Musuh di dalam Processor Implan
Salam semua.Saya ingin berkongsi tips mengenai musuh di
dalam processor kita.Saya pun baru sahaja perasan dan mengetahuinya.Sejak dari
hari pertama Switch On sehingga
sekarang,saya tidak pernah lupa mengelap dan memastikan Processor saya sentiasa
kering.Namun entah mengapa,tergerak di hati ingin mencuba aksesori yang belum
pernah saya gunakan.
Di antara aksesori yang belum saya gunakan ialah lapel microfon,dan
yang lain-lain yang memerlukan saya membuka accessory socket cover.Saya tidak
pernah membukanya sejak dari hari pertama.sebab itulah,entah mengapa saya
terasa ingin membukanya dan mencuba aksesori yang lain.Saya terperanjat kerana
saya dapati di dalamnya lembap dan sedikit basah.Barulah saya perasan bahawa
walaupun saya memastikan alat Processor saya sentiasa kering seperti
mengelapnya dan menyimpannya di dalam Zephyr,namun saya tidak memastikan
dalamannya kering.
Inilah kesilapan saya.Sedikit kesilapan mungkin akan
merosakkan Processor saya.Mujurlah saya perasan akannya.Sejak dari hari
itu,saya mula mengelap bukan sahaja bahagian luar,malah bahagian yang
tersembunyi seperti di dalam accessory Socket Cover.Jadi disini saya ingin
memberi nasihat kepada penguna Implan,mungkin anda seperti saya yang tidak
pernah membuka Cover accessory soket.Jadi mulalah bertindak hari ini,dan
pastikan alat Processor kita sentiasa kering.
Disini juga saya sertakan sedikit maklumat mengenai suhu
penyimpanan serta kelembapan yang sesuai.
Condition minimum maksimum
Storage temp -40c +50c
Storage relative humidity 0%r/h 90%r/h
Operating temp +5c +50c
Operating relative humidity 0%r/h 90%r/h
Sharing is caring....
Mohammed.Najib Ibrahim
Tiada ulasan:
Catat Ulasan