Tujuan majlis ini adalah untuk bertukar-tukar pendapat dan pengalaman diantara para doktor pakar,pengedar CI dan Ibu bapa.Banyak ilmu yang berguna telah diperolehi semasa majlis ini berlangsung.Saya telah mengambil kesempatan ini untuk MENYOAL-SIASAT pengedar CI saya iaitu EN.Alan.
Dibawah saya kongsikan segala apa yang saya perolehi semasa SOAL SIASAT itu.
- CI TIDAK MEMERLUKAN SERVIS ATAU PENYELENGGARAAN SEPERTI HEARING AID.Ini kerana ianya dicipta untuk kegunaan jangka panjang serta bersifat tahan lasak.Namun ianya memerlukan PENJAGAAN yang rapi seperti sentiasa mengelapnya,memastikan ianya kering dan tidak terjatuh
- JIKA CI ROSAK,IANYA AKAN DIPERIKSA DULU OLEH PAKAR.Jika boleh diperbaiki,ianya tidak mahal.Namun jika ianya tidak boleh diperbaiki,jawapannya ialah mendapatkan yang baru.
- Ibu bapa kena prihatin tentang CI anak.Jangan menunggu sehingga sudah rosak baru hendak dihantar untuk diperbaiki.Ini kerana ianya akan menambahkan kos serta memungkinkan CI anak anda tidak dapat diperbaiki.Selain itu masa menunggu juga agak lama sekitar2,3 bulan.
- Jika CI rosak serta tidak dapat diperbaiki,cuba berbincang dengan pihak hospital yang menjalankan pembedahan itu.Ini kerana biasanya terdapat tabung khas untuk penerima implan.
- PETUA UNTUK MEMASTIKAN BATERI CAS TAHAN LAMA IALAH DENGAN MENGELAKKAN IANYA KOSONG.Maksudnya kita mesti mengelakkan bateri kita kehabisan kuasa baru hendak dicas kerana ianya akan mengurangkan jangka hayat bateri itu.Pastikan bateri berada diparas 1 bar baru dicas.
- SETIAP 6 BULAN SEKALI bersihkan dengan rapi CI anda.Buka kesemuanya seperi microfon,coil,processor,magnet lain-lain.Ambil sehelai tisu dan lap bersih-bersih terutamanya dicelah-celah yang tersembunyi.Jika tidak pasti bagaimana cara membukanya,rujuk buku panduan.
- COIL yang menyambungkan processor sekiranya ingin dibuka,JANGAN DIPUSING-PUSING UNTUK DIBUKA.hanya TARIK TERUS.Sekiranya dipusing-pusing ianya akan merosakkan CI anda.
- Wayar pengecas bateri jangan dicabut dan disimpan selepas digunakan.Biarkan sahaja ianya berada di dalam pengecas.Ini kerana apabila anda buka-cabut,buka-cabut banyak kali,wayarnya akan rosak.
- Anda mungkin boleh mendapatkan ganti wayar yang sama Voltannya di kedai,namun perlu berhati-hati kerana sekiranya Voltannya kurang atau terlebih(walaupun tertulis jelas voltannya),Alat pengecas anda akan rosak.Lebih terus bateri pengecas juga turut rosak.Kos untuk memantikan dan mendapatkan yang baru alat pengecas ialah RM400 Manakala bateri pengecas sekitar RM700.
- Silica gel boleh disimpam di dalam stoking bayi,kantung bunga telur atau apa-apa mengikut imaginasi anda.Ianya boleh digunakan di dalam Zephry anak anda.
- Dengan perubahan teknologi,CI juga semakin maju.CI yang lama akan dihentikan pengeluarannya serta alat gantinya.Sebagai contoh CI tahun 2012(tapi sekarang tahun 2020),maka kerana CI tahun itu (2020) sudah maju,maka alat ganti bagi CI tahun 2012 akan dihentikan.Ini bermakna amda terpaksa menukar CI anda sekiranya ianya rosak dan tidak dapat diperbaiki lagi.....
Sekian,terima kasih..Sharing is caring....
That's right..
BalasPadam