Hear me telah ditubuhkan pada Jun 2015 oleh para ibu-ibu yang memiliki anak-anak yang memakai alat CI/HA/BONE untuk mendidik anak bercakap dan mendengar serta berkongsi pengalaman.Ianya bernula dengan kumpulan ibu-ibu yang kecil di Facebook pada tahun 2011.Sekarang dianggarkan seramai 150 orang ibu bapa berinteraksi di whatapps yang dimiliki pertubuhan ini.
Objektif utama Hear Me ialah menyediakan platform untuk mengumpulkan dan menghubungkan keluarga dari pelbagai latar belakang yang berbeza dan mempunyai pelbagai senario.ini memudahkan sebarang perkongsian maklumat,komunikasi serta bentuk pertolongan yang boleh diberikan sesama ahlinya.
Melalui jaringan ini,Ibu bapa dapat :
- belajar dari ibu bapa lain yang mempunyai masalah yang sama
- mendapat sokongan dan kekuatan
- berkongsi pengalaman
- mengutip tip-tip yang berharga dari ibu bapa yang lain
- Kerap mengadakan aktiviti-aktivi sosial untuk anak-anak dan keluarga seperti jamuan hari raya,gathering,lawatan,bengkel ,workshop dan sebagainya
- mengadakan aktiviti untuk meningkatkan kesedaran mengenai masalah pendengaran dan kebaikan menggunakan alat pendengaran di kalangan keluarga dan masyarakat
- mengadakan kutipan dana
- bekerjasama dengan Profesional dan pelbagai agensi untuk kebaikan ahli
Diantara Takwim aktiviti Hear Me sepanjang tahun 2017
- Feb gathering/sharing session di Putrajaya
- April AGM/Parenting Talk di Putrajaya
- May Hear Me di On Bfrenz,TV AlHijrah,Meeting pertama AJK,
- June Jualan Amal Sampul Raya Hear Me serta majlis berbuka puasa di Majid Jamek Kompleks Pertanian Serdang
- July Hear Me on Berita Harian,Hear Me on di Bernama Radio dan Open House di Dewan Mayarakat Taman Rowther Setapak
- Sept Chit Chat bersama Company Cochlear dan Medel
Majlis Rumah terbuka Hear Me |
Ahli jawatankuasanya terdiri daripada
- Pengerusi - Pn Maryam Sakinah A Abdullah(Perlis)
- N.Pengerusi - En.Feroz(Johor)
- Setiausaha - Pn.Noorshaliza Hanafi(Pahang)
- N.Setiausaha - Pn.Teefa Rosly(Sarawak)
- Bendahari - Pn.Faoziah(Kedah)
- AJK
- Pn.Farah AlyaRayyan(Putrajaya)
- En.Megat(Perak)
- Pn.Aisyah(Kelantan)
- Pn.Fazlin Hussin(Kuala Lumpur)
- En.Khairul Manaf(Selangor)
Chit Chat ibu bapa bersama Cochlear dan Medel |
Yuran keahlian: Tahun pertama RM60(Suami & Isteri) bersamaan RM30 seorang.Anak-anak FOC
Tahun kedua dan seterusnya RM40 setahun bersamaan RM 20 seorang.
Pembayaran keahlian boleh dilakukan di akaun persatuan MAYBANK PERSATUAN IBU BAPA ANAK PENDENGARAN MALAYSIA (HEAR ME) 562263518168.
Selepas pembayaran dibuat,mohon kerjasama sendkan slip/resit dan emailkan ke hearme.my@gmail.com
SEKIAN TERIMA KASIH...
Kredit diberikan kepada Pn.Noorshaliza Hanafi diatas maklumat mengenai Hear Me.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan