Salam semua.Tujuan saya menulis pada kali ini ialah untuk menerangkan bahagian-bahagian penting di dalam Processor Implan Koklea.Bagi mereka yang telah lama memakai sudah tentu mengetahui fungsi-fungsinya,jadi penulisan kali ini lebih menumpu kepada individu baharu yang akan menjalani pembedahan Implan Koklea.
Penulisan pada kali ini hanya menerangkan bahagian dan fungsi Processor Implan Koklea Nucleus 5 iaitu yang dipakai penulis.Sehingga hari penulisan ini ditulis,model baharu telah dikeluarkan iaitu Nucleus 6 dan Nucleus 7.Namun hampir kesemua bahagian ini sama fungsinya.
|
Processor Nucleus 5 yang lengkap |
Bahagian-bahagian penting Processor Implan Koklea terdiri dari Processor,Coil,Coil Cable dan Bateri.
Processor
|
Proccessor adalah bahagian paling penting dan termahal.sekitar rm15 ribu termasuk GST |
Ini merupakan jantung utama Implan Koklea.Processor berfungsi menerima bunyi kemudian memproses dan menghantar bunyi yang telah diterjemah kepada implan koklea di dalam kepala.Pada bahagian ini terdapat 2 butang iaitu butang ON/OFF serta butang setting Program.Fungsi butang setting Program ini ialah menukar program pada Processor untuk mendapatkan bunyi yg lebih jelas.Umum di dalam Processor terdapat 4 program iaitu Program di tempat bising,Program mendengar muzik dan 2 program biasa untuk berkomunikasi.Untuk menukar Program,pemakai harus menekan pada butang setting program pada processor.
Pemakai harus peka dan tahu bila masanya untuk menukar program mereka.Ini kerana sekiranya program yang digunakan tidak sesuai,pemakai berkemungkinan tidak dapat mendengar dengan jelas.Contohnya Pemakai memakai program untuk muzik di tempat bising,maka bunyi yang didengari tidak jelas dan kurang.
Pada bahagian ini juga terdapat lampu yang akan berkelip.Fungsi lampu ini ialah untuk memberitahu program apa yang digunakan pemakai.Contohnya kalau pemakai menukar Program 1,maka satu kerlipan.Kemudian sekiranya pemakai menukar Program 2,maka 2 kerlipan.Ini ialah fungsi asas.Pemakai tidak boleh terus melangkau program.Contohnya program 1 terus ke 4.Pemakai harus menukar program ke program2,3 kemudian 4.
Namun dengan menggunakan Remote yang dibekalkan,pemakai boleh terus melangkau program tanpa menekan butang pada Processor.Ini sangat memudahkan.Fungsi lain remote ini akan saya terangkan kem udian.
| | |
butang bulat berwarna krom yang pertama di atas(bawah Mic1) adalah butang ON/OFF manakala butang di bawah mic 2 adalah butang menukar program |
Mic 1 dan Mic 2 adalah 2 lubang untuk menangkap bunyi dan kemudian menghantar ke dalam processor untuk diproses.Mic ini dilindungi dengan sejenis lapisan pelindung seperti kain kasa yang dipanggil Microfon Protector.Microfon Protector melindungi lubang mic daripada dimasuki bendasing asing seperti habuk,batu serta air.Ini kerana bendasing asing ini mampu merosakkan processor.Microfon protestor ini harus ditukar setiap 2 ,3 bulan sekali bergantung kepada pemakai,Faktor persekitaran,berpeluh menyumbang kepada kekerapan untuk menukar Microfon protector ini.Ini kerana Microfon ini juga sekiranya tidak ditukar akan mengurangkan keberkesan bunyi yang diterima(kerana microfon protector kotor).Harga untuk menukar Microfon ini ialah rm80 untuk sekali tukar.
|
microfon protector |
Coil
Coil berfungsi menghantar bunyi yang telah diproses oleh processor terus ke dalam implan koklea di dalam telinga pemakai.Coil ini dilekatkan di kepala dengan menggunakan magnet.Ini kerana implan koklea yang ditanam di dalam kepala pemakai mengandungi besi,jadi dengan menggunakan magnet,maka coil ini akan stabil dan tidak berubah tempat.Ini satu kelebihan kerana ianya tidak meninggalkan kesan dan mudah dipakai dan dibuka.Coil biasanya tahan lama sehingga 2-3 tahun bergantung kepada pemakai.Harga bagi menukar Coil ini ialah di antara rm500-550 termasuk GST.
|
coil magnet untuk melekatkan Coil pada telinga |
Cable Coil
|
Coil cable dengan kepanjangan berbeza |
Coil Cable ini berfungsi menyambungkan Processor dengan Coil.Ini serupa seperti wayar.Terdapat kepanjangan berbeza untuk disesuaikan dengan pemakai.Namun biasanya pemakai mendapat hanya 2 sahaja Coil Cable ini dengan kepanjangan standard.Kelemahan Coil ini ialah ianya sangat mudah rosak,serta terbelit.Harga bagi membeli Coil Cable ini ialah rm280-300 termasuk GST.
Bateri
Terdapat 2 jenis bateri iaitu bateri recharge dan bateri pakai buang.Maing-masing ada kelemahan dan keburukannya.
|
bateri recharge |
Bateri ini boleh dicas berulang kali dan tahan sehingga 10jam penggunaannya.Ianya sangat menjimatkan kerana tidak perlu membeli yang baru.Selain itu kuasa(power) bagi bateri ini adalah besar yang mana membolehkan bunyi yang di dengari lebih kuat.Keburukannnya ialah ianya mengambil masa sehingga 8 jam untuk dicas penuh dan kos bagi menukar yang baharu sangat mahal iaitu rm980-1200 termasuk GST. Bateri ini tahan selama setahun malah mapu tahan 2 tahan le bih bergantung kerada pemakaiannya.Satu lagi kelemahan bateri ini ialah ialah ia sangat sensitif pada 3 point (jarum ) yang terdapat pada bateri.Jarum ini sangat rapuh dan mudah patah sekiranya tidak dikendalikan dengan cermat dan betul.Tiada pembaikan lagi yang boleh dibuat kecuali membeli yang baharu.
|
|
Ini adalah bateri pakai buang,namun tujuan saya meletak di sini ialah untuk memaparkan 3 jarum yang saya katakan itu.perhatikan pada bahagian berwarna gelap,pada dalam bulatan terdapat 3 jarum.Jarum inilah yang saya maksudkan sangat rapuh dan mudah patah.
Bateri kedua ialah bateri pakai buang.Gambarnya telah saya paparkan di atas.Namun jangan pula fikir setelah dipakai seluruh bahagian dibuang.Yang dimaksudkan dibuang itu hanya baterinya.Ianya menggunakan bateri seperti hearing aid ,2 biji sekali guna dan dimasukkan kedalam bateri seperti di dalam gambar.Keburukan bateri ini ialah ianya tidak tahan lama sekitar 3,4 jam dan kuasa bunyinya yang kurang.Selain itu kos bagi membeli ialah sekitar rm 80 satu set yang terdapat 12 bateri.
Kesemua bahagian ini sekiranya di beli baharu diberi jaminan warantti selama setahun.Jadi sekiranya rosak sebelum tempoh boleh ditukar yang baharu.
sekian,Sharing is Caring....