nuffnang

Sabtu, 14 April 2012

Proses Permohonan Implan Koklea

Salam semua.Pada penulisan kedua ini saya akan menceritakan proses bagaimana saya memohon Implan koklea.Biarlah saya memberitahu anda semua bahawa ini adalah satu kebetulan.Pada 3tahun yang lepas,sebelum saya bekerja di sektor Kerajaan,saya bekerja sebagai pembuat roti di Carrefour Johor Bahru.

Pada masa itu umur saya 26 tahun.Saya tidak memiliki Lesen Memandu Kereta,hanya memiliki Lesen Motorsikal saja.Untuk membolehkan saya belajar untuk mendapatkan Lesen Memandu Kenderaan,JPJ mengkehendaki saya untuk mendapatkan Persetujuan Doktor Pakar mengenai tahap Kekurangan saya.Saya bersama seorang rakan saya sama-sama bekerja telah pergi ke Hospital Sultanah Aminah.Disana saya telah berjumpa dengan Pakar Audiologi.

Semasa pemeriksaan,Pakar Audio itu merasa hairan kerana tahap Pertuturan saya tidak ada bezanya dengan individu Normal.Untuk makluman semua,pertuturan mereka yang tidak pernah mendengar jauh berbea,seperti tersekat-sekat perkataannya,perkataan yang disebut Pelat,bercampur aduk atau tidak boleh difahami.Seterusnya,Pakar Audiologi itu bertanya kepada saya menenai Implan Koklea.Saya menjawab,saya tahu mengenai implan koklea,namun tidak mampu untuk menanggung kosnya.Ini kerana kos untuk satu implan koklea mencecah 75 ribu ringit.Satu implan,75 ribu hanya untuk satu belah telinga saja.

Pakar Audiologi itu menerangkan kepada saya bahawa sudah ada Program dan bantuan dari kerajaan untuk membiayai implan koklea,namun hanya mereka yang telah diperiksa dan didapati sesuai oleh Pakar Hidung,Telinga dan Tekak sahaja yang dapat pembiayaan itu.Saya kemudiannya dirujuk kepada Dr,Nazrin dari Hospital yang sama,dimana saya telah menjalani ujian darah,CT Scan dan MRI.Hasil ujian menunjukkan kesemuanya berada di dalam keadaan baik.

Dr.Nazrin merujuk saya ke Dr.Tengku Izam dari Hospital Sultan Ismail,Johor Bahru kerana hanya Hospital ini sahaja terdapat kelengkapan serta Pakar pembedahan implan Koklea.Saya kemudian diberi tempoh percubaan,dipantau serta dibantu oleh seorang Pakar Audio Pn.Siti,En.Nizam serta Pakar Terapi Pertuturan Pn.Zanira.Pn.Siti serta En.Nizam memberikan saya sepasang alat bantu pendengaran yang terkini,Jenama Bramissimo.Ini kerana alat bantu pendengaran saya telah Usang dan ketinggalan zaman.Manakala Pn.Zanira pula menunjuk ajar saya mendengar serta mengecam bunyi.Saya telah di ajar mendengar tanpa melihat gerakan bibir.

Hospital Sultan Ismail Johor-Gambar Google


Walaupun hasil ujian dan keputusan saya tidak memberangsangkan,namun Berkat doa kedua-dua ibu bapa saya,saya telah terpilih memasuki program implan Koklea dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia.Saya telah menunggu selama hampir 3 tahun sebelum akhirnya saya berjaya terpilih untuk menjalani pembedahan inplan koklea.

Pada 15 Mac 2012,saya telah menjalani pembedahan implan Koklea pada telinga Kanan saya.Kini walaupun masih baru,namun Implan Koklea ini banyak membantu saya mendengar bunyi yang tak pernah saya bayangkan.Di kesempatan ini,Saya ingin mengucapkan Ribuan Terima kasih yang tidak terhingga kepada Para Doktor,Pakar Audio,Pakar Terapi Pertuturan serta mereka yang terlibat sehingga saya selamat menjalani Pembedahan ini.Terima Kasih sekali lagi.....

TERIMA KASIH kepada mereka yang banyak membantu saya



1 ulasan:

  1. terima kasih kerana sudi membaca.saya juga sebelum menjalani pembedahan ini,saya tercari2 maklumat atau diari mereka yang pernah menjalani pembedahan ini,namun hampa kerana tidak banyak,jadi disinilah tujuannya blog ini dihasilkan.saya akan berkongsi pengalaman saya,bagaimana saya belajar mendengar.

    BalasPadam