nuffnang

Isnin, 30 April 2012

Pembedahan Implan Koklea

Salam Semua.15/3/2012 adalah tarikh yang akan saya ingati seumur hidup.Pada tarikh itulah diri saya yang dulu akan berubah untuk selama-lamanya.Pada hari itu saya dijadualkan menjalani pembedahan Implan Koklea.Sehari sebelumnya,14/3/2012 saya telah mendaftar masuk ke Wad 8B Hospital Sultan Ismail.


Ada 3 orang pesakit yang akan menjalani Pembedahan Implan Koklea itu.Seorang Kanak-kanak berumur 4 tahun,seorang gadis berumur 21 tahun dan saya.Saya adalah pesakit yang paling tua 29 Tahun.Pada tarikh itu,saya menjalani Pembedahan pada pukul 1.30 Petang,dan keluar dari Dewan Pembedahan pada pukul 7.30 malam.Pembedahan mengambil masa selama 3-4 jam,selain itu 2 Jam diambil untuk kesan ubat bius itu hilang.Ini penting kerana tempoh masa itu amat kritikal.(Ibu saya memberitahu masa saya keluar dari Dewan Pembedahan)

Saya hanya sedar apabila saya berada di Bilik saya.Pada masa itu,Kepala saya terasa amat berat,seolah-olah terdapat batu diletakkan di atas kepala saya.Kepala juga terasa amat pening.Saya hanya diberi ubat Penahan sakit sahaja,kemudian saya pun tidur kembali.Hari itu beberapa kali saya terjaga,kemudian tidur kembali.saya terjaga kerana tekak saya terasa amat kering dan haus.Namun saya dilarang minum oleh jururawat.Masa itu,terasa amat panjang.Hari yang akan saya ingati selamanya.



Pagi keesokannya,8jam selepas pembedahan,saya mula beransur-ansur pulih.Kesakitan?Memang tidak sakit.Cuma terasa seperti sedikit bisa,macam gigitan semut Api pada tempat pembedahan itu.12 jam selepas Pembedahan,saya dah boleh berjalan,duduk dan makan seperti Biasa.Jadi kepada mereka yang bakal menjalani pembedahan ini,Para Ibu Bapa tidak perlu risau akan anak mereka.Pembedahan ini tidak menyakitkan langsung,malah pesakit akan sembuh dalam tempoh masa yang singkat.

Buat sementara waktu,Pesakit akan terasa Pening dan kepala terasa berpinar-pinar atau berpusing apabila bangun,berjalan atau bila menoleh.Ini cuma sementara.Saya menasihatkan supaya pesakit bangun,berjalan serta menoleh dengan perlahan-lahan.dalam masa 6 hari selepas pembedahan,Pening itu akan hilang dengan sendirinya.

Saya berharap catatan saya ini akan menjadi rujukan kepada mereka yang bakal menjalani pembedahan ini.banyakkan bertawakkal dan yakin kepada Allah.Sekian......


Tiada ulasan:

Catat Ulasan