nuffnang

Khamis, 31 Mei 2012

BoneBridge pilihan koklea terbaru

Salam semua.Disini saya ingin kongsikan mengenai salah satu jenis Implan koklea yang terdapat di Pasaran.Implan koklea ini agak berlainan sedikit dari segi bentuk implan yang lain.Dikeluarkan oleh Syarikat bernama MED-EL yang mempunyai kepakaran dan pengalaman selama 30tahun di dalam pembinaan Implan Koklea.Syarikat ini mementingkan idea,inovatif di dalam rekaannya.

Buktinya Bonebridge,ciptaan terbaru syarikat ini.Rupanya memang amat berbeza dan membawa inovasi.Buktinya alat CI syarikat ini tiada sebarang wayar seperti CI yang saya pakai.ianya hanya perlu dilekatkan di belakang telinga sahaja.

Alat berbentuk bulat ialah CI manakala yang 1 lagi akan ditanam didalam kepala.
Dibawah ini saya serta laman web pengeluar ini.medel.com

Mendengar satu Proses yang memenatkan

Salam semua.Pada hari ini saya ingin bercerita mengenai belajar mendengar.Mendengar sememangnya satu Proses yang memenatkan.Baik saya mahupun bagi orang yang membantu saya di dalam terapi.Mendengar itu adalah satu proses yang amat sukar untuk saya takrifkan atau beri definisi.Bunyi-bunyian amat kompleks dan Pelbagai.Bunyi percakapan,orang sekeliling dan alam sekitar sering mengelirukan otak saya.Kadang-kadang terasa tepu dan Short Cut otak ini.

 Selain itu,saya masih lagi sukar untuk mengecam dan membezakan bunyi-bunyian.Paling ketara adalah bunyi percakapan.Sebagai contoh di dalam Speech,Juruterapi pertuturan menyebut Pisang,Sikat,Ikan.Bagi orang normal ianya amat senang untuk dibezakan,namun bagi saya bunyi ini seakan sama.Begitu juga dengan bunyi tuang,saya mendengar seakan-akan buang.Konfius-konfius.....

konfius,konfius,kena servis otak ni

Memetik kata-kata Juruterapi pertuturan saya di HSA,Belajar mendengar itu satu proses yang amat panjang dan memenatkan.Saya akui akan kebenaran kata-kata itu.Memang ianya satu proses yang amat panjang dan berterusan.saya akan berusaha lebih gigih untuk belajar menegal,mengecam bunyi-bunyian.

 Walaupun saya terasa penat kerana belajar mendengar,namun di sudut hati saya,saya terasa amat gembira kerana saya dapat berpeluang mendengar kembali bunyi-bunyian yang tidak pernah saya bayangkan.Bunyi besi berdenting,bunyi jam berdetak,bunyi air menitis,semuanya amat indah....Diri saya ibarat berada di dalam kepompong,saya menungu masa itu untuk terbang tinggi di langit yang indah...

menunggu masa untuk terbang tinggi di awan

Sekian.......

Mohammed.Najib.Ibrahim

Khamis, 24 Mei 2012

Latihan mendengar Pertama

Salam semua.Di sini saya akan kongsikan latihan-latihan yang saya lakukan.Baiklah untuk tidak membuang masa,saya akan jelaskan bagaimana saya menjalani latihan sendirian.

Pertama,saya akan menulis sesuatu,sekurangnya 10 patah perkataan di atas kertas.Kemudian saya merekodnya mengunakan Handphone,dan kemudian memuat turunnya ke dalam Komputer.Menggunakan Komputer,saya mengunakan Speaker Komputer untuk mengecam kembali bunyi yang saya rekodkan.Walaupun saya tidak dapat mengenal,namun dengan menulisnya pada kertas,saya dapat mengetahui apa yang saya sebutkan.

Jangan risau kerana tulisan yan kita tulis bertujuan untuk mengingatkan kita bunyi itu.Kita kadang-kadan akan terlupa bunyi itu,jadi dengan mencatitkannya maka kita akan dapat menelitinya jika terlupa.Saya mencadangkan kita bermula dengan Sebutan nama Panggilan KELUARGA.Kenapa keluarga?Ini kerana keluarga adalah orang yang sentiasa bersama kita.Maka mereka ini yang patut kita cam bunyi panggilan mereka.

nama-nama panggilan keluarga  adalah pelajaran pertama

Mulakan dengan AYAH,MAMA,ALONG,ANGAH,UDA,USU,serta nama Datuk anda jika masih ada.Saya mengulang rekod saya setiap hari.Akhirnya dalam masa beberapa hari saya dapat mengecam bunyi itu tanpa perlu melihat kertas saya,juga apabila keluarga saya memanggil nama yang telah saya camkan itu,saya mampu mendengarnya.Terus ke otak.

nama-nama kawan rapat kita adalah pelajaran kedua kita
Latihan saya yang seterusnya ialah merekod nama Kawan -kawan saya.Kawankawan adalah Orang kedua terbanyak meluangkan masa dengan kita.Kita mulakan dengan mereka yang selalu bersama kita,seperti kawan sekelas atau kawan sekerja.Jadi apabila kita mendengar salah satu nama itu di panggil,kita dapat mengecamnya.

Jadi selamat belajar mendengar semua...

Rabu, 23 Mei 2012

Implan koklea Community di Facebook

Salam semua.Saya telah terpanggil untuk mengembangkan lagi cara-cara,teknik penjagaan dan lain-lain berkaitan mengenai Implan koklea.Kerana itu,atas kesedaran ingin berkongsi,Saya telah membina laman Blog My Bionic Diary serta Facebook Implan Koklea Community.


Blog My Bionic Diary dibina bukan berdasarkan inginkan keuntungan atau Populariti.Lihatlah blog ini,tiada satu pun iklan yang diletakkan kerana tujuan utama saya ialah berkongsi.Mereka yang menerima Implan Koklea di Negara ini amat sedikit,tidak ramai.Pergilah kemana-mana tempat kecuali hospital anda,berapa kalikah anda bertembung dengan mereka yang menerima Implan koklea?



Sementara maklumat serta rujukan mengenai implan koklea,tips-tips dan lain-lain amat terhad.Manusia itu unik,lain orang lain masalahnya.Dengan harapan yang bahawa satu hari nanti laman blog ini akan menjadi rujukan kepada penerima Implan koklea yang lain serta facebooknya pula menjadi medium untuk penerima Implan Koklea bertukar-tukar pendapat.



Sekian,terimaa kasih....

Selasa, 22 Mei 2012

Harga yang perlu dibayar oleh Penerima Implan Koklea.

Salam semua.Saya sekali lagi terpanggil untuk berkongsi menenai kehidupan baru saya setelah menerima Implan koklea.Hukum hidup ini manusia selamanya tidak akan sempurna,Begitu juga dengan saya.Walaupun sekarang saya dapat mendengar jauh lebih baik daripada dulu,namun ada harga yang perlu dibayar.

Pinjan En.Google gambar ini

Harga yang saya perlu bayar semata-mata untuk mendengar dengan baik dan sempurna ialah Keselesaan Hidup saya.Saya tidak dapat melakukan aktiviti sukan yang disukai saya seperti bermain Futsal bersama rakan-rakan,tidak dapat membawa motor lagi kerana saya mengambil jalan selamat untuk melindungi Implan koklea saya serta keselesaan semasa tidur.

Iya,memang benar saya terpaksa berhadapan ketidakselesaan semasa tidur.Saya tidak boleh berbaring dengan sisi kepala yang menjalani Pembedahan itu menghadap bantal kerana suntuk beberapa ketika,kulit serta urat kepala saya akan berasa tegang.Ianya jika saya biarkan akan menyebabkan saya mengalami pening kepala.

Jadi untuk mengelakkan masalah ini,sejak dari dulu selepas pembedahan,saya terpaksa tidur dengan mengiring pada kepala kiri yang tidak menjalani Pembedahan implan serta menghadap ke atas sahaja.Untuk beberapa ketika,ianya amat tidak menyenangkan,namun setelah beberapa lama,saya akhirnya sudah biasa.

Bagaimana denan penerima Implan koklea yan lain,apakah harga yang anda bayar setelah menerima Implan koklea?

Jenis koklea yang paling sesuai untuk anda

Salam semua.Kini sudah 2 bulan berlalu sejak kali terakhir saya menjalani pembedahan penanaman Implan koklea.Setelah Sessi "Switch On",dan kemudian mendenar melalui alat pendengaran Implan Koklea,Saya ingin berkongsi apa yan saya rasa mengenai satu perbezaan pada implan koklea ini.

Pada saya,Perbezaan terbesar pada implan koklea ini ialah Pada Bunyi atau Volume dia.Seperti yang kita ketahui,implan koklea tidak menguatkan bunyi seperti Alat bantu Pendengaran,sebaliknya menguatkan saraf untuk menerima Isyarat Elektrik(bunyi).

Saya telah membuat kajian dari pengalaman saya sehari-hari.Saya hanya menjalani penanaman Implan koklea pada telinga kanan sahaja sementara telinga kiri saya hanya mengunakan Alat Bantu Pendengaran.Jadi saya dapat mengesan apa perbezaan yang ketara pada Implan koklea ini.

Sebagai contoh sekiranya orang memanggil saya dari jauh,Saya dapat mendengarnya tetapi bukan pada implan koklea sebaliknya Alat bantu pendengaran dari telinga kiri saya yang mengesan bunyi itu.Manakala sekiranya ada besi terjatuh,dentingannya saya dengari namun dikesan pada Implan koklea,tidak pada alat bantu pendengaran.

Bagi percakapan sehari-hari pula,bagi saya Volume suara orang yang bercakap pada telinga kiri yang menggunakan Alat Bantu Pendengaran adalah KUAT sementara Implan koklea pula Volumenya rendah.Ini membuatkan aktiviti bercakap menggunakan Implan koklea mungkin mengalami kesukaran sekiranya saya tidak menggunakan Alat bantu Pendengaran pada telinga kiri.

Jadi pada pendapat saya,Coclear Hybrid yang dikeluarkan oleh Coclear.com.my adalah alat Terbaru yang paling sesuai untuk penerima Implan Koklea.Ini kerana ianya mengabungkan kedua-duanya iaitu kekuatan bunyi seperti Alat Bantu Pendengaran dan Fungsi Implan koklea.Saya mengunakan koklea biasa sahaja.Apapun terpulang kepada mereka sama ada ingin menerima pendapat saya ini.


Dibawah saya selitkan sedikit penerangan mengenai Koklear ini.


Hearing is the only human sense that has been successfully restored to date by the invention of the cochlear implant, which is an incredible technological feat in the field of biomedical engineering.  The Cochlear™ Hybrid™ System builds on this innovation, seamlessly integrating electrical stimulation (ie a cochlear implant) with acoustic hearing (ie a hearing aid).

The Cochlear™ Hybrid™ System is for individuals with severe to profound high frequency hearing loss, who have useful low frequency hearing.  By effectively restoring their hearing loss, Hybrid enables individuals to regain their ability to communicate easily and enhances their appreciation of environmental sounds


Sekian,terima kasih...

Ahad, 13 Mei 2012

Tips Penyimpanan dari saya

Salam semua.Seperti mana yang kita ketahui bahawa Alat Pendengaran kita itu harus disimpan di dalam bekas yang dibekalkan oleh Pengeluar.Namun kadang-kadang kita pasti rasa risau juga kita kerana kita menyimpannya di dalam bekas elektrik.Alat penyimpanan Elektrik itu di dalamnya,kalau kita perasan ianya panas.Mungkin untuk menyerap lebih kelembapan di dalam Alat Pendengaran kita.Kadang-kadang bimbang juga di hati ini kalau alat Pendengaran kita itu rosak jika kerap mengunakan Alat penyimpanan itu.

Di sini saya kongsikan satu tips penyimpanan dari saya.Saya mengunakan Silica gel,namun bukan yang dibekalkan oleh Pengeluar.Namun ianya sama sahaja fungsinya.Silica gel itu dibungkus di dalam plastik,dan kita biasanya dapat melihatnya di dalam kotak kasut.

Silica Gel alternatif yang saya gunakan
Tapi itu tidak bermakna saya membelinya dari kedai kasut.Saya membelinya dari penjual Alat bantu Pendengaran.Ianya tidak mahal.Anda boleh mendapatkannya dengan mudah di mana-mana kedai yang menjual alat bantu Pendengaran.

Dalam satu bungkusan ada 7,8 pack

Beginilah saya mengunakannya


Sekian,di harap tips saya ini dapat dikongsi bersama.

Sabtu, 12 Mei 2012

Video Pembedahan Implan Koklea






                                                                              

Implant Cochlear Surgery De Documentary (SHOWREEL)-Lee Sheng Wang

Salam semua.Baru-baru ini saya melayari laman youtube kerana saya ingin melihat Bagaimanakah Para Doktor melakukan Pembedahan Implan koklea pada telinga saya.Saya terjumpa Video ini yang dirakamkan serta di Edit oleh Lee Sheng Wan.Terima Kasih yang sangat tidak terhingga kepadanya kerana Mengupload video ini.


Gambar mengenai penanaman Implan Koklea-Google
 

Jadi bagi Mereka yang bakal menjalani Pembedahan Implan Koklea ini terutamanya bagi Ibu Bapa yang ingin mengetahui mengenainya,bolehlah melihat video ini.Sekian terima Kasih

Jumaat, 11 Mei 2012

Peranan Ibu Bapa dalam perkembangan kanak-kanak OKU

Salam semua.Di sini saya ingin kongsikan satu cerita mengenai diri saya memberi Ucapan semasa membuat Pengucapan Awam di Kursus Induksi Jabatan Kesihatan Negeri Johor .Untuk makluman,setiap peserta dikehendaki memberi ucapan dengan tajuk bebas selama 5 minit.

Pada mulanya saya tidak diwajibkan kerana para fasililator bimbang saya tidak dapat memberi ucapan kerana hanya saya seorang oku sedangkan semuanya peserta Normal.Namun saya bertegas kerana saya ingin menunjukkan bahawa Golongan Oku juga boleh bersaing dengan Orang Normal.

Alhamdullilah,saya berjaya menyampaikan ucapan dengan baik,jelas dan dapat menyentuh hati kesemua peserta di sana.Di sini saya tulis semula apa yang saya cakapkan supaya menjadi iktibar dan panduan kepada Ibu Bapa Oku pekak.

Terima kasih kepada barisan urus setia majlis.Fasililatorcyang dihormati ,Penghuluwati sertac Rakan-rakan sekalian.Terima Kasih saya ucapkan kerana memberi saya peluang untuk berucap pada hari ini.Tujuan saya berdiri adalah untuk membicarakan Punca utama kegagalan OKU pekak di dalam hidup.

Punca utamanya ialah IBU BAPA.Mengapakah saya berkata begitu?Terdapat ramai ibu bapa yang kurang mengambil tahu mengenai kecacatan anak mereka dan cara memperbaikinya.Bagi mereka,tangungjawab mereka ialah menghantar berjumpa doktor,dan membiarkan doktor menguruskannya.Sekiranya tiada harapan sembuh,mereka ini dibiarkan begitu sahaja.Tanggapan ini salah kerana ada banyak tanggungjawab ibu bapa yang perlu dilakukan.Salah satu yang paling utama ialah melatih serta mengajar anak Pekak bercakap.

Saya memiliki ramai kawan Pekak,namun hampir kesemuanya tidak boleh bercakap.Adakah orang pekak juga bisu?Jawapannya salah.Orang Pekak juga boleh bercakap,malah boleh menyanyi.Namun malangnya,kerana ketidak prihatinan Ibu bapa mereka yang tidak mengajar serta melatih mereka bercakap,mereka menjadi BISU.Ini kerana Otot lidah serta peti suara mereka menjadi keras dan kaku.Jadi bagaimanakah mereka ini hendak bercakap sekiranya tidak pernah diajar?

Wlaupun mereka ini tidak boleh mendenar,namun mereka masih boleh diajar.Ibarat seekor burung yang memiliki keupayaan terbang,sekiranya tidak di ajar oleh ibu bapa burung itu,bagaimanakah anak burung itu hendak terbang walaupun dirinya memiliki keupayaan itu?

Ibu bapa juga tidak memandang TINGGI akan keupayaan anak mereka.Mereka berpuas hati akan apa yang mampu dicapai oleh anak mereka,dan tidak menggalakkan mereka melangkah lebih tinggi lagi.Contohnya di dalam Bidang Pelajaran.jika anak mendapat tempat ke10 dari 20 orang,mereka berpuas hati.Kalau anak mendapat tempat ke 10 dari 10 orang pun alhamdulillah mereka tetap berpuas hati.

Ini salah kerana sikap bersaing mereka tidak diasah.Mereka tidak mendapat dorongan serta semangat untuk melangkah lebih jauh lagi serta mencabar keupayaan diri.Akhirnya mereka ini tidak dapat bersaing di dalam dunia manusia Biasa apabila mereka besar kelak.

Bak kata pepatah,hidup ini umpama kain putih.Kita sendiri yang mencorakkannya.Kegagalan dan Kejayaan turut menjadi warnanya.Besar kejayaan,cantik coraknya,besar kegagalan.buruklah Coraknya.Namun ibu bapalah yang menyediakan Asas serta Acuan kepada corak Lukisan itu.Sekian.....

Didikan ibu bapa sentiasa diperlukan walaupun anak itu pekak

Mendengar dari Perspektif Penerima Implan

Salam semua.Di sini saya ingin menulis mengenai Mendengar dari Perspektif Penerima Implan.Ramai yang tertanya-tanya bagaimanakah bunyi yang kami dengari,adakah ianya sama atau berbeza dengan orang biasa?Juga adakah bunyinya seperti Robot?Jadi atas sebab itulah,saya menulis kali ini untuk menjelaskan bagaimanakah bunyi yang saya dengari.

Namun,setiap individu itu berbeza.Perbezaannya ialah Usia dan tempoh masa tidak mendengar.Inilah pendapat saya mengenai Bunyi yang di dengari melalui implan koklea.Harus di ingat yang saya sebelum menjalani Pembedahan Implan Koklea,saya Kurang pendengaran.Walaupun saya masih boleh mendengar bunyi,namun ianya pada bunyi yang kuat,juga dibantu oleh Alat bantu Pendengaran.Kedua tempoh masa saya tidak mendengar dengan sempurna ialah 9 atau 10 tahun.

alat bantu Pendengaran saya

Baiklah,untuk tidak berlengah-lengah lagi saya terangkan bagaimanakah bunyi yang saya dengari melalui Implan Koklea.Jawapannya,Bunyi yang didengari TIADA BEZA DENGAN BUNYI dari alat bantu pendengaran.Apakah maksud saya?Biarlah saya terangkan dahulu mengenai alat bantu Pendengaran.Alat bantu Pendengaran berfungsi Menguatkan bunyi yang di dengari.Oleh kerana sejak kecil saya mengunakan Alat ini,Otak saya sudah diformat dan seperti sudah terbiasa dengan Bunyi yang terhasil dari Alat Bantu Pendengaran.

Implan koklea_gambar Google


Implan Koklea pula tidak menguatkan bunyi,namun menguatkan Saraf untuk menerima Impuls elektrik.Walaupun Implan koklea ini tidak menguatkan bunyi,namun kerana otak saya sudah terbiasa dengan bunyi dari Alat bantu Pendengaran,maka bunyi yang saya dengari juga,walaupun dengan Implan koklea,adalah sama.Sebagai Contoh bunyi kereta,air atau burung.Adakah bunyi yang di dengari berbeza menggunakan Alat bantu Pendengaran dan Implan Koklea.Tiada beza.

Jadi bagaimana pula bunyi dari Alat Bantu Pendengaran.Pernahkah anda mendengar orang berucap menggunakan microphone?Macam itulah bunyi yang saya dengari kerana Alat bantu Pendengaran ini seperti Microphone-menguatkan bunyi.

Walaupun tiada beza bunyi,namun implan koklea ini membolehkan saya mendengar bunyi yang tidak dapat dicapai oleh Alat bantu Pendengaran.Seperti Bunyi siul,Duit Syiling jatuh,serta bermacam-macam lagi bunyi yang tidak dapat saya bayangkan.Ianya INDAH.Bagi orang biasa,ianya mungkin jelik,sudah biasa dan jemu mendengar bunyi itu.Namun saya tidak berasa jemu kerana inilah bunyi yang dahulunya saya sangat berharap dapat dengarinya.

Jadi,saya berharap ada yang mendapat manfaat dari penulisan saya ini.Namun ini hanyalah pendapat peribadi saya.Seperti di awal penulisan ini,saya sudah tekankan bahawa perbezaan bunyi yang di dengari ialah ialah Umur serta tempoh masa tidak dapat mendengar dengan sempurna.


Khamis, 10 Mei 2012

Sign Language

Salam semua.Pada penulisan yang lepas,saya menulis mengenai kepentingan Lips Read atau Membaca gerakan bibir.Disini pula saya ingin menulis mengenai Sign Language atau Bahasa Isyarat.

gambar goole
 Sign Language atau bahasa Isyarat ialah Bahasa rasmi Orang Pekak.Namun bahasa Isyarat ini bukan sahaja untuk Orang Pekak,namun untuk orang bisu juga.Berterus terang,Bahasa isyarat ini adalah sesuatu yang asing pada saya.Ini kerana saya bersekolah Di sekolah Normal,bukan sekolah Khas.

Hanya pada 2001,saya telah terpilih memasuki Politeknik Johor Bahru (sekarang dikenali sebagai Politeknik Ibrahim Sultan) dalam jurusan Pengurusan Hotel dan Katering(Khas untuk Orang Pekak).Pada masa itu,dunia saya amat berbeza.Berada di samping rakan-rakan senasib,namun hanya saya yang tidak mengetahui Bahasa Isyarat.Namun sekali lagi Kebolehan membaca gerakan Bibir membantu saya.Ini kerana Orang Pekak,sebilangan dari mereka walaupun tidak tahu bertutur,namun bibir mereka seperti bercakap macam Orang Normal,walaupun tiada suara.

Pada semester pertama,amat sukar untuk saya berada bersama mereka.Namun sokongan Pensyarah Cik Halimatus Saadiah,Cik Fadhilah serta rakan-rakan senasib membuatkan saya bertekad untuk menguasai Bahasa Isyarat.Hanya pada semester Ke 3 barulah saya mula dapat menguasai bahasa Isyarat dan memahami apa yang mereka katakan.Namun ianya TERHAD kepada rakan-rakan sama Kelas atau semester sahaja.Mungkin kerana saya sudah serasi dan dapat memahami fikiran mereka.

Setelah meninggalkan Politeknik dan bekerja,Kemahiran Bahasa Isyarat saya semakin BERKARAT dan tidak diasah.Ini kerana saya bekerja dengan Orang Normal,serta saya tidak berjumpa dengan mereka yang senasib dengan saya di tempat kerja saya.

Berbalik kepada Tajuk diatas,Sign Language,pentingkah Bahasa Isyarat ini pada penerima Implan Koklea.Saya tidak dapat memberikan jawapan.Namun bagi keadaan saya,serta pendapat saya,Kita wajib belajar Bahasa Isyarat ini.Ini kerana walaupun kita boleh dianggap "setapak dihadapan" orang pekak,namun apabila SUIS on/off alat pendengaran kita dimatikan,Kita akan menjadi Orang Pekak kembali.

Setidak-tidaknya,dengan mempelajari Bahasa Isyarat,Kita akan memiliki ramai kawan dari Golongan mereka.Kita dengan Mereka tiada bezanya.Jika diberi peluang,mereka juga ingin mendengar.Malah kita jua dapat menguasai kemahiran Berkomunikasi yang baru juga bukan?

Cuma apa yang saya risaukan,Terdapat sebilangan Orang Pekak yang menentang serta tidak Menyukai Implan Koklea ini.Mereka ini,sukar untuk saya katakan sikap mereka kerana ada banyak sebab yang membuatkan mereka menentang Implan koklea ini.Namun dengan peredaran masa,mereka ini akan semakin terbuka.

Sekian...

Sejarah bahasa isyarat telah pun bermula sejak kurun ke-16 lagi di barat. Pada tahun 1755, Abbe’ de L’Epee telah menubuhkan sekolah untuk kanak – kanak pekak yang pertama di paris. Kemudian Laurent Clerc yang merupakan pelajar di sekolah kanak – kanak pekak tersebut telah berhijrah ke Amerika Syarikat dan menubuhkan ’American School for the deaf ’ yang sseterusnya berkembang menjadi ’Gallaudet University ’.
 

BIM(Bahasa Isyarat Malaysia) ialah bahasa yang tulen bagi Orang Pekak Malaysia. BIM juga merupakan bahasa ibunda dan bahasa istimewa bagi Orang Pekak Malaysia. BIM digunakan dan diterima oleh Orang Pekak Malaysia secara meluas. Dengan menggunakan BIM, Orang Pekak mampu berbincang pelbagai isu-isu yang timbul, bergurau-senda, memudahkan komunikasi antara dua Orang Pekak serta memberi kesan pemahaman yang baik kepada antara satu yang lain. Selain itu, BIM ini juga mempunyai peraturan untuk digunakan dan tatabahasa tersendiri. BIM ini diwujudkan secara tidak langsung dan bukan dicipta oleh seorang sahaja.
 




















































































































 

 

Kepentingan Lips read pada penerima Implan

Salam semua.Walaupun pakar audio serta terapi  mengalakkan anda mengajar serta melatih anak anda untuk belajar mendengar tanpa melihat bibir,serta melupakan kepentingan lips read.Namun pada pendapat saya,bagi seorang dewasa yang pada masa kecilnya mendengar dengan alat bantu pendengaran,di kelilingi rakan sekolah normal,dan terpaksa belajar berdikari sendiri,saya telah mengasah kemahiran membaca gerakan bibir atau Lips Reads.




Lips Read atau membaca Gerakan bibir adalah keistimewaan Orang Pekak,Kenapa saya berkata begitu?Pernahkan anda melihat orang Buta?Bagaimanakah mereka membaca?jawapannya dengan deria sentuhan pada jari.Sebab itulah jika kita ingin berurut,kita digalakkan mencari orang buta kerana jari jemari mereka amat sensitif.Begitu juga dengan orang Pekak.

Kebolehan Orang Pekak adalah membaca gerakan Mulut.Ini kerana orang pekak ada satu keistimewaan iaitu MEMBACA FIKIRAN.Mustahil?Tidak,ianya tidak mustahil.Ianya hanya mustahil sekiranya kita sendiri yang memikirkannya Mustahil.Namun kebolehan ini bukanlah bermakna kita akan jadi seperti Superhero yang ada kuasa Istimewa.Kebolehan ini terhad,seperti dimasa-masa tertentu,namun boleh dikembangkan.Amat sukar untuk saya bercakap mengenai kebolehan ini kerana ianya hadir dengan sendiri pada setiap orang Pekak,cuma terpulang pada diri untuk mengembangkannya.



Salah satu caranya ialah dengan melihat wajah.Dengan melihat wajah,kita boleh melihat ekspressi wajah.Katakan kita melihat wajah Marah pada orang itu,maka kita akan mengelak daripadanya.Begitu juga jika kita melihat wajah sedih,gembira.Dalam hal ini,Perasaan turut memainkan peranan dalam kebolehan membaca Fikiran.

Ini cuma salah satu cara sahaja,ada banyak lagi cara untuk membantu orang pekak membava fikiran.Apabila ianya berjaya menguasai kebolehan ini,maka membaca gerakan mulut akan menjadi semakin mudah.Namun lain orang,lain bibirnya,lain bibirnya,lain gerakan mulutnya.Saya pun sekarang ini cuma dapat membaca gerakan mulut sesetengah orang sahaja.Namun ianya suduh cukup banyak membantu,apatah lagi mendengar menggunakan alat bantu Pendengaran,bukan Implan adalah sesuatu yang amat berbeza.

Jadi,jangan diketepikan kebolehan ini.Ini kerana Orang pekak yang mendengar melalui Implan,apabila alat pendengaran mereka Rosak,Dunia mereka menjadi sunyi.Mereka sukar untuk berkomunikasi.Melalui gerakan membaca mulut,apabila berlakunya keadaan ini,maka senang untuknya nanti.

Di masa hadapan,saya akan berkongsi cara membaca gerakan mulut.Namun membaca dengan menulis pada Blog ini adalah sesuatu yang berbeza.......

Sekian


P/S -Mungkin kerana itulah Pakar terapi pertuturan saya,apabila sessi pembelajaran,dia akan membelakangi saya kerana sekiranya dia berdiri depan saya,walaupun mulutnya ditutup,namun wajahnya,saya masih boleh membaca fikirannya hehehe...

Rabu, 9 Mei 2012

Bateri terbaik untuk Alat Pendengaran

Salam semua.Di sini sekali lagi saya kongsikan tips mengenai Bateri Alat Pendengaran kita.Umumnya mengetahui terdapat 2 jenis bateri yang dibekalkan kepada kita iaitu Yang boleh dicas dan yang dipakai buang.Namun bateri yang manakah yang terbaik untuk Alat Pendengaran kita?


Bateri pakai buang dan bateri cas

Kedua-duanya ada kelebihan yang tersendiri.Contohnya bateri Pakai Buang ianya memudahkan kita terutamanya di masa sesak.Sekiranya bateri kita kehabisan dan kita tiada masa untuk mengecasnya,maka bateri pakai buang menyenangkan kita.Dari segi tempoh penggunaan,bateri pakai buang mampu digunakan selama 3 hari sebelum kehabisan tenaga.

Bateri cas pula dari segi tempoh penggunaan tenaga memakan masa selama 2 hari sahaja sebelum terpaksa di cas semula.Namun kelebihannya ialah dari segi penjimatan kos kerana boleh digunakan berulang kali.Okey berbalik kepada Tajuk bateri manakah yang paling terbaik untuk Alat Pendengaran kita.Jawapannya berbeza.Namun bagi alat pendengaran saya,yang menggunakan  Cochlea Nucleus 5,Bateri Cas adalah yang terbaik.Ini kerana bateri cas tertutup sepenuhnya.Maksudnya kerana ia tertutup sepenuhnya,kelembapan tidak dapat memasukinya.

Kelembapan itu seperti Peluh,air hujan atau perubahan suhu persekitan seperti sejuk atau panas.Keadaan ini banyak mempengaruhi keadaan alat Pendengaran kita.Tambahan pula persekitaran kerja saya yang panas serta membuatkan saya berpeluh dengan kerap,menjadikan risiko karat terjadi amat tinggi.

 Berbanding bateri pakai buang yang boleh dibuka dalamnya serta terdedah kepada kelembapan,Karat menjadi musuh kepada Bateri ini.Berdasarkan pengalaman saya sebelum Pembedahan Implan Koklea,saya menggunakan Alat Bantu Pendengaran yang menggunakan bateri pakai buang,selepas 2 tahun menggunakan alat Bantu Pendengaran,bahagian dalaman bateri akan berkarat.

Malah daripada info yang dikeluarkan pengeluar Alat Pendengaran ini,Cochlear.com menyatakan bahawa bateri cas adalah yang terbaik untuk Alat pendengaran Implan ini.

No siri Alat Pendengaran Anda

Salam semua disini saya ingin kongsikan tentang no siri Alat Pendengaran ini.No siri ini menunjukkan anda adalah Pemilik Implan Koklea itu serta diperlukan sekiranya terdapat masalah mengenai alat Pendengaran anda.



Bulatan menunjukkan no siri alat anda(gambar google)






Jadi sekiranya anda ada masalah,anda boleh menggemukakanya kepada Laman Web Pengeluar Implan anda iaitu cochlear.com.Mungkin mereka akan meminta No siri alat anda untuk kepastian.Sekian,terima kasih

Selasa, 8 Mei 2012

Bentuk Implan Koklea yang pertama

Salam semua.Disini saya ingin kongsikan Gambar mengenai Implan Koklea yang pertama.Gambar ini di ambil dari Laman web Cochlear.com,yang mana adalah pengeluar Implan Koklea yang saya gunakan sekarang.




Pinjam Gambar Dari Laman Web Coclear.com




Lihat ,sungguh besar bukan Implan terawal ini berbanding dengan masa kini.Bagaikan Langit dengan Bumi.Cuba bayangkan dengan Implan Koklea sebesar itu,bagaimanalah kita hendak bergerak,dan bekerja.Alhamdulillah,dengan teknologi semasa dan Kepintaran Pencipta dari Cochlear.com,kita dapat menggunakan Implan Koklea yang jauh lebih kecil dan selesa.

Congrats Team Coclear.com


Thank You........

Jaminan Terhad Implan Koklea serta Peralatannya

Jaminan Terhad Implan Koklea Nukleus 5




 Jaminan terhad Implan Koklea berserta peralatannya(semasa mula-mula dibedah dan diaktifkan)

bentuk alat pendengaran Implan

Nukleus Implan Koklea(Bahagian Dalam Telinga) diberi jaminan selama 10 tahun

implan dalaman ini yang diberi jaminan 10 tahun ditanam di dalam telinga




Jaminan Terhad untuk peralatan Cochlear Nucleus CP800 Series and CR100 Series


Cochlear Nucleus CP800 Series & CR100 Series
 Warranty Periods
 Processing Unit  3 Years
 Coil, Coil Cable and/or Coil Magnet

 1 Year
 LiteWear Cable
 Rechargeable Battery Modules
 Battery Chargers and/or Adaptors
 Battery Holders and/or Battery Covers (Zinc Air)
 Remote Assistant
 Accessory Cables and/or Adaptors
 All other Accessories  90 Days

Di harap bagi mereka yang baru sahaja menjalani pembedahan,bolehlah menyemak sekiranya berlaku apa-apa pada Implan koklea mereka serta peralatan mereka.Sekiranya ianya berlaku semasa di dalam tempoh jaminan,anda boleh memohon atau menukarnya dgn yang baru atau di baiki secara percuma.








Silica Gel untuk Penyimpanan Alat Pendengaran

Salam semua.Tahukah anda bahawa Alat Pendengaran kita itu perlu dijaga dengan Rapi dan Sempurna.Salah satu alat untuk menjaganya ialah Silica Gel.Silica Gel ini bertujuan menyerap segala kelembapan yang terdapat didalam Alat Pendengaran Kita.Ini kerana Alat Pendengaran kita itu amat sensitif terhadap suhu dan kelembapan.

Disini saya kongsikan Silica Gel yang dimiliki oleh saya.


Silica Gel 1kg rm38


macam inilah rupanya Silica Gel itu



Silica Gel itu dimasukkan kedalam bekas kuning,jadi apabila disimpan malam hari,ianya akan menyerap kelembapan pada alat Pendengaran


Silica Gel ini hanya mampu digunakan selama 2 minggu apabila dipindahkan dari bekasnya ke dalam Bekas Kuning itu.Secara puratanya,1KG bekas ini mampu bertahan selama 6-8bulan.Saya membelinya dari ejen Implan Koklea saya.Disini saya sertakan alamatnya.

Labchem Sdn Bhd
22,Jalan SS 20/10,
47400 Petaling Jaya

Jumaat, 4 Mei 2012

Diari Pemakai Implan Koklea

Salam semua.Disini saya sertakan Buku Diari yang diberi kepada saya untuk merekod apa-apa sahaja mengenai Implan saya,seperti pemetaan,masalah,catatan,latihan dan sebagainya.Di harap kita boleh berkongsi Idea mengenainya di masa hadapan kelak.

Muka depan Diari
   
Catatan mengenai apa yg saya buat untuk belajar mendengar
Sekian,terima kasih

Buku Rekomen dari Saya

Salam semua.Disini saya ingin merekomenkan anda supaya membaca serta memiliki buku ini.Di dalamnya terkandung pelbagai maklumat mengenai cara-cara mendidik Insan Istimewa.Keluaran PTS,buku ini hanya berharga RM17.00 sahaja.Saya tidak menjualnya,namun anda boleh mendapatkannya di Kedai-Kedai Buku atau memesannya secara Online di laman Web Pts.


Harga: RM 17.00 / RM 20.00
ISBN-13:
ISBN-10: 983-3376-41-X
Tarikh Terbit: 30 Sep 2005
Jumlah Muka Surat : 158
Kategori: Keluarga, Keibubapaan, Pendidikan, Pendidikan Khas, Pendidikan Umum
Penerbit: PTS Professional Publishing Sdn Bhd





Latihan Mendengar Untuk Penerima Implan Koklea 2

Salam semua.Pada penulisan yang lepas saya telah menunjukkan cara saya belajar mendengar.Disini saya kongsikan satu lagi cara saya mendengar.Diharap anda dapat manfaat daripadanya.

Salah satu hobi saya ialah mendengar Muzik.Bagi saya Muzik adalah Indah.Mendengar Muzik mampu melekakan saya selama berjam-jam.Segala tension dan masalah bagaikan terbang untuk seketika.Namun mendengar Muzik dengan Implan Koklea dan Alat Bantu Pendengaran kedua-duanya amat berbeza dan berlainan bunyi yang didengari.Sebagai Contoh Implan Koklea apabila kita mendengar Muzik melaluinya,Bunyian yang dihasilkan seperti Mesin dan Robot.Manakala Alat Bantu Pendengaran,bunyianya hampir seperti Normal.

Walaupun Alat Bantu Pendengaran,apabila mendengar Muzik,Bunyian yang terhasil seperti Normal,namun ianya ada kekurangan.Kekurangannya ialah Kekuatan Bunyi.Alat bantu pendengaran tidak boleh mendengar Bunyi yang perlahan.Jadi kita perlu menguatkan Kekuatan Bunyi pada Muzik yang ingin didengari.Ini boleh merosakkan Pendengaran kita.Malah apabila kita sudah Biasa mendengar dengan Kekuatan Bunyi yang Tinggi ini,bunyi yang perlahan kita tidak akan dapat mendengarnya.

Mengecam bunyi yang terdapat pada Muzik amat melekakan.Ianya mempu merangsang otak kita terhadap pelbagai bunyian

Ini kerana Otak kita sudah biasa mendengar,Mengecam bunyi berkekuatan yang tinggi.Bunyi yang perlahan,Otak kita akan mengabaikannya.Jadi kita juga yang akan rugi kerana tidak kesemuanya bunyi di dunia ini tinggi kekuatan bunyinya.

Berbalik kepada Latihan mendengar,saya mendengar Muzik dengan Satu tahap kekuatan Bunyi.Sebagai contoh untuk pertama kali saya mendengar bunyi pada kekuatan yang tinggi,kemudian pada hari seterusnya saya akan mengurangkan kekuatan bunyi itu.Semakin hari,semakin kurang kekuatan Bunyi yang dengari.Ini bagi MELATIH OTAK saya untuk cuba mengecam bunyi yang amat perlahan.

Cubalah mengecam bunyi Gitar,Drum,piano atau alat muik yang lain.Kemudian cuba kita mengecam apa yang dinyanyikan oleh mereka.Walaupun anda cuma dapat mengecam 4,5 patah perkataan,ianya sudah cukup baik.Ini kerana anda tidak pernah mendengar bukan?




 Sekian,terima Kasih.

Khamis, 3 Mei 2012

Latihan mendengar untuk Penerima Implan Koklea

Salam semua.Sepertimana yang kita ketahui,sebaik saja penerima Implan koklea telah mula mendengar,mereka amat digalakkan untuk belajar mendengar.Namun bayi,kanak-kanak serta orang dewasa yang menerima Implan koklea ini cara mereka berlatih tentulah berbeza.



Disini saya ingin berkongsi cara saya belajar untuk mendengar.Walaupun tidak banyak yang dapat saya fahami,namun sebagai permulaan,ianya boleh dianggap memuaskan.Cara saya yang utama ialah MEREKOD suara saya sedang membaca sesuatu seperti akhbar,cukuplah beberapa baris ayat.Saya merekodkan suara saya mengunakan Handset saya sendiri.Namun ada caranya untuk merekod.Seperti mana yang kita ketahui juga,Implan koklea amat sensitif kepada bunyi bising yang lain.Memandangkan kita masih baru,belum biasa,saya merekod suara saya di dalam bilik,tanpa sebarang bunyi luaran.

Ini bermakna,kipas,televisyen atau apa-apa sahaja peralatan elektrik yang mengeluarkan bunyi akan saya OFF.Apabila bercakap semasa merekod,suara mestilah JELAS,KUAT serta tidak BERANGIN.Tahukah anda apa maksud Berangin itu.Suara juga mengeluarkan Bunyi angin seperti kita bernafas,jadi seboleh mungkin saya akan mengelakkan atau menahan nafas untuk seketika.Itulah sebabnya saya hanya membaca beberapa baris ayat atau rangkap.Jika saya membaca kesemuanya,masuk ICU sayalah nanti.

Mengunakan Handset sendiri untuk belajar mendengar

Kemudian,kita mendengar kembali Rekod suara kita.Sediakan kertas dan Pen,tuliskan perkataan yang anda dengar.Ulang rekod ini beberapa kali.Semakin banyak anda mengulang,semakin anda memahami bunyi perkataan itu.Jangan mengunakan Speaker Telifon kerana bunyinya seperti ROBOT,sukar difahami.Gunakan EARPHONE yang digunakan untuk mendengar Lagu.

Inilah salah satu cara belajar mendengar.Dimasa hadapan,saya akan menulis lagi beberapa cara saya berlatih mendengar.Semoga kita dapat bertukar-tukar idea dan pengalaman.Sekian...

Selasa, 1 Mei 2012

Mengatasi Perasaan Malu pada Diri

Disini saya ingin coretkan Mengenai MALU.Mengapakah saya menulis menenai perasaan Malu?Apa itu Malu?Mengikut kamus Dewan, Malu pada Tesaurus bermaksud Segan atau Aib.

Semua manusia memiliki perasaan Malu . Malu ada 2 jenis.Satu Malu pada Kebaikan,dan satu lagi Malu kepada Keburukan.Sebagai Penerima Implan Koklea,Saya memang tidak dapat menafikan yang kita akan sentiasa dipandang,dilihat,dinilai dan diperkatakan oleh Semua Orang,sama ada yang kenal kita atau tidak.Sebagai contoh kita berasa Malu kerana orang memandang kita apabila kita memakai implan koklea,maka kita kadang-kadang apabila ingin keluarkita  lebih suka menyimpan implan itu di dalam bekasnya.

Perasaan Malu ini tidak salah,namun sebagai Insan Istimewa,kita harus Membuang perasaan Malu itu.Ini kerana Bukan Mudah untuk kita mendapatkan Implan koklea itu.Ratusan malah Ribuan yang memohon,namun amat sedikit yang diberi Peluang untuk mendapatnya.

Mengapa perlu malu pada diri sendiri(Gambar Google)

Ingatlah Tujuan asal kita mendapatkan Implan Koklea itu.Tujuannya supaya kita dapat MENDENGAR seperti manusia Biasa.Jika Alat itu disimpan di dalam bekas,macam mana kita hendak mendengar?Adakah kita lebih rela berasa tidak Malu atau segan pada pandangan manusia biasa sekiranya tidak memakai alat itu?

Saya ingin tanya mereka ini satu Soalan?Pernahkan anda melihat Orang Buta?Pernahkan anda melihat orang Cacat yang Lain?Apakah pandangan serta fikiran anda mengenai mereka ini?Tentu anda tertanya-tanya bagaimana mereka menjalani Hidup serta berasa Kasihan(Itu sudah Pasti) . Namun adakah anda akan memandang Serong atau Menghina mereka.Tidak Bukan?

Jadi begitu juga bagi mereka yang normal berfikir apabila melihat anda.Mereka tidak men-EJEK,meng-HINA atau me-RENDAHKAN diri anda.Anda sendiri yang berfikiran begitu.Jadi sekiranya kita ingin Maju ke Depan,Buanglah Perasaan Malu itu.Jika tidak boleh membuang terus,Buanglah sedikit demi sedikit,Insya Allah satu hari nanti anda tidak akan berasa MALU atau Segan apabila Mereka yang Normal melihat anda.

Bebaskanlah dirimu dari Perasaan Malu itu(Gambar Google)


Sekian........


Alat Pendengaran Luar saya dan Aksesorinya

Salam semua.Pada catatan kali ini saya akan upload sedikit gambar-gambar aksesori Alat Pendengaran saya.Bukan tidak mahu meng-upload kesemuanya,namun bagi mereka yang talian Internet yang biasanya,ianya akan membuatkan gambar yag ingin dilihat menjadi amat lambat.

Baiklah,dibawah ada sedikit gambar serta penerangan mengenai alat itu dan fungsinya.Untuk maklumat lanjut,anda boleh mengunjungi laman Web Pengeluar Implan Koklea ini.(klik di Sini)


Beg yang menempatkan kesemua barang

1 SET penuh

Bekas untuk menyimpan alat.Bekas ini menyerap kelembapan

Alat mengecas Bateri

Bekas untuk menyimpan Alat
Alat kawalan Jauh untuk Alat Pendengaran