Salam semua.Saya ingin berkongsi mengenai satu cara
bagaimana kita hendak mendengar radio.Malah ianya juga merupakan satu latihan
yang baik kerana kita dapat mempelajari perkataan.Namun ianya tidak sesuai
untuk kanak-kanak kerana perbendaharaan kata mereka masih sedikit dan kurang.
Cara bagi mendengar radio ialah memilih saluran yang NADA
SUARANYA MEMBOSANKAN.Maksud saya ialah Nada suara mendatar,jelas serta tidak
terlalu cepat.Contoh saluran radio ini ialah IKIM.Nada suara penyampainya
mendatar, jelas dan tidak terlalu cepat.Ini membuatkan otak saya mampu
memproses maklumat seterusnya memahami apa yang diperkatakan.
Namun bukanlah bermakna saya mampu mendengar kesemua
perkataan atau semua yang diperkatakan.Saya hanya mampu mentafsirkan hanya 45%
perkataan sahaja(Ikut perkiraan matematik saya).Namun sebelum pembedahan implan
koklea,saya sudah banyak kali cuba mendengar radio namun sepatah perkataan pun
tidak saya fahami.
Namun taktik ini ada satu kelemahan.Kelemahannya ialah ianya
hanya berkesan di dalam suasana senyap dan tidak terlalu bising.Ini memang
merupakan kelemahan paling ketara bagi penerima implan koklea.
Sekian,selamat mencuba.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan