya mengalami masalah pendengaran yang serius.Kes saya kemudian dirujuk ke HUKM.Saya telah berjumpa dengan Pakar Telinga,Hidung dan tekak iaitu Dr.Lokman Saim.Selepas Dr.Lokman  Saim memeriksa saya,beliau mendapati tiada rawatan yang boleh dilakukan,hanya mengesyorkan saya memakai alat bantu Pendengaran.Pada masa itu,Kejayaan Ang Boon Soon,penerima Implan Koklea pertama masih baru diperkatakan.Namun agak malang kerana pada masa itu,tiada insentif atau bantuan dari Pihak Kerajaan untuk membantu golongan yang menghadapi masalah seperti saya.

Contoh alat bantu pendengaran yang dipakai saya

Alat bantu pendengaran menjadi teman saya.Namun alat ini hanya menguatkan bunyi,tidak banyak yang alat ini dapat lakukan untuk membantu saya mendengar dengan lebih jelas.Ini menyebabkan saya terpaksa melatih diri satu kemahiran baru iaitu Membaca Gerak Bibir.Untuk makluman semua,saya bersekolah di Sekolah Normal,tidak memasuki sekolah Khas.Cuba anda bayangkan didalam 1 sekolah,Dengan pelajar seramai 2 ribu orang,hanya saya seorang yang pekak.Saya terpaksa berdikari sekiranya tidak mahu ketinggalan di dalam pelajaran.Mujurlah ramai teman sebaya yang memahami,serta guru-guru yang prihatin,banyak membantu saya di dalam pelajaran.Hasilnya didalam kelas saya,hanya saya satu-satunya yang memperolehi keputusan 5a didalam SPM.


Keputusan ini membakar semangat saya sehingga saya berjaya menjejak kaki di menara Gading dan mengengam diploma.Namun selepas meninggalkan menara gading,ternyata di Alam pekerjaan,segalanya teramat mencabar untuk golongan seperti saya bekerja bersama mereka yang normal.Bos serta rakan yang tidak memahami kekurangan,dinafikan kenaikan pangkat serta dimarahi kerana saya tidak mendengar apa yang mereka katakan menjadi cabaran saya.Hampir saja saya berputus asa untuk bekerja,namun saya kuatkan hati dan semangat.

Alhamdulilah,pada bulan 4 2011 saya telah berjaya mendapat pekerjaaan yang setaraf dengan kelulusan saya dan terjamin iaitu sebagai kakitangan kerajaan.rezeki saya semakin murah apabila pihak kerajaan bersetuju menanggung kos pembelian Implan Koklea serta pembedahan.

Kini saya telah diberi PELUANG KEDUA oleh ilahi untuk mendengar.Sebab itulah saya namakan Blog ini My Bionic Diary.Saya ingin berkongsi pengetahuan,pengalaman saya semasa belajar mendengar menggunakan implan ini.Saya berharap Blog saya ini dapat menambah pengetahuan kepada ibu bapa yang mana anak mereka mengalami masalah seperti saya.

Sekian,Terima Kasih

Mohammed.Najib Ibrahim