Di sini saya ingin menanya para ibu bapa satu soalan,Adakah anak anda MALU untuk memakai alat CI mereka?Jika jawapannya ya,maka disini saya sertakan sedikit tips dan satu cerita dari pengalaman saya.Mudah-mudahan ianya dapat membantu para ibu bapa...
Tips mengatasi perasaan malu pada anak
- Jika anak malu untuk memakai Alat CI mereka,dapatkan jawapan dari mereka KENAPA mereka malu untuk memakai alat CI mereka.PANDANG mata anak anda,anda akan dapati anak anda akan memberi seribu satu alasan,namun alasan yang sebenarnya ialah mereka malu orang lain disekeliling mereka memandang mereka.
- Jika anak anda malu dan memberi seribu satu alasan,bawa anak anda keluar berjalan-jalan di tempat yang ramai orang.Biar anak memakai alat CI mereka.Katakan pada anak,ADAKAH orang di sekeliling mereka memandang anak anda?Jawapannya ialah tidak,orang disekeliling tidak seorang pun yang memandang anak anda.Jadi anda harus berkata pada anak bahawa orang disekeliling langsung tidak memandang anak anda malah tidak memperdulikannya,jadi untuk apa mereka harus MALU?
- Jika anak anda masih malu walaupun diberi jawapan itu,maka anda harus BERTEGAS dengan anak anda.Bagi anak yang belum bersekolah,sudah tentu boleh dipantau,namun bagaimana dengan anak yang sudah bersekolah?Ramai di antara anak-anak ini yang sebelum ke sekolah memakai alat CI mereka dihadapan ibu bapa mereka.namun menanggalkannya apabila tiba ke sekolah.
- TINDAKAN ANDA-Dapatkan no telifon guru anak anda,beritahu guru untuk memberitahu sekiranya anak tidak memakai alat CI mereka.Tahukah anda bahawa anak akan memberi alasan seperti tertinggal alat itu,alat rosak,dan lain-lain lagi kepada guru.Jadi beritahu guru bahawa jangan mempercayai sebarang alasan anak,sekiranya perlu minta guru telifon anda untuk menanya kebenaran.
- Sekiranya anda ada sedikit kesempatan,lakukan SPOTCHECK.Buat lawatan mengejut di kelas anak anda,namun sebelum itu beritahu guru anak anda dahulu.Ini kerana anak tidak akan menyangka bahawa anda akan bertindak begitu.Lakukan 2,3 kali insyaALLAH selepas itu anak akan terus memakai alat CI itu
- Minta anak duduk di HADAPAN kelas.Keberkesanan alat CI adalah paling MAKSIMUM di hadapan sekali.Tahukah anda bahawa anak anda di dalam proses pembelajaran,maka dengan duduk di hadapan kelas anak anda akan dapat mendengar suara guru dengan lebih jelas malah mendapat perhatian yang lebih dari guru?
- Di sekolah.penyebab utama anak anda malu memakai alat CI mereka ialah kerana ejekan rakan-rakan.Kadang-kadang anak anda dibuli oleh pelajar ini.Sebagai ibu bapa anda harus memaksa anak memberitahu siapakah yang membuli anak anda,dan anda harus berjumpa dengan pelajar itu dan memberinya nasihat.LAKUKAN apa sahaja yang perlu seperti memberi amaran akan memberitahu perbuatannya pada ibu bapanya atau pada pengetua sekolah.TUGAS dan TANGGUNGJAWAB anda ialah melindungi anak anda.Lakukan tugas anda.
Dibawah saya sertakan satu kes yang saya berjaya selesaikan.
Ada seorang pelajar,umurnya baru 13 tahun.Pelajar ini sebelum ini Normal dan lasak,namun malang menimpanya.Setahun sebelum ini dia telah mengalami demam panas dan dirawat di wad sebuah hospital selama 10 hari.Apabila sembuh,Doktor yang merawatnya mendapati pendengaran pelajar ini terjejas teruk.Telinga kirinya sudah tidak boleh mendengar dan telinga kanannya hanya mampu mendengar sedikit bunyi sahaja.
Kesnya dirujuk di Hospital kerajaan yang memiliki kepakaran di dalam bidang ini.Dalam kesnya,Pelajar ini telah diberi peluang untuk mendapatkan IMPLAN KOKLEA.Ini kerana tempohnya hilang pendengaran adalah masih baru,setahun jaraknya.Sebagai tempoh percubaan sebelum pembedahan implan koklea,pelajar ini telah diminta untuk memakai alat bantu pendengaran(hearing aids) pada kedua telinga.
Namun pelajar ini telah mengalami Sindrom MALU seperti yang saya sebutkan.Maka saya telah menolong pelajar ini dengan kesemua tips yang saya berikan.Alhamdulilah pelajar ini semakin hari semakin berani untuk memakai alat CI-nya tanpa menghiraukan ejekan rakan-rakan.Anak anda jua BOLEH begitu.ANDALAH YANG MENENTUKANNYA....
Sekian,Caring Is Sharing...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan